Apr 6, 2010

Selamat Datang..

SUDAH BERSEDIA KE DUNIA INTERNET?

Bayangkan begini..

Anda seorang pelumba superbike. Anda sedang berada di petak mula. Perlumbaan akan bermula bila-bila masa saja. Berpuluh-puluh pelumba lain sedang rancak memerah 'throttle' motosikal masing-masing vrooommm......vrooommm...menjerit2 bunyi enjin memecah suasana. Lalu..hon dibunyikan serta bendera pun dikibar tanda bermulanya saingan. Sambil pop-corn bertukar tangan, penonton bersorak, melambai serta menjerit2 kepada pelumba-pelumba idola mereka. Pelumba-pelumba elit ini penuh dengan konsentrasi, silap perhitungan malapetaka jawabnya...

Sudahkah anda bersedia untuk men'derum'kan enjin pemasaran internet anda?
Anggap saja begini- blog 'doiton9.blogspot' ini sebagai Superbike anda. Ia mengandungi segala macam keperluan untuk berjaya di dalam perniagaan internet. Akan tetapi, anda sebagai pelumba, perlu mengendalikannya sendiri. Nak pecut, nak lambat, nak 'quit'...semuanya terletak kepada kebijaksanaan dan semangat pelumba iaitu ANDA! Untuk berjaya ke podium, anda perlu tanamkan di fikiran yang anda BERLUMBA HANYA UNTUK MENANG,MENANG DAN MENANG!!

No comments: