Apr 7, 2010

BAGAIMANA PEMASARAN INTERNET DILAKUKAN?

Asas yang paling mudah ialah dengan konsep matematik- PEMBAHAGIAN dan KEBARANGKALIAN. Dengan mempunyai pelawat (trafik) yang lebih ramai ke website anda bermakna semakin tinggi kebarangkalian atau kemungkinan untuk anda menjual sesuatu dan meraih keuntungan jualan.

Sebaliknya, jika anda cuma ada 10 orang pelawat saja bermakna anda cuma berkemungkinan boleh menjual hanya sedikit sahaja atau tiada jualan langsung terutamanya jika kadar keupayaan mengubah pelawat kepada pelanggan (conversion rate) anda cuma 1% sahaja. Betul..berapa nilainya 1% dari 10 orang pelawat?..tiada bukan?  Oleh itu, anda mesti, mesti dan mesti cari jalan untuk meningkatkan bilangan pelawat atau trafik atau 'leads' supaya meningkatkan kebarangkalian dan juga secara tak langsung memperbaiki 'conversion rate' perniagaan anda.

Inilah kunci pemasaran internet..bina rangkaian pelawat seramai yang boleh. Namun kebolehan setiap individu untuk mencapai rangkaian yang besar ini adalah berbeza antara satu sama lain. Ini perlukan pembelajaran, kerajinan, kreativiti dan kesungguhan masing-masing.

Pada post yang seterusnya saya akan terangkan sumber2 yang boleh mendatangkan income di internet...Terus ikuti blog ini.

p/s: Jika anda belum lagi jadi follower blog saya, sila lakukan sekarang kerana banyak lagi info-info serta tips yang akan saya update di sini dan jangan lupa 'BOOKMARK' page ini sebagai tanda sokongan.

No comments: