Apr 30, 2010

[TIPS] 10 Teknik Membina Senarai Prospek Dengan Autoresponder

Hai! Selamat bertemu kembali dan selamat datang bagi anda yang tiba dari Group Facebook saya do.it.online..

Pada artikel lalu, saya ada mengatakan Senarai Prospek sangat PENTING. Ia adalah aset yang sangat berharga bagi setiap perniagaan. Di dalam senarai inilah letaknya keuntungan sesuatu perniagaan tersebut. Maka, sangat-sangat penting untuk kita membina, membangunkan, mengembangkan sebesar-besarnya dan menguruskan senarai prospek/pelanggan ini dengan sistematik...

BOHONG! jika anda kata anda tak mahu pelanggan berulang-ulang....
BOHONG! jika anda kata anda tak nak 'repeat sales'...
BOHONG! jika anda kata anda tak nak untung lebih...
BOHONG! jika anda kata anda tak minat nak kurangkan kos operasi..

Oleh itu..anda kena lakukan satu saja perkara...

BINA SENARAI...
BINA SENARAI...BINA SENARAI...
BINA SENARAI...BINA SENARAI...BINA SENARAI...

Apa lagi yang saya nak bantu? Tak tahu macamana nak buat?

Okay lah..

Saya BOCORKAN jugaklah...
[ramai IM suka simpan rahsia ni..]

TEKNIK #1
Masukkan  satu borang langganan (subscription form/web form) ke dalam laman web perniagaan anda. Anda boleh mendapatkan atau merekabentuk borang langganan ini di dalam member's area sistem autoresponder trafficwave anda. [Borang langganan pada tahap ini bermaksud, ruangan untuk melanggan email kempen/promosi/maklumat dari Autoresponder anda, bukannya melanggan produk anda].

Jujur saya katakan, memiliki laman web sendiri adalah satu KEWAJIPAN untuk menjamin kejayaan perniagaan ONLINE anda. Jika anda masih tak tahu atau anda malu nak bertanya, anda boleh belajar cara-cara membina sendiri laman web anda di rumah. Saya juga berikan pelajaran ini secara PERCUMA 100%.

Gunakanlah, ambil peluang ini kerana anda takkan dapat pelajaran ni dengan PERCUMA di mana-mana melainkan anda kena keluarkan bayaran.
Jika anda nak upah pereka laman web sekalipun untuk buatkan untuk anda, saya tak menghalang kerana yang penting, anda ada laman web sendiri.

Memasukkan borang langganan ke dalam laman web sendiri, membolehkan anda mengawal sepenuhnya semua kandungan dan promosi-promosi perniagaan anda. Apabila seorang pelawat laman web anda mengisi borang langganan tersebut, anda sebenarnya baru saja berjaya mengumpulkan seorang lagi 'targeted subsriber' yang mempunyai minat yang tinggi terhadap perniagaan anda ke dalam senarai autoresponder milik anda!

TEKNIK #2
Membina dan menggunakan 'Capture Pages' atau 'Landing Pages'. Capture Pages/Landing Pages ini adalah satu laman web yang berasingan yang digunakan oleh hampir kesemua IM untuk mempromosikan laman web UTAMA perniagaan mereka. [Jika anda telah mendapatkan laman web latihan membuat website saya, di sana ada ditunjukkan cara-cara membina Capture Page/Landing Page ini].

Capture Pages/Landing Pages ini membolehkan anda menguji keberkesanan pelbagai tajuk-tajuk utama (headline) atau skrip promosi untuk mengetahui yang mana satu lebih baik dan berkesan memikat pelawat terhadap kempen promosi iklan anda. Masukkan borang langganan anda di Capture Pages/Landing Pages ini juga.


TEKNIK #3
Masukkan LINK untuk membawa ke Capture Page/Landing Page/Laman Web anda yang telah disertakan dengan borang langganan tadi, ke ruangan TANDATANGAN e.mail. Biasanya e.mail anda disudahi dengan nama anda> nama syarikat> LINK KE CAPTURE PAGE LAMAN WEB. Pastikan link itu membawa penerima email ke capture page/landing page atau laman web yang anda tetapkan.

Contoh seperti berikut;

-Aazaff Zaffaruddin
Mytipsbox [dot] ws Sdn.Bhd.
http://www.mytipsbox.ws/twa.html
...Cuba anda klik ke LINK biru di atas, lihat ke mana anda akan dibawa dan perhatikan kedudukan borang langganan (subscription form/web form).

TEKNIK #4
Masukkan LINK Capture Pages atau laman web anda di mana-mana laman perbincangan atau forum yang anda sertai jika perbincangan itu bersesuaian dengan perniagaan yang ingin anda promosikan.


TEKNIK #5
Tawarkan maklumat percuma kepada pelawat. Manusia sukakan maklumat, apatah lagi yang percuma.  Buatlah artikel atau surat yang berkaitan dengan apa yang ingin anda tawarkan kepada mereka. Apabila seseorang meminta maklumat berkenaan apa yang anda tawarkan, anda dapat seorang lagi prospek (dipanggil juga 'leads') yang berminat telah dimasukkan ke dalam senarai autoresponder anda untuk di 'follow-up' nanti!

 
TEKNIK #6
Mintalah prospek anda memperkenalkan perniagaan anda kepada rakan-rakannya yang lain (referals). Bila anda merangka email2 kempen, selitkan juga nota kecil meminta atau menggalakkan pembaca email anda memberitahu kepada rakan-rakan mereka yang lain. Sertakan LINK ke Capture/Landing Pages atau Laman Web anda. Secara saikologinya, orang lain akan lebih berminat untuk melanggan, sekiranya mereka diperkenalkan oleh orang yang dikenali atau dipercayai oleh mereka.


TEKNIK #7
Gunakan kaedah pemasaran 'Balang Ikan' [Fish Bowl Marketing]. Pernah lihat di restoran mewah atau hotel, pemilik meletakkan satu balang kaca yang diletakkan nota "Sila tinggalkan business card anda untuk memenangi cabutan bertuah......". Pastikan mereka bersetuju untuk melanggan email-email kempen dari anda!


TEKNIK #8
Anjurkan suatu peraduan di laman web anda. Pastikan anda masukkan borang langganan ke dalam laman web tersebut. Nyatakan bahawa, setiap langganan akan melayakkan mereka mendapat hadiah percuma umpamanya e.book percuma, potongan diskaun dan lain-lain.


TEKNIK #9
Memasukkan link ke Capture/Landing Page atau Laman Web anda di dalam apa-apa saja surat, poskad, invois, kupon dan juga kad perniagaan anda.

TEKNIK #10
Mengoptimakan Capture/Landing Pages/Laman web anda untuk 'enjin pencari'. Dengan menumpukan beberapa kata-kunci (keywords) tertentu, anda boleh meningkatkan pencarian di enjin pencari dan seterusnya membolehkan lebih ramai orang menjumpai Capture/LandingPages atau Laman web anda di internet.

Itulah dia 10 teknik yang boleh anda lakukan. Apabila bilangan pelanggan autoresponder (subscribers) anda semakin ramai, amat mudah sekali anda membuat email 'broadcast' untuk membuat jualan atau tawaran-tawaran istimewa.

Ingat...

Semakin ramai prospek di dalam senarai autoresponder anda...
Semakin besar jugalah kebarangkalian untuk anda melakukan JUALAN.

Jumpa lagi!

FOLLOW BLOG INI?
KLIK BUTANG 'FOLLOW' DI 'SIDEBAR' SEBELAH KANAN ANDA>>>>




























[REBUT PELUANG INI!!] 
AUTORESPONDER TRAFFICWAVE menawarkan
'TEST-DRIVE' PERCUMA selama 30 hari.
Anda boleh gunakannya serta-merta..'Alami Kehebatannya'...

No comments: