Apr 21, 2010

5 PERKARA WAJIB BAGI AFFILIATE MARKETER BARU

Saya nak pesan kepada semua Affiliate Marketer yang baru pertama kali menyertai perniagaan ini. Diharap anda semua ambil perhatian kepada semua perkara2 berikut;

  1. Rancang Bajet Anda- Jangan main 'agak-agak' saja. Anda mesti rekod setiap perbelanjaan yang anda telah keluarkan supaya anda tahu berapa sebenarnya keuntungan anda.
  2. Teruskan Belajar- Jika anda ada semangat belajar yang kuat, teruskan belajar dan belajar. Tak mustahil anda boleh lebih berjaya dari Affiliate Marketer senior yang malas mengambil inisiatif untuk memajukan diri dan perniagaan mereka.
  3. Anggapkan Ini Sebagai PERNIAGAAN- Jangan anggap sebagai hobi. Kalau boleh dapatkan mereka2 yang lebih arif sebagai mentor anda. Sentiasa fikirkan idea-idea baru untuk meningkatkan jualan dan keuntungan. Walaupun anda lakukan secara part-time, uruskan ia dengan baik supaya ia boleh menjadi sumber 'part-time income' yang hebat dan berterusan.
  4. Idea Adalah Rakan Baik Anda- Sentiasa berfikiran kreatif atau dapatkan idea dari sumber2 lain di internet atau bahan-bahan bacaan lain.
  5. Bina Senarai 'mailing' Anda- Kumpulkan seramai mungkin prospek atau dipanggil 'leads' di internet. Menguruskan 'leads' yang ramai boleh menjadi sangat mudah dan cekap dengan sistem autoresponder. Anda boleh dapatkan mana-mana sistem autoresponder yang terdapat di pasaran. Jika tanya saya, saya cadangkan TRAFFICWAVE. Selain kerana kecekapan dan fungsi2 yang hebat, ia juga antara yang berpatutan dari segi harga. KLIK DI SINI UNTUK LIHAT PERBANDINGAN HARGA. Saya akan ceritakan di post akan datang, bagaimana Trafficwave boleh menghasilkan pendapatan bagi anda dan secara tak langsung anda boleh menggunakan sistem ini secara PERCUMA selama-lamanya.
Patuhilah semua perkara2 di atas DAN INGAT...Pemasaran Internet BUKAN SKIM CEPAT KAYA. Ia satu bentuk perniagaan era millenium. Tidak ada bulan dan bintang, yang penting usaha, usaha dan usaha..promosi, promosi dan promosi...


No comments: