May 6, 2010

[E.Mail Marketing] 3 Sebab Kenapa Anda Perlu Bina SENARAI PROSPEK

Hai! Salam sejahtera semua dan selamat bertemu kembali..

Bila bercakap tentang 'buat duit' di internet, anda PERLU BINA SENARAI jika anda merancang untuk berada lama dalam bidang ini. Saya pasti, anda pernah dengar orang kata yang 'duit' tu ada dalam 'SENARAI' yang terbina. Pada saya, pendapat ni tidaklah begitu tepat walau ada kebenarannya.

Anda boleh bina senarai yang paling besar sekalipun, tapi kalau anda tak uruskan 'subscribers' dalam senarai itu dengan betul, anda takkan berhasil membuat apa-apa keuntungan pun dari situ...Dengan kata lain, takkan mendatangkan duit pada anda. Anda mungkin tertanya-tanya juga, apa lah pentingnya membina senarai ni dalam menentukan kejayaan sesuatu perniagaan kan?

Teruskan bacaan anda..

UNTUK MEMBINA KEPERCAYAAN
Sebab #1 kenapa orang tidak membeli dari anda ialah kerana mereka TAK PERCAYA pada anda! Tanpa kepercayaan takkan ada sebarang urusniaga..setuju? Apabila anda dalam proses membina senarai, anda boleh membina keyakinan prospek pada masa sama dengan menghantar email-email informatif secara berkala dan berterusan.

Lama-kelamaan perasaan percaya dan yakin kepada anda akan timbul pada prospek tersebut. Apabila kepercayaan sudah terbina, anda dah tiada masalah untuk menukarkan prospek tadi kepada PELANGGAN anda. Maka, tugas pemasaran anda akan menjadi semakin mudah dan kebarangkalian menghasilkan jualan juga semakin besar..
[Formula: Kepercayaan=Duit]


UNTUK MENDIDIK PROSPEK
Sebab #2 orang tak membeli dari anda ialah kerana mereka tak tahu lebih jelas tentang produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan. "Tak kenal maka tak cinta". Kita sendiri, kalau fikiran keliru, kecenderungan kita akan kata 'TIDAK' betul tak? Prospek yang keliru atau 'blur' atau 'confused' juga akan kata TIDAK kepada apa yang anda tawarkan!

Makanya, undanglah mereka ke dalam senarai anda supaya anda boleh berikan maklumat-maklumat yang lebih jelas bagaimana produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan boleh membantu, memberi kebaikan dan bermanafaat bagi mereka dan mungkin ahli keluarga mereka juga.

Ingat sentiasa bahawa orang tidak membeli produk, mereka membeli 'kebaikan' [benefits]. Dalam email anda nanti, anda kena tekankan bagaimana produk anda boleh membantu menyelesaikan masalah mereka.

[Contoh] Jika anda menjual produk kesihatan, terangkan bagaimana indahnya hidup tanpa penyakit kronik seperti kencing manis dan darah tinggi. Terangkan juga bagaimana produk anda boleh membantu menyelesaikan masalah kencing manis, darah tinggi dan sebagainya dengan menyertakan testimonial yang berkaitan, artikel-artikel serta pandangan dari pakar-pakar kesihatan.

UNTUK MENJANA LEBIH DUIT
Sebab #3 ni dah semestinya lah kita membina senarai ni untuk membina dan menjana lebih duit untuk diri kita. Apakala orang masuk ke dalam senarai anda, mereka adalah 'prospek' atau 'leads' anda dan sebenarnya mereka ini dah melangkah masuk ke dalam 'terowong jualan' anda.

Terowong jualan ini boleh ujud selama mana yang anda mahu, inilah aset perniagaan anda..Ia bergantung bagaimana anda 'setting' autoresponder anda. Anda boleh setting untuk menghantar email promosi bagi pelbagai produk yang anda tahu boleh memberi manafaat kepada mereka-mereka yang di dalam senarai anda. Sebahagian dari mereka pasti berminat dengan tawaran anda. Jika anda tiada SENARAI, anda mungkin kena set-up kempen berasingan bagi setiap produk yang anda cuba promosikan.

Oleh itu....
Amat-amat mustahak bagi peniaga-peniaga 'ONLINE' untuk memiliki 'SENARAI' prospek masing-masing.

ANDA PERLU MULA MEMBINANYA HARI INI JUGA..




TrafficWave.net AutoResponders

No comments: