Aug 10, 2010

[SPB] Wahai Anakku..

Salam Ramadhan Al-Mubarak..rakan2!

Rasulullah SAW pernah bersabda :

" Setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu (tak kira masih hidup@telah tiada ).... nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu..."

Berdasarkan Hadith Nabi SAW :

" Tidak akan terputus rezeki seseorang ANAK selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tuanya dalam sehari"

Huraian hadith:

- Jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang masih hidup mahupun yang sudah tiada ).
- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus-putus berdoa kepada kedua ibu bapa (hidup atau mati).
- Ingatlah bahawa keredhaan ibubapa adalah keredhaan Allah SWT
- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh-sunngguh. Tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru-guru kita dan mereka-mereka yang banyak menolong kita (berdoa perlulah dengan bersungguh-sungguh).
- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah SWT.

Kesimpulannya:

- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris..... .Cuma jangan lupa Doakan ibu bapa kita setiap hari.
- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita Dapat dari Allah (e..g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..) InsyaAllah Berusaha dan bertawakal.. ...insyallah
- Rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM,STPM, IJAZAH dsbgnya.....tapi dengan hati yang tulus ikhlas dan doa kita untuk ibu dan bapa kita.....Mari kita Cuba . Allahhuakhbar. .

Bila-bila masa kita boleh angkat tangan dan berdoa untuk kedua orang tua kita, waktu bangun pagi, di pejabat, waktu makan siang, pagi, petang, siang atau malam, di mana saja, (tidak termasuk di waktu solat lima waktu).

Caranya : 

'YA ALLAH YA TUHANKU, ampunkanlah dosa2 kedua orang tua ku, berkatilah kedua mereka itu, sihatkan lah mereka, murahkan lah rezeki mereka, panjangkan lah usia mereka, jauhilah sebarang bahaya dan lindungi lah mereka, Aminn yarabbal alalamin. ..." (Doa ini untuk orang tua kita yang masih hidup).

Untuk yang sudah meninggal : "YA ALLAH YA TUHANKU, ampuni lah segala dosa-dosa orang tuaku, tempatkanlah bapaku / Ibuku di tempat orang2 yang beriman dan beramal soleh".

"Sebarkanlah ilmu walaupun sebesar zarah....."

No comments: