Apr 7, 2010

SUMBER PENDAPATAN #4: GUNAKAN BLOG!

Apa, dengan blog pun boleh buat duit ke? Ya, ya dan ya...

Blog biasanya dikenali juga sebagai 'online journal'. Secara realitinya, ia adalah program pengurusan maklumat yang boleh membantu individu menempatkan maklumat dalam bentuk yang lebih tersusun secara 'kronologi' atau berturutan. Contoh seperti blog saya ini, http://doiton9.blogspot.com dan http://idearomantik.blogspot.com. Jadi, secara teknikalnya pula, blog adalah umpama laman web automatik. Anda boleh post apa saja maklumat seperti berita semasa, video klip, fotografi, cerita dan pelbagai lagi mengikut citarasa anda.

2 jenis blog yang popular di internet iaitu Blogger dan Wordpress.  Mebina blog adalah lebih mudah dibandingkan dengan membina website. Cuma, jika anda ingin berniaga secara lebih professional, anda disarankan menggunakan website kerana dalam masa yang sama anda juga boleh membina blog secara percuma.

Para blogger professional mengatakan mudah untuk menjana pendapatan melalui blog dengan syarat kandungan blog anda berfaedah, percuma dan diminati ramai. Anda boleh menjalankan promosi produk dan juga produk affiliate melalui blog. Pokoknya kandungan atau isi cerita blog anda mestilah berkesan dan kandungan-kandungan yang asli adalah yang terbaik.

Selain 4 sumber yang saya nyatakan, terdapat sumber lain yang boleh menjana pendapatan di internet. Antaranya, anda boleh sediakan ruangan forum, majalah elektronik, sediakan laman panduan seperti tempat pelancongan, restoran ataupun kedai elektronik.

No comments: