Apr 9, 2010

5 LANGKAH MENGUASAI PELAJARAN DI INTERNET

LANGKAH#1: BELAJAR BAGAIMANA MENGGUNAKAN GOOGLE


Jika anda tak belajar bagaimana nak gunakan google, anda akan ketinggalan banyak peluang2 di internet. Google umpama peti harta karun yang mengandungi banyak perkara yang pelbagai. Bagaimanapun, untuk menukarkan perkara itu menjadi 'peluang' bukanlah hanya sekadar melayari google semata2. Ini, tepat bagi mereka yang hanya anggap google sebagai tempat untuk mencari sesuatu perkara saja di internet, sedangkan ianya lebih dari itu. Anda kena buat kajian dan cipta peluang dari sana.


LANGKAH#2: BELAJAR 'WHATS' (APA) DULU


Kesilapan paling besar yang dilakukan oleh Internet Marketer (IM) baru ialah mereka lebih teruja, tertarik dan berminat untuk mengetahui BAGAIMANA IM lain mencapai kejayaan. Mereka lupa bahawa sifat leka dan terikut-ikut dengan cara orang lain itu mungkin tidak sesuai dengan cara hidup, gaya atau kemahuan anda sendiri. Pendek kata..'BE YOURSELF!'

Untuk mengelak perkara ini, saya sarankan anda belajarlah segala 'APA' atau 'WHATS' terlebih dulu. Anda perlu mahir setiap terma2 yang berkaitan dengan pemasaran internet supaya anda boleh membina kefahaman yang lebih mantap untuk bersaing di internet. Jika anda tidak tahu perkara 'WHATS' sukar pulak anda nak memahami perkara 'HOW' kelak.


TIPS: taip perkataan glossary dalam google search!

LANGKAH#3: PELAJARI UNSUR 'WHY' (MENGAPA)

Setelah anda pelajari perkara2 'whats' sekarang masanya untuk anda pelajari mengapa (why) atau rasional keujudan perkara2 'whats' tadi. Contoh: mengapa perlu ada 'google'? Jika anda tak tahu apa itu google, nak mengetahui rasional keujudannya akan menjadi lebih susah untuk difahami.


 LANGKAH#4: PELAJARI UNSUR 'HOW' (BAGAIMANA)


Sekiranya objektif adalah jelas, anda boleh gunakan pelbagai cara untuk sampai ke objektif tersebut. Saya hampir pasti yang ianya bukanlah susah sangat untuk mencipta sesuatu kaedah untuk sampai ke objektif.


LANGKAH#5: PELAJARI BAGAIMANA MENYATUKAN KAEDAH2 YG BERBEZA


Jika anda fikir proses ini berakhir hingga di situ, anda silap! Setiap seorang marketer mempunyai strategi atau kaedah yang berbeza. Sebahagiannya memberi strategi yang sangat rumit hingga boleh memeningkan kepala mereka yang baru nak bermula. Jika anda tahu bagaimana nak menyatukan pelbagai strategi/kaedah ini- anda boleh menjadi 'master' dalam pemasaran internet!

No comments: