Jul 27, 2010

SEO: Bagaimana mendapatkan ranking Top 10 di enjin carian?

Hai! Selamat bertemu kembali..

Setuju tak jika saya kata, pengguna-pengguna internet tak akan pergi ke mukasurat kedua dan seterusnya bila mencari sesuatu perkara dalam enjin carian? Anda sendiri bagaimana? Kalau saya, saya akan cari dalam muka pertama saja lepas tu klik 'pangkah'..KELUAR!

Kebanyakan pengendali enjin carian memaparkan 10 keputusan carian pada muka pertama dan jarang-jarang sangat pengguna beralih ke muka kedua,ketiga dan seterusnya. Anda perlu amalkan langkah yang betul untuk mendapat ranking yang terbaik (1 hingga 10) di enjin carian.

Fakta:

"Lebih satu billion pengguna internet dan mereka, menghabiskan lebih banyak masa di internet berbanding menonton TV. 80% dari keseluruhan pengguna menjumpai website2 baru melalui enjin carian seperti Google, Yahoo, MSN, Bing dan lain-lain. Ini bermakna, berjuta-juta orang menggunakan perkhidmatan enjin carian setiap hari untuk mencari sesuatu website. Mereka inilah sebenarnya prospek yang baik kerana mereka telah mengambil inisiatif sendiri dan berusaha mencari maklumat website yang mereka mahukan melalui sumber2 online terhadap sesuatu topik dan 'klik' di link anda untuk mendapatkan maklumat lanjut!"

Ada 4 langkah penting yang perlu anda buat...

1. CARI KEYWORD TERBAIK.

Keyword atau 'kata-kunci' adalah perkataan atau frasa yang ditaip oleh pengguna internet di dalam kotak carian apabila ingin membuat sesuatu carian di internet. Tak guna anda masukkan keyword yang tak pernah langsung orang taip di enjin carian-bermakna atau senang cakap, tak ada orang yang mencari apa yang anda tawarkan! Jangan buang masa..

Untuk menjayakan sesuatu kempen pemasaran online di internet, anda perlu sasarkan keyword yang betul. Ambil masa untuk fikir, buat kajian, brainstorming dan apa-apa saja yang patut semata-mata untuk dapatkan keyword ini. Tugas ini tak harus dipandang ringan.

Keyword yang bakal digunakan mestilah sesuai/kena-mengena dengan tema dan kandungan website anda. Jika anda mensasarkan keyword yang salah, usaha-usaha promosi website anda akan gagal dan anda yang akan rugi kerana membazirkan banyak masa, tenaga dan wang.

Kebanyakan pengguna internet menggunakan dua ke empat perkata dalam satu frasa untuk satu-satu carian, maka penggunaan frasa adalah sangat berkesan. Perkataan tunggal tak boleh dipromosikan dengan berkesan kerana ia tidak terlalu disasarkan oleh pengguna-terlalu umum! Pengguna internet yang gunakan 4 perkataan adalah mereka yang berkemungkinan besar akan MEMBELI produk atau perkhidmataan berbanding mereka yang gunakan 1 atau 2 perkataan (kebiasaannya digunakan oleh pelajar atau pengkaji untuk dapatkan maklumat percuma saja).

Contoh: Rambut (1 perkataan) atau Teknik mendapatkan rambut cantik (4 perkataan). Cuba beritahu saya sekarang, yang mana umum dan yang mana lebih tertumpu? Ya, sepatutnya anda menggunakan 'Teknik mendapatkan rambut cantik' sebagai keyword.

2. MENGOPTIMAKAN HALAMAN WEBSITE (WEBPAGE).
Dengan mengoptimakan webpage, anda memberitahu enjin pencari, keyword apa yang anda mahu website anda ditemui pengguna internet. Ranking atau kedudukan yang tinggi di enjin carian seperti google, adalah disebabkan kandungan webpage yang telah dioptimakan.

Enjin carian hanya boleh meng'iktiraf' ranking yang tinggi kepada website anda untuk keyword yang tertentu JIKA kandungan halaman website anda BERKAITAN dengan keyword yang anda gunakan.

Pastikan setiap halaman website tidak mengandungi kesilapan2 HTML yang ketara yang boleh menghalang enjin  carian mengindeks website tersebut. Anda perlu mengoptimakan sekurang-kurangnya 6 halaman berlainan website anda dengan keyword yang berbeza tetapi berkaitan antara satu sama lain. JANGAN optimakan halaman yang sama lebih dari satu atau dua frasa keyword.


3. OPTIMAKAN LINK.

Link atau 'pautan' ke website anda adalah salah satu faktor terpenting untuk mendapatkan ranking tertinggi di enjin carian. Dalam pemasaran online, ini dikenali sebagai 'backlink'. Rasionalnya, enjin carian beranggapan yang website anda sangat penting jika website milik orang lain memasang pautan ke website anda  untuk sesuatu keyword! Semakin banyak website lain yang berbuat begini, semakin 'popular'website anda dan bila dah makin 'popular' semakin tinggi jugalah ranking website anda di enjin carian.

Ranking yang tinggi di enjin carian adalah disebabkan kandungan halaman website yang telah dioptimakan dan menerima 'backlink' yang banyak. Anda perlu kedua-duanya untuk memastikan ranking seperti ini.

TIPS: Untuk mendapatkan 'backlink' anda boleh berkomunikasi dengan pemilik website yang berkaitan dengan kandungan website anda dan buat cadangan untuk bertukar-tukar link (link exchange).

Contoh: Website anda mengandungi informasi berkenaan perkhidmatan DJ dan sistem P.A. Anda boleh berhubung dengan pemilik website berkaitan perkhidmatan perunding majlis, perkahwinan dan acara untuk bertukar link dan memasukkan 'backlink' pada kandungan website masing-masing. 'Win-win situation' bukan?


4. DAFTARKAN WEBSITE ANDA.

Dengan memasukkan website anda ke enjin carian anda sebenarnya men'jemput' enjin carian melawat website anda dan membuat indeks. Anda mahu enjin carian melihat-lihat website anda. Jika mendaftar di DIREKTORI INTERNET, pastikan anda mendaftar dalam kategori yang bertepatan dengan kandungan website anda.

Jangan mendaftar sekiranya anda TIDAK mempunyai NAMA DOMAIN SENDIRI atau nama domain anda hanyalah sebagai 'redirection' ke domain yang lain.

No comments: