May 11, 2010

Rahsia Memilih Nama Domain Yang Sesuai Untuk Perniagaan Online Anda.

Hai! Salam Sejahtera dan selamat bertemu kembali..

Nama domain seperti  www.google.com, www.yahoo.com, www.amazon.com ,
www.mytipsbox.ws dan banyak lagi... Semua ini adalah nama domain yang biasa anda lihat di internet. Nama domain yang anda pilih untuk perniagaan online anda bertindak sebagai 'identiti' atau pengenalan perniagaan anda di internet.

Jika perniagaan biasa, kita biasa lihat papantanda atau 'g.o' di atas premis2 perniagaan, sama juga di internet. Nama domain adalah 'g.o' untuk perniagaan anda di alam cyber. Secara lebih jelas, nama domain ialah alamat laman web yang ditaip oleh pengguna internet pada browser masing-masing untuk melihat sesuatu laman web yang dikehendaki.

Contoh: Cuba anda copy alamat ini, http://www.mytipsbox.ws dan 'paste' pada browser anda. Anda akan di bawa ke satu laman web!

Memilih nama domain adalah langkah yang sangat penting dalam proses membina perniagaan online dan juga untuk membawa pelawat-pelawat ke laman web anda. Kebanyakan pemilik perniagaan melakukan kesilapan memilih nama domain sebelum membina laman web tanpa membuat perancangan yang teliti. Sepatutnya, kita sudah merancang bentuk perniagaan dan merangka laman web sebelum memilih nama domain.

Berikut ada beberapa rahsia dan tips untuk memilih nama domain yang sesuai untuk perniagaan online anda.

LENGKAPKAN KAJISELIDIK 'KEYWORD' ANDA
Buatlah kajiselidik untuk katakunci atau 'keyword' dengan berhati-hati dan pilihlah keywords terbaik yang akan anda gunakan untuk 'memancing' trafik yang ramai ke laman web perniagaan anda. Ini adalah langkah yang paling penting sebelum anda memilih nama domain memandangkan anda berkemungkinan besar menggunakan sebahagian keywords ini untuk menamakan domain anda kelak.

RANCANG LAMAN WEB ANDA
Rancang secara terperinci apa matlamat dan objektif yang anda ingin capai dengan website anda. Rancang bagaimana rupa-bentuk serta isi kandungan website anda. Apabila anda dah ada idea apa yang ingin anda capai dengan website ini anda boleh mula fikir-fikirkan suatu nama yang sesuai yang ada kaitan dengan isi kandungan dan matlamat website tersebut. Ini berkaitan juga dengan enjin pencari kerana ia 'membaca' nama domain terlebih dulu sebelum ia membandingkannya dengan isi kandungan website tersebut.

PASTIKAN NAMA DOMAIN PENDEK, BERKAITAN DAN RINGKAS
Pilih nama domain yang pendek dan mudah untuk disebut dan diingati oleh pelawat serta menggambarkan isi kandungan keseluruhan website itu. Contohnya nama domain 'MYTIPSBOX'- mudah disebut, ringkas dan menggambarkan website itu mengandungi tips dan idea tentang sesuatu.

PASTIKAN IA MUDAH DIEJA!
Nama domain yang ringkas dan mudah diingat adalah bagus, tetapi jika ianya susah dieja ataupun mengelirukan, akan merugikan anda. Contoh: 'EXPOE'. Pelawat mungkin menaip 'xpo' atau 'ekspo'yang mengakibatkan website anda gagal ditemui!

SEBAIKNYA GUNAKAN DOMAIN 'DOT COM'
Kebanyakan orang atau pelayar internet dah ter'biasa' dengan '.com'. Lagipun, ia menggambarkan website itu sebagai website perniagaan. Samalah keadaan jika domain itu berakhir dengan '.gov', pelawat akan tahu bahawa ianya secara automatik adalah website kerajaan. Ini dapat mengelakkan kekeliruan kepada pelawat jika anda menggunakan '.net' atau '.org'.

ELAKKAN NAMA SINGKATAN
Dengan meningkatnya penggunaan medium perhubungan sosial seperti 'chat' dan SMS, nama-nama dan perkataan singkatan dah jadi perkara biasa. Tapi sebenarnya, ia tidak sesuai diamalkan pada nama domain.

Singkatan seperti '4u' untuk menyatakan 'for you' atau '2u' untuk 'to you' adalah tidak berkesan bagi sesuatu nama dan ia juga kelihatan kurang professional. INGAT! Anda mahu nama domain anda boleh 'MEMBERITAHU' pelawat apa yang mereka boleh harap atau jangkakan jika mereka masuk ke dalam website anda.

SEMAK EJAAN NAMA DOMAIN ANDA
Pastikan ejaan nama domain anda tepat. Sungguhpun anda mungkin ingin membuat 'gimmik' tetapi perniagaan anda kemungkinan meragukan pada pandangan pelawat hanya disebabkan ejaan yang salah! Kreadibiliti anda dan perniagaan anda mungkin akan menimbulkan tandatanya pelawat!

Idea-idea yang saya nyatakan adalah langkah yang selalu diabaikan oleh orang apabila ingin memilih sesuatu nama domain. Mengetahui dan mengikuti langkah-langkah ini menjadikan anda selangkah di hadapan apabila memilih nama domain yang sesuai dan terbaik untuk perniagaan anda.

Ramai internet marketer yang berjaya di Malaysia menggunakan perkhidmatan domain dari syarikat Global Domains International [GDI]. Ini adalah kerana, disamping nama domain, syarikat ini turut menyertakan hosting di dalam satu pakej. Website anda boleh disiarkan serta-merta tanpa perlu menunggu sehingga 1hari atau 1minggu.

Selain dari itu, ia juga menyediakan peluang untuk menambahkan pendapatan melalui program affiliatenya yang popular. Harga pakej ini juga amat kompetitif dan paling menarik, kita boleh membuat bayaran sewaan secara bulanan.

Oleh itu, sebelum anda membuat sebarang keputusan membeli nama domain, adalah baik jika anda melihat dulu 'presentation' dari GDI terlebih dahulu di link berikut..

Dan, anda boleh membaca testimonial pengguna serata dunia mengenai GDI di link ini http://www.testimonials.ws/?src=FRDM&sponsor=zaffa&language=english

Selamat mencuba ya!

No comments: