Apr 8, 2010

GERENTI DAPAT HASIL KE?

Ini adalah antara soalan yang selalu saya terima. Biar saya katakan begini..

"Adakah diploma, ijazah,MBA atau Ph.D menjamin keputusan anda yang terbaik?-TIDAK..
Adakah Harvard menjamin yang ijazah mereka boleh menghasilkan duit yang banyak atau menjamin pekerjaan untuk anda?-TIDAK
Ada tak graduan dari universiti ternama memperolehi gaji yang tinggi?-TENTULAH ADA..
Tapi, ada tak graduan Harvard, UKM, UM, UIA yang masih bertungkus-lumus mencari pekerjaan?- ADA JUGAK..."
 Ada ke unsur jaminan dalam kes seperti di atas? Jom lihat satu kes lagi...

PROGRAM PELANSINGAN BADAN..menarik bunyinya kan?
Katakan anda menyertai program ini. Adakah program ini menjamin badan anda akan 'slim' selepas tamat program?  Tidak bukan? Biasanya, dalam iklan mereka cuma dinyatakan yang hasilnya bergantung kepada faktor a,b,c etc, etc...Terlalu banyak faktor perlu diambil-kira.

Sebenarnya, sebagai manusia memang kita ada sikap 'sangsi' atau 'skeptical' kepada sesuatu perkara seperti berniaga di internet ini. Katalah saya memberi secara percuma 1 tiket loteri dan saya kata, tiket ni confirm menang dan anda ambillah tiket ini. Apa yang berlaku?
Dalam ramai-ramai, adalah sorang dua yang akan ambil tiket dan tuntut hadiah. Selebihnya, mereka akan rasa sangsi, ragu atau skeptikal dan tertanya-tanya niat saya,
"gila apa dia ni? Takkan nak bagi macam tu saja.."
mereka mahu tengok bukti dulu.. Tapi, saya cuma mahu mereka melakukan tindakan saja. Tiada apa-apa risiko pun jika mereka ambil dan tuntut hadiah tu.

Itulah sebenarnya apa yang saya nak sampaikan. Walaupun tiada jaminan kejayaan, dengan apa yang saya beri secara percuma di sini, anda buatlah tindakan. Bak kata orang lama..
"Kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya".
Jalan dah ditunjukkan, kapak dah diberi, tali dah tersedia...jadi, buatlah..insyaallah, hasilnya akan datang kemudian.

No comments: