Apr 13, 2010

PROSES MENJADI SEORANG INTERNET MARKETER

Hai, hari ini saya nak cerita sikit tentang langkah-langkah yang perlu diatur oleh seseorang 'BAKAL' Internet Marketer dalam menuju kejayaan . Proses ini meliputi beberapa fasa secara step-by-step dan saya rasa untuk sesiapa saja yang nak bermula dengan perniagaan internet, PERLU AMBIL TAHU dan praktikkan mengikut keupayaan masing-masing.

FASA 1 : Fasa Pembelajaran Awal (early learning phase)
Samada suka atau tidak, anda kena mula dengan belajar mengenai internet marketing. Anda boleh belajar dari orang yang arif, pakar, sifu, mentor ataupun belajar sendiri melalui sumber2 di internet atau bahan-bahan bacaan lain. Proses ini sangat penting pada tahap ini. Ada jugak orang yang cuba berniaga di internet tapi tak tahu apa-apa waima nak tanya soalan apa pun tak tahu. Akhirnya, dia akan berasa kecewa lalu minat dan semangat pun makin luntur lalu terus meninggalkan usahanya. Walhal, dia sebenarnya terlepas peluang untuk menjana pendapatan yang cukup baik sekiranya dia mengambil berat proses pembelajaran di tahap awal ini.

FASA 2: Fasa Kekeliruan (confusion phase)
Dalam perjalanan proses pembelajaran ini, anda akan menempuh satu tahap di mana anda akan berasa keliru. Bila anda alami perasaan begini, ada dua perkara yang boleh anda buat.
Pertama, anda boleh berhenti (quit) atau anda boleh belajar bagaimana untuk menguruskan kekeliruan tersebut. Kekeliruan ni timbul apakala anda baru belajar sedikit perkara, tetapi banyak persoalan yang timbul, yang anda tak pasti.

Mungkin pengkajian anda belum cukup mendalam atau mungkin jugak anda tak dapat gambaran yang jelas tentang apa yang perlu anda buat. Atau..mungkin juga, anda membuat sesuatu tindakan, tetapi hasilnya tidak seperti yang anda jangkakan.

Proses ini sangat penting dan juga boleh jadi merbahaya. Ramai orang kecundang pada tahap ini. Berilah peluang kepada diri anda, cabar diri sendiri- cari jalan bagaimana untuk menguruskan kekeliruan itu supaya anda kekal dan boleh bergerak ke fasa seterusnya.



FASA 3: Fasa Kajiselidik dan Produk (research and product phase)
Anda perlu belajar bagaimana untuk melakukan kajiselidik dengan betul dan secukupnya. Tanpa kajiselidik yang berkesan, anda akan masuk ke pasaran umpama menembak sasaran dengan keadaan mata tertutup- anda akan menembak membuta-tuli, tanpa arah yang tepat! Memang bukan sesuatu yang mudah, tetapi bukan pula mustahil..anda perlu belajar  disiplinkan diri dalam usaha untuk menembak tepat ke sasaran.

Saya setuju! Bukan setiap cubaan akan membuahkan hasil. Mencari pasaran yang tepat umpama membedek sasaran yang sedang bergerak- bukan mudah. Apa yang perlu diketahui jika ingin mencari pasaran yang tepat ialah anda perlu tahu DIMANA mereka berada, APA kegemaran mereka dan APA yang mungkin mereka cari di internet. Ini memerlukan anda memahami SIAPA, MENCARI APA DI PASARAN!

Apabila anda telah nampak 'target market' anda, anda dah boleh mencipta produk untuk 'target market' tersebut. Persoalannya, bagaimana? Banyak strategi yang boleh digunapakai. Salah satunya dengan bertanya kepada 'target market' tersebut. Untuk bertanya, anda perlu 'sampai' kepada mereka melalui beberapa perantara atau saluran. Anda mungkin boleh cipta satu kempen untuk menarik minat mereka.

Banyak produk boleh anda cipta, kadangkala ada baiknya jika anda gunakan kaedah pemasaran 'affiliate' atau 'master resell rights', tak perlu pening nak fikir- jual saja produk orang lain dan anda akan dapat pulangan dalam bentuk komisyen!

FASA 4:  Fasa Membina Senarai (list building phase)
Apabila telah mempunyai produk dan target market, anda perlu sediakan senarai. Proses ini juga menganggap yang anda perlu tahu bagaimana ingin membawa traffik atau pengunjung ke lawan web anda. 'Membina' di sini bermaksud anda 'memelihara'/'menjaga' dan 'membangunkan' senarai anda bukan hanya semata-mata terus menjual produk anda- jangan gelojoh atau terburu-buru. Berikan perhatian dan penjagaan agar senarai anda kekal berada di situ dan berasa dihargai. Saya akan terangkan bagaimana menjana traffik yang ramai dengan pelbagai cara, dalam post2 yang akan datang.



FASA 5: Fasa Serabut Dan Penggabungan (overload and consolidation phase)
Sampai tahap ini, anda dah rasa sangat serabut dan buntu, langkah terakhir ialah angkat bendera putih! Fasa ini sepatutnya digunakan sebagai masa untuk anda mendapatkan  gambaran yang lebih jelas mengenai perjalanan proses perniagaan anda. Para jutawan internet menggunakan suatu kaedah dalam fasa ini, untuk melipat gandakan pendapatan mereka. Kenapa? Kerana, adalah mustahil untuk meningkatkan pendatan dalam masa yang amat terhad. Mereka menggabungkan usaha mereka dengan...Nanti saya sentuh kemudian.

Jika anda berada dalam fasa ini, anda perlu belajar mengasah 'strategic thinking', Jadikan ia satu kemahiran. Belajar bagaimana memproses idea2 anda satu persatu.

FASA 6: Fasa Pertukaran (conversion phase)
Dalam fasa ini, anda akan mula 'upgrade' laman web anda. Ubah mana-mana yang patut supaya lebih menangkap dan mengancam. Dalam fasa ini, anda dah nampak bagaimana rupabentuk laman web anda yang sepatutnya. Jika anda rasa tak cukup masa untuk melakukan tugas ni, anda boleh tugaskan seseorang khusus untuk mengurus, menjaga, menyelenggara serta memantau laman web ini bagi pihak anda. Sebagai usahawan, anda sebenarnya sedang beralih peranan dari 'task-oriented' kepada sesuatu yang lebih bersifat menyelia dan merancang.

FASA 7: Pertumbuhan (growth phase)
Dalam fasa ini, anda perlu fokus serta menumpukan perhatian kepada mencari peluang-peluang baru. Macamanapun, suatu yang dianggap membazir jika setelah anda bersusah-payah hingga sampai ketahap ini anda hanya mempunyai satu atau dua produk saja. Pasti ada sesuatu yang lebih besar dan hebat di depan! Takkan anda hanya berpuas-hati menunggu di sini sedangkan rakan2 lain saling berkejaran ke arah sana? Teruskan usaha anda dengan mencari peluang-peluang baru melalui 1001 macam sumber yang ada.

FASA 8: Strategi Perniagaan (business strategy)
Strategi perniagaan dan sistem adalah sebahagian dari plan jangka panjang pertumbuhan perniagaan anda. Ada orang yang menyarankan ianya harus bermula pada peringkat awal lagi. Pada saya, ia bukanlah suatu langkah bijak kerana kita harus melalui segala pengalaman pahit maung sebelum sampai ke tahap ini. Jika mengambil pandangan tersebut, samalah seperti perlumbaan kereta. Apa akan jadi jika kita meletakkan gear 5 di garisan mula sedangkan pesaing lain bermula dengan gear 1?..Ketinggalan? Betul, betul dan betul...
"..lu pikir la sendiri.."

No comments: