Apr 7, 2010

SUMBER PENDAPATAN #2: JUAL PRODUK ORANG LAIN.

Apa?..jadi 'salesman' ke?

Kalau anda lihatnya begitu..ya! Mengikut sejarah silam, kegiatan 'orang tengah' atau 'middleman' berupaya mendatangkan pendapatan yang baik dari upah, komisyen atau yuran perkhidmatan. Orang tengah ini tahu di mana nak mencari penjual dan pembeli. Ini sangat-sangat penting! Dengan beratus juta pelayar internet yang pada asasnya adalah pencari maklumat sebenarnya tak jumpa apa sebenarnya yang mereka cari.

Maka, sebagai ejen atau 'salesman' di internet, gunakan kemahiran pemasaran anda untuk menawarkan kepada mereka suatu produk atau perkhidmatan yang berguna walaupun produk itu milik orang lain. Pada akhirnya anda akan dapati usaha anda menyalurkan informasi berguna akan dibayar oleh pemilik produk atau perkhidmatan berkenaan.



Dalam dunia internet, aktiviti ini dipanggil affiliate atau reseller.Individu yang menjalankan perniagaan affiliate ini dipanggil 'Affiliate Marketer'. Sebagai individu, anda dan saya bebas untuk mendaftar sebagai ahli affiliate dan ianya adalah percuma. Apa yang perlu dilakukan, pergi ke laman-laman web yang ada menawarkan program affiliate. Timbang2kan adakah produk ini sesuai untuk anda jual. Jika sesuai, cari perkataan affiliate pada laman web tersebut dan mulakan pendaftaran.

Selepas pendaftaran, anda dibenarkan memasuki laman ahli (members area). Di sana terdapat beberapa menu. Luangkan masa untuk memahami produk tersebut. Kemudian, pergi ke menu 'promotion tool'. Dalam menu ini terdapat pelbagai tools yang mustahak untuk membantu anda membuat promosi seperti;
  1. affiliate url
  2. banners
  3. text advertisement
  4. articles
  5. signature
Kadar komisyen bergantung kepada syarikat dan juga produk itu sendiri. Biasanya komisyen diberi pada kadar 20% hingga ke 70% dari harga jualan. Saya beri anda contoh-contoh website yang ada menawarkan program affiliate untuk anda cuba;
  1. www.Buy.com
  2. www.AllPosters.com
  3. www.Amazon.com
  4. www.ClickBank.com
  5. www.CJ.com
 Tak mustahil bagi mereka yang telah lama berkecimpung dalam affiliate ini menjana pendapatan 5 angka. Bagi yang baru bermula, sampai masanya nanti anda juga boleh mengikut jejak langkah mereka jika rajin, tekun, sabar dan dengan teknik-teknik pemasaran yang betul.

Seperkara yang perlu diingat, perniagaan di internet seperti ini sama juga seperti berniaga offline. Cuma yang nyata, kos dan risikonya amat rendah. Ia bukan skim cepat kaya. Banyak  masa yang perlu dikorbankan. Oleh itu, jika ada yang menganggap akan jadi jutawan segera dengan berniaga online, jawab saya~lupakan saja! Semuanya bergantung kepada hasil usaha dan kreativiti masing-masing. Tapi, untuk menjana pendapatan sampingan yang munasabah..insyaallah, kerana beratus ribu orang menjalankan perniagaan online ini di serata dunia.

No comments: