Apr 17, 2010

Bagaimana Melakukan Online Marketing Dengan Lebih Bijak Dan Beretika

PERHATIAN: ARTIKEL INI MUNGKIN PANJANG BERJELA TAPI PERCAYALAH, IANYA SANGAT BERBALOI UNTUK MASA SINGKAT YANG ANDA LABURKAN UNTUK MEMBACANYA..

Assalamualaikum dan selamat sejahtera!

Bila bercakap pasal Online/Internet Marketing, ada satu perkara yang membezakan antara Online/Internet Marketer (saya sebut IM saja) yang 'Pro' dan yang 'Amatur'.

Perkara yang satu ni, sangat mustahak dan hebat yang mana, kalau kita buat sedikit perubahan kepada perkara ini, akan membolehkan anda berpindah dari status amatur kepada IM professional yang berjaya.

Secara mudahnya;
IM Professional- sifatnya lebih gemar mengasing (sorting)
IM Amatur- sifatnya suka memujuk, merayu..

Saya selalu terbaca atau terdengar soalan/keluhan macam ni..(saya rasa anda pun selalu jumpa ayat ni)

"Macamana saya nak pujuk orang untuk jadi downline saya?"
"Macamana saya nak pujuk orang beli barang saya?"

Kalau tanya saya, saya akan jawab
"Mana boleh pujuk..tak payahlah nak cuba-cuba.."
Tak perlulah susah-susah buang masa nak fikir macamana nak pujuk rayu orang join itu-ini, beli barang itu-ini..

Sebaliknya, gunakan masa tu setkan dalam otak kita dengan fakta mudah ni;

Kat luar tu, terlalu ramai manusia yang sedang mencari aku, mencari apa yang aku tawarkan.
Semalam, hari ni, pada saat ini, esok, lusa... mereka sentiasa mencari dan mencari..Saya masih ingat lagi apa saya belajar dulu pasal sifat manusia dalam memenuhi keperluan...Hierarchy of Needs: Maslow. Manusia sentiasa meningkatkan keperluan, dari satu tahap ke tahap yang lain..

{Bukak minda, dunia ni amat luas-siapa yg duduk kat atas muka bumi ni? Manusia. Yang sentiasa cari maklumat? Manusia. Yang kreatif? Manusia. Yang boleh fikir? Manusia? Yang pandai menilai? manusia? Yang ada kuasa beli? Manusia, orang, human being....etc etc etc..Mereka ini sebenarnya mencari dan nak tau apa yang aku ada dan nak tawarkan pada mereka..}

Manusia ini gunakan search engines, semak iklan2, baca perbincangan di laman forum, cari dan baca artikel dan banyak lagi semata-mata untuk apa? Mendapatkan apa yang mereka mahu!
Itulah sebabnya saya fokuskan usaha pemasaran saya dalam apa juga saluran yang boleh. DAN saya arahkan maklumat pemasaran saya kepada 'hanturaya' saya yang dikenali sebagai AUTORESPONDER.

MENGAPA?

Mudah saja! Manusia yang berusaha mencari maklumat adalah prospek yang paling baik. Mereka mencari apa yang saya tawarkan dan AUTORESPONDER saya menyediakan cara atau kaedah yang paling mudah untuk meminta dan mendapatkan maklumat lebih lanjut. Apabila mereka isikan maklumat mereka seperti nama, alamat e.mail dan no.telefon di dalam borang langganan maklumat AUTORESPONDER saya, mereka sebenarnya MEMINTA maklumat dari saya kerana mereka ingin tahu lebih mendalam.

Jadi, AUTORESPONDER saya pun hantarlah maklumat. Orang meminta kita memberi!
Tak kisahlah orang tu minta maklumat pukul 2 pagi atau 12 tengahari...
Tak de hal kalau saya tengah meeting kat pejabat atau tengah bersantai tepi pantai..
Tak ganggu langsung kalau saya tengah solat..
Tak payah tunggu saya bukak komputer pun.. AUTORESPONDER saya dengan mudah menghantar maklumat yang mereka minta setiap masa! Automatik..

Mereka boleh baca maklumat saya dan buat keputusan samada nak terima tawaran saya atau tidak. Kadang2 mereka tertarik dan berminat tapi tak boleh nak decide masa tu, jadi mereka KIV dulu..Jadi, AUTORESPONDER saya akan 'follow-up' mereka ini, menghantar lebih banyak maklumat. Para Top Marketers ada berkata, untuk close 1 sales, kita kena buat 'follow-up' sekurang2nya 7 kali!!
Wow!..relevan sungguh kenyataan ni. Dalam pada tu, semakin ramai orang yang meminta maklumat dari saya disebabkan promosi saya yang berterusan dan konsisten.

Saya tak kisah kalau ada yang tak nak maklumat saya..
Saya tak kisah kalau mereka yang meminta maklumat tetapi kemudiannya buat keputusan tawaran saya tak sesuai untuk mereka. Samada tawaran saya yang tak sesuai ataupun mereka sendiri yang tak sesuai untuk tawaran saya..
Mereka boleh teruskan dengan hal mereka, saya terus dengan promosi saya..

Apa nak risau, AUTORESPONDER saya tak reti nak merajuk kalau orang kata 'tak mau'. Ia akan keluarkan orang itu dari senarai jika mereka minta untuk dikeluarkan dari menerima maklumat saya dan ia pun teruskan tugasnya macam biasa, menghantar maklumat kepada mereka yang meminta..

Kunci untuk kita faham ialah, GUNA dan YAKIN dengan AUTORESPONDER kita.

Saya sedar yang NADI perniagaan saya ialah sentiasa mendapat prospek2 baru. Saya lakukan ini dengan dengan mengiklankan di mana2 saja. Saya guna ruang iklan percuma, google, yahoogroup, facebook, twitter, tagged etc etc..yang mana KESEMUANYA saya arahkan ke link AUTORESPONDER saya>>landing page atau capture page!

Dengan cara ni, jika sesiapa berminat dengan iklan promosi saya, mereka dengan mudah boleh meminta maklumat lanjut dengan mengisi butiran mereka dalam borang yang saya sediakan. Bermakna, mereka telah dimasukkan ke dalam AUTORESPONDER saya. Dari sana, saya serahkan kepada AUTORESPONDER saya untuk buat tindakan susulan secara AUTOMATIK, bermula dari surat yang pertama. Jika prospek2 ini dah habis membaca siri2 surat saya, saya boleh log-in ke member's area dan 'recycle' surat2 ini bermula dari surat pertama semula..Itu saja!

Saya tak bimbang orang kata "TAK NAK"..
Saya tak risau bagaimana nak pujuk rayu orang..
Saya cuma terus-terusan promote, iklankan dan 'follow-up'
Saya mencari orang yang mencari saya saja..

KUNCI MENINGKATKAN JUALAN IALAH MULA MELIHAT DIRI KITA SENDIRI SEBAGAI 'SORTER' -mengasingkan perkara berkualiti dan dah tersedia untuk apa yang kita tawarkan dari timbunan segala macam perkara2 sampah di internet. Fikirkan bersama..kita akan berjaya.

ANDA SUKA ARTIKEL INI DAN NAK LEBIH MAKLUMAT TENTANG BISNES AUTORESPONDER?
IKUT SAYA DI


http://www.mytipsbox.ws/twa.html

No comments: