Apr 7, 2010

SUMBER PENDAPATAN #1: JUAL PRODUK SENDIRI.

Pada masa ini pembayaran untuk pembelian di internet boleh dilakukan melalui kad kredit. Satu fenomena biasa yang sangat memudahkan bagi pihak penjual mahupun pembeli. Sebagai Internet Marketer, peluang macam ni memang sangat baik dan tak harus dilepaskan. Trend sekarang, ramai pembeli-pembeli di luar sana melayari internet untuk membeli apa saja produk samada fizikal ataupun produk digital. Mudah, tak perlu meredah panas dan hujan, kesesakan lalulintas, membayar tol dan sebagainya.

Lagi pun, zaman penipuan kad kredit sudah berlalu. Kebanyakan syarikat pengendali pembayaran online melalui kad kredit sudah memiliki kaedah mencegah penipuan yang lebih cekap dan berkesan berbanding masa lalu. Oleh itu, anda boleh mula mencipta produk anda sendiri dan jual secara online di internet.


Sebagai permulaan, anda boleh cipta produk informasi. Mungkin anda nak buat satu produk informasi yang memberi nilai yang tinggi bagi setiap ringgit yang dilaburkan oleh bakal pembeli anda.

Mungkin anda boleh buat e.book berkenaan;
  • Tips melatih burung kakak tua bercakap
  • Bagaimana cara memelihara iguana
  • Teknik bermain gitar
  • Teknik ukiran
  • Bagaimana ingin membeli kereta terpakai dengan bijak
....dan sebagainya, mengikut kepakaran anda. Sebenarnya, produk informasi seperti ini ada pasaran permintaannya masing-masing tetapi sangat kurang sumber 'supply' di internet. Jadi, jika anda pakar atau mempunyai pengalaman luas atas sesuatu perkara, terjemahkan dalam bentuk e.book dan jual secara online di internet.

"Tahukah anda, enjin carian google menerima 250 juta pelawat yang mencari sesuatu setiap hari? Jika ada 1,000 orang yang mencari 'teknik ukiran' dalam masa sebulan, dan tak jumpa sumber lain selain dari anda di internet, anda sebenarnya boleh buat pendapatan sekurang-kurangnya RM20,000 dari situ..jika anda tahu caranya!"

No comments: