Apr 15, 2010

MACAMANA NAK DAPAT DUIT PERTAMA?

Hai! Hari ni hari cuti untuk mereka yang kat Melaka, termasuk lah saya. Bagi internet marketer macam saya ni, sama jer..hari-hari cuti, hehe. Yang tak cuti, komputer saya ni! Hari2 kena kacau..nasib baik tak mogok.

Saya nak cerita sikit pasal bagaimana nak buat duit pertama kat internet ni. Ye lah, walaupun tak banyak, untuk permulaan ok lah..sapa nak bagi? Duit pertama saya bukan dalam RM tapi USD!

Terdapat pelbagai cara untuk kita menjana pendapatan di internet; antaranya melalui-
1) Program affiliate/reseller atau associates.
2) Jualan produk sendiri, termasuklah produk dari 'resale rights' di mana kita mendapat hak jualan terhadap sesuatu produk dari pemilik asalnya.
3) Perkhidmatan yang boleh ditawarkan melalui online, seperti khidmat nasihat, kaunseling dan program latihan.
4) Program keahlian berbayar seperti program networking friendster dsbg mengikut kretiviti masing-masing.
5) Penganjuran 'event' seperti seminar, tele-seminar, konvensyen, forum, peraduan, program komuniti dsbgnya.

Ok, di mana kita nak bermula? Perniagaan yang mana satu kita nak buat? Produk apa kita nak jual? Program apa kita nak anjurkan?

Tak perlu susah, jangan pening! Orang kata sebagai 'pemanas badan', kita buat dulu bisnes 'affiliate'. Dalam post2 yang lepas, saya dah sentuh pasal affiliate kan? Duit pertama saya datangnya dari bisnes ini. Sebagai Affiliate Marketer atau 'reseller' (salesman atau wakil jualan pun boleh), kita berperanan menjadi orang tengah, menemukan pembeli-pembeli dengan produk2 penjual. Apabila kita berjaya menjual produk 'sipenjual' kita akan diberi komisyen sehingga 70% dari harga jualan! Antara kelebihan2 perniagaan affiliate;
  1. Pendaftaran PERCUMA: Tiada modal permulaan. Untuk menjadi ahli affiliate, kebanyakan syarikat yang menawarkan program affiliate ini tidak mengenakan sebarang yuran penyertaan atau keahlian. Bukan seperti kebanyakan syarikat MLM, kita perlu bayar yuran ahli 'seumur hidup' (macam confirm je syarikat tu hidup lama!).
  2. Tak perlu menyimpan stok produk. Jadi, tak perlu kita keluar duit beli stok untuk dijual maka tiada risiko produk tidak terjual.
  3. Segala urusan penerimaan bayaran, penghantaran produk dan lain-lain urusan dilakukan oleh syarikat penjual. Tak perlu bimbang kesuntukan masa nak lakukan banyak perkara, tugas kita jual sahaja yang lain mereka yang bereskan. Cukup masa tunggu bayaran komisyen.
  4. Mudah nak promosi. Setiap produk disertakan dengan laman web, tugas promosi amat mudah cuma war-warkan link promosi di internet.
  5. Kita dibekalkan dengan pelbagai 'promotional tools' untuk memudahkan kerja promosi.
  6. Terlalu banyak produk yang boleh kita pilih untuk dijual. Jangan tak tau, di internet juga ada 'pasar borong'. Tak perlu bangun seawal 4 pagi nak ke pasar borong ni, bila2 masa saja, 24jam sehari 366 hari setahun tak pernah tutup. Tugas kita, pilih>join affiliate,>>promosi dan jual!
Ok, dah faham? Sekarang kita lihat pulak di mana kita nak dapatkan produk2 ni.

Produk Tempatan:
KlikJer.com - Sila klik DI SINI UNTUK MENDAFTAR sebagai affiliate. Pelbagai ebook bahasa melayu boleh dipilih.


Produk Antarabangsa:
  1. Clickbank - Sila sign-up sebagai affiliate di www.clickbank.com
  2. ComissionJunction- Sila sign-up sebagai affiliate di www.cj.com
  3. PayDotCom - Sila sign-up sebagai affiliate di www.paydotcom.com
TIPS: Sebelum memilih produk untuk dipromosikan, sebaik-baiknya kita tentukan dulu target market kita dan pilih produk yang dirasa paling sesuai dan paling mudah untuk kita promosikan. Pelajari dan fahami latarbelakang produk.

Pilih 2 atau 3 produk untuk dijual. Kita akan diberi 'referral link' untuk setiap produk yang kita pilih. Selepas itu, tugas kita hanya promosi, promosi, promosi dan promosikan referral links tersebut di internet.

Selamat mencuba!

No comments: