Aug 7, 2010

[TEKNIK SEO]: Kunci Kejayaan Bisnes Online

Hai! Selamat bertemu kembali..

Macamana dengan hujung minggu rakan2 saya semua? Best kan, dapat bersantai dengan famili...
Apa kata ambil peluang ni untuk pergi shopping baju raya untuk anak-anak? Minggu depan dah puasa, nanti letih pulak nak berjalan..

Okay, hari ni saya nak bagi tips yang sangat berguna dan penting untuk bisnes online rakan2.
Tahukah rakan2 yang ranking yang baik di enjin carian adalah SALAH SATU KUNCI KEJAYAAN bisnes online rakan2?

Kenapa?

Sebab, konsep bisnes online ni, semakin ramai 'trafik' yang mengunjungi website kita maka semakin BESAR kebarangkalian untuk kita membuat jualan! Oleh itu satu cara PERCUMA untuk menarik trafik ke website kita adalah dengan menempatkan link website kita di kedudukan terbaik di enjin carian.

Apa maknanya kedudukan yang baik?

Maksud saya, kita kena tempatkan link website kita di kedudukan 'TOP 10' pada keputusan carian di enjin carian seperti 'GOOGLE SEARCH'.

Lihat contoh ini...
#2 untuk keyword "kelas website di Melaka"

Website mytipsbox.ws berada di kedudukan KEDUA dari 65,000 keputusan carian untuk keyword 'kelas website di Melaka' yang ditaip oleh pengguna internet.

#1 untuk keyword "buat website melaka"
Website mytipsbox.ws berada di kedudukan PERTAMA dari 149,000 keputusan carian untuk keyword 'buat website Melaka' yang ditaip oleh pengguna internet.

#3 untuk keyword "cara buat website paling simple"

Website mytipsbox.ws berada di kedudukan KETIGA dari 728,000 keputusan carian untuk keyword 'cara buat website paling simple' yang ditaip oleh pengguna internet.

#1 untuk keyword "kelas latihan buat website"

Website mytipsbox.ws berada di kedudukan PERTAMA dari 174,000 keputusan carian untuk keyword 'kelas latihan buat website' yang ditaip oleh pengguna internet.

Menarik?
Tunggu posting saya seterusnya dan kalau belum jadi rakan saya di sini, sila klik butang 'FOLLOW" di sebelah kanan blog ini ya..

Jumpa lagi!

No comments: