- Rancang Bajet Anda- Jangan main 'agak-agak' saja. Anda mesti rekod setiap perbelanjaan yang anda telah keluarkan supaya anda tahu berapa sebenarnya keuntungan anda.
- Teruskan Belajar- Jika anda ada semangat belajar yang kuat, teruskan belajar dan belajar. Tak mustahil anda boleh lebih berjaya dari Affiliate Marketer senior yang malas mengambil inisiatif untuk memajukan diri dan perniagaan mereka.
- Anggapkan Ini Sebagai PERNIAGAAN- Jangan anggap sebagai hobi. Kalau boleh dapatkan mereka2 yang lebih arif sebagai mentor anda. Sentiasa fikirkan idea-idea baru untuk meningkatkan jualan dan keuntungan. Walaupun anda lakukan secara part-time, uruskan ia dengan baik supaya ia boleh menjadi sumber 'part-time income' yang hebat dan berterusan.
- Idea Adalah Rakan Baik Anda- Sentiasa berfikiran kreatif atau dapatkan idea dari sumber2 lain di internet atau bahan-bahan bacaan lain.
- Bina Senarai 'mailing' Anda- Kumpulkan seramai mungkin prospek atau dipanggil 'leads' di internet. Menguruskan 'leads' yang ramai boleh menjadi sangat mudah dan cekap dengan sistem autoresponder. Anda boleh dapatkan mana-mana sistem autoresponder yang terdapat di pasaran. Jika tanya saya, saya cadangkan TRAFFICWAVE. Selain kerana kecekapan dan fungsi2 yang hebat, ia juga antara yang berpatutan dari segi harga. KLIK DI SINI UNTUK LIHAT PERBANDINGAN HARGA. Saya akan ceritakan di post akan datang, bagaimana Trafficwave boleh menghasilkan pendapatan bagi anda dan secara tak langsung anda boleh menggunakan sistem ini secara PERCUMA selama-lamanya.
Alam Bisnes Internet | Kongsi langkah2, idea & tips menjalankan bisnes anda secara online di sini..
Apr 21, 2010
5 PERKARA WAJIB BAGI AFFILIATE MARKETER BARU
Saya nak pesan kepada semua Affiliate Marketer yang baru pertama kali menyertai perniagaan ini. Diharap anda semua ambil perhatian kepada semua perkara2 berikut;
STEP-BY-STEP MEMULAKAN PERNIAGAAN AFFILIATE
Hai! Selamat bertemu kembali..
Kalau pada posting lepas, saya cadangkan supaya kita mula dengan perniagaan affiliate (jual produk orang lain), kali ni saya nak bagi panduan bagaimana nak mula secara step-by-step... Anda dah sedia?
STEP #2: Sediakan Laman Web Atau Blog
Laman web atau blog ini akan membolehkan kita menceritakan perihal produk yang anda promosikan ini supaya pelawat boleh memahami isi kandungan produk tersebut. Anda boleh pilih untuk mendirikan laman web sendiri ataupun mengeluarkan wang untuk mengupah pereka laman web. Terpulang pada anda.
Anda juga boleh mendirikan blog secara percuma di blogger atau wordpress. Saya cadangkan anda bina blog anda di blogger.com kerana ia lebih mudah.
STEP #3: Masukkan Link Affiliates Ke Dalam Laman Web/Blog
Setiap produk yang anda pilih mempunyai affiliate link atau referal link tersendiri. Sesiapa yang klik pada link tersebut akan dibawa ke laman web produk yang anda promosikan. Sekiranya mereka membeli produk tersebut bermakna anda akan menerima komisyen atas jualan itu.
Anda juga boleh memasukkan link tersebut di mana-mana perkataan yang anda mahu. Cuma, 'highlight'kan perkataan tersebut, klik butang 'link' atau 'hyperlink' pada menu editor. Satu kotak akan 'pop-up' dan anda boleh masukkan referal link anda di situ, kemudian klik OK. Sesiapa yang klik pada perkataan tersebut, proses seperti di atas tadi akan berlaku.
Walaubagaimanapun, perkara terpenting yang anda kena tahu ialah anda kena lakukan berbagai cara untuk menarik seberapa ramai pelawat atau trafik ke laman web atau blog anda. Semakin ramai pelawat bermakna semakin besar peluang anda untuk menjual produk tersebut.
Selamat mencuba!

STEP #1: Daftar Di Mana2 Program Affiliate Yang Sesuai
Sebagai contoh, jika anda berminat untuk menjual produk tempatan untuk pasaran tempatan, anda boleh daftar di klikjer.com
STEP #2: Sediakan Laman Web Atau Blog
Laman web atau blog ini akan membolehkan kita menceritakan perihal produk yang anda promosikan ini supaya pelawat boleh memahami isi kandungan produk tersebut. Anda boleh pilih untuk mendirikan laman web sendiri ataupun mengeluarkan wang untuk mengupah pereka laman web. Terpulang pada anda.
Jika anda ingin menjimatkan wang dan masa, anda boleh lakukannya sendiri. Anda boleh dapatkan cara2 membina laman web dengan PERCUMA dari saya. Cuma daftarkan nama dan email anda di ruangan yang disediakan di LAMAN WEB SAYA INI.Setelah membuat pengesahan email, anda akan dibawa ke laman web AutoMLMAnda. Bookmark laman web ini supaya anda boleh pelajarinya berulang-kali.
Anda juga boleh mendirikan blog secara percuma di blogger atau wordpress. Saya cadangkan anda bina blog anda di blogger.com kerana ia lebih mudah.
STEP #3: Masukkan Link Affiliates Ke Dalam Laman Web/Blog
Setiap produk yang anda pilih mempunyai affiliate link atau referal link tersendiri. Sesiapa yang klik pada link tersebut akan dibawa ke laman web produk yang anda promosikan. Sekiranya mereka membeli produk tersebut bermakna anda akan menerima komisyen atas jualan itu.
Anda juga boleh memasukkan link tersebut di mana-mana perkataan yang anda mahu. Cuma, 'highlight'kan perkataan tersebut, klik butang 'link' atau 'hyperlink' pada menu editor. Satu kotak akan 'pop-up' dan anda boleh masukkan referal link anda di situ, kemudian klik OK. Sesiapa yang klik pada perkataan tersebut, proses seperti di atas tadi akan berlaku.
Walaubagaimanapun, perkara terpenting yang anda kena tahu ialah anda kena lakukan berbagai cara untuk menarik seberapa ramai pelawat atau trafik ke laman web atau blog anda. Semakin ramai pelawat bermakna semakin besar peluang anda untuk menjual produk tersebut.
Selamat mencuba!
Apr 17, 2010
Bagaimana Melakukan Online Marketing Dengan Lebih Bijak Dan Beretika
PERHATIAN: ARTIKEL INI MUNGKIN PANJANG BERJELA TAPI PERCAYALAH, IANYA
SANGAT BERBALOI UNTUK MASA SINGKAT YANG ANDA LABURKAN UNTUK
MEMBACANYA..
Assalamualaikum dan selamat sejahtera!
Bila bercakap pasal Online/Internet Marketing, ada satu perkara yang membezakan antara Online/Internet Marketer (saya sebut IM saja) yang 'Pro' dan yang 'Amatur'.
Perkara yang satu ni, sangat mustahak dan hebat yang mana, kalau kita buat sedikit perubahan kepada perkara ini, akan membolehkan anda berpindah dari status amatur kepada IM professional yang berjaya.
Secara mudahnya;
IM Professional- sifatnya lebih gemar mengasing (sorting)
IM Amatur- sifatnya suka memujuk, merayu..
Saya selalu terbaca atau terdengar soalan/keluhan macam ni..(saya rasa anda pun selalu jumpa ayat ni)
"Macamana saya nak pujuk orang untuk jadi downline saya?"
"Macamana saya nak pujuk orang beli barang saya?"
Kalau tanya saya, saya akan jawab
"Mana boleh pujuk..tak payahlah nak cuba-cuba.."
Tak perlulah susah-susah buang masa nak fikir macamana nak pujuk rayu orang join itu-ini, beli barang itu-ini..
Sebaliknya, gunakan masa tu setkan dalam otak kita dengan fakta mudah ni;
Kat luar tu, terlalu ramai manusia yang sedang mencari aku, mencari apa yang aku tawarkan.
Semalam, hari ni, pada saat ini, esok, lusa... mereka sentiasa mencari dan mencari..Saya masih ingat lagi apa saya belajar dulu pasal sifat manusia dalam memenuhi keperluan...Hierarchy of Needs: Maslow. Manusia sentiasa meningkatkan keperluan, dari satu tahap ke tahap yang lain..
{Bukak minda, dunia ni amat luas-siapa yg duduk kat atas muka bumi ni? Manusia. Yang sentiasa cari maklumat? Manusia. Yang kreatif? Manusia. Yang boleh fikir? Manusia? Yang pandai menilai? manusia? Yang ada kuasa beli? Manusia, orang, human being....etc etc etc..Mereka ini sebenarnya mencari dan nak tau apa yang aku ada dan nak tawarkan pada mereka..}
Manusia ini gunakan search engines, semak iklan2, baca perbincangan di laman forum, cari dan baca artikel dan banyak lagi semata-mata untuk apa? Mendapatkan apa yang mereka mahu!
Itulah sebabnya saya fokuskan usaha pemasaran saya dalam apa juga saluran yang boleh. DAN saya arahkan maklumat pemasaran saya kepada 'hanturaya' saya yang dikenali sebagai AUTORESPONDER.
MENGAPA?
Mudah saja! Manusia yang berusaha mencari maklumat adalah prospek yang paling baik. Mereka mencari apa yang saya tawarkan dan AUTORESPONDER saya menyediakan cara atau kaedah yang paling mudah untuk meminta dan mendapatkan maklumat lebih lanjut. Apabila mereka isikan maklumat mereka seperti nama, alamat e.mail dan no.telefon di dalam borang langganan maklumat AUTORESPONDER saya, mereka sebenarnya MEMINTA maklumat dari saya kerana mereka ingin tahu lebih mendalam.
Jadi, AUTORESPONDER saya pun hantarlah maklumat. Orang meminta kita memberi!
Tak kisahlah orang tu minta maklumat pukul 2 pagi atau 12 tengahari...
Tak de hal kalau saya tengah meeting kat pejabat atau tengah bersantai tepi pantai..
Tak ganggu langsung kalau saya tengah solat..
Tak payah tunggu saya bukak komputer pun.. AUTORESPONDER saya dengan mudah menghantar maklumat yang mereka minta setiap masa! Automatik..
Mereka boleh baca maklumat saya dan buat keputusan samada nak terima tawaran saya atau tidak. Kadang2 mereka tertarik dan berminat tapi tak boleh nak decide masa tu, jadi mereka KIV dulu..Jadi, AUTORESPONDER saya akan 'follow-up' mereka ini, menghantar lebih banyak maklumat. Para Top Marketers ada berkata, untuk close 1 sales, kita kena buat 'follow-up' sekurang2nya 7 kali!!
Wow!..relevan sungguh kenyataan ni. Dalam pada tu, semakin ramai orang yang meminta maklumat dari saya disebabkan promosi saya yang berterusan dan konsisten.
Saya tak kisah kalau ada yang tak nak maklumat saya..
Saya tak kisah kalau mereka yang meminta maklumat tetapi kemudiannya buat keputusan tawaran saya tak sesuai untuk mereka. Samada tawaran saya yang tak sesuai ataupun mereka sendiri yang tak sesuai untuk tawaran saya..
Mereka boleh teruskan dengan hal mereka, saya terus dengan promosi saya..
Apa nak risau, AUTORESPONDER saya tak reti nak merajuk kalau orang kata 'tak mau'. Ia akan keluarkan orang itu dari senarai jika mereka minta untuk dikeluarkan dari menerima maklumat saya dan ia pun teruskan tugasnya macam biasa, menghantar maklumat kepada mereka yang meminta..
Kunci untuk kita faham ialah, GUNA dan YAKIN dengan AUTORESPONDER kita.
Saya sedar yang NADI perniagaan saya ialah sentiasa mendapat prospek2 baru. Saya lakukan ini dengan dengan mengiklankan di mana2 saja. Saya guna ruang iklan percuma, google, yahoogroup, facebook, twitter, tagged etc etc..yang mana KESEMUANYA saya arahkan ke link AUTORESPONDER saya>>landing page atau capture page!
Dengan cara ni, jika sesiapa berminat dengan iklan promosi saya, mereka dengan mudah boleh meminta maklumat lanjut dengan mengisi butiran mereka dalam borang yang saya sediakan. Bermakna, mereka telah dimasukkan ke dalam AUTORESPONDER saya. Dari sana, saya serahkan kepada AUTORESPONDER saya untuk buat tindakan susulan secara AUTOMATIK, bermula dari surat yang pertama. Jika prospek2 ini dah habis membaca siri2 surat saya, saya boleh log-in ke member's area dan 'recycle' surat2 ini bermula dari surat pertama semula..Itu saja!
Saya tak bimbang orang kata "TAK NAK"..
Saya tak risau bagaimana nak pujuk rayu orang..
Saya cuma terus-terusan promote, iklankan dan 'follow-up'
Saya mencari orang yang mencari saya saja..
KUNCI MENINGKATKAN JUALAN IALAH MULA MELIHAT DIRI KITA SENDIRI SEBAGAI 'SORTER' -mengasingkan perkara berkualiti dan dah tersedia untuk apa yang kita tawarkan dari timbunan segala macam perkara2 sampah di internet. Fikirkan bersama..kita akan berjaya.
ANDA SUKA ARTIKEL INI DAN NAK LEBIH MAKLUMAT TENTANG BISNES AUTORESPONDER?
IKUT SAYA DI
http://www.mytipsbox.ws/tw a.html

http://www.mytipsbox.ws/tw
Apr 15, 2010
MACAMANA NAK DAPAT DUIT PERTAMA?
Hai! Hari ni hari cuti untuk mereka yang kat Melaka, termasuk lah saya. Bagi internet marketer macam saya ni, sama jer..hari-hari cuti, hehe. Yang tak cuti, komputer saya ni! Hari2 kena kacau..nasib baik tak mogok.
Saya nak cerita sikit pasal bagaimana nak buat duit pertama kat internet ni. Ye lah, walaupun tak banyak, untuk permulaan ok lah..sapa nak bagi? Duit pertama saya bukan dalam RM tapi USD!
Terdapat pelbagai cara untuk kita menjana pendapatan di internet; antaranya melalui-
1) Program affiliate/reseller atau associates.
2) Jualan produk sendiri, termasuklah produk dari 'resale rights' di mana kita mendapat hak jualan terhadap sesuatu produk dari pemilik asalnya.
3) Perkhidmatan yang boleh ditawarkan melalui online, seperti khidmat nasihat, kaunseling dan program latihan.
4) Program keahlian berbayar seperti program networking friendster dsbg mengikut kretiviti masing-masing.
5) Penganjuran 'event' seperti seminar, tele-seminar, konvensyen, forum, peraduan, program komuniti dsbgnya.
Ok, di mana kita nak bermula? Perniagaan yang mana satu kita nak buat? Produk apa kita nak jual? Program apa kita nak anjurkan?
Tak perlu susah, jangan pening! Orang kata sebagai 'pemanas badan', kita buat dulu bisnes 'affiliate'. Dalam post2 yang lepas, saya dah sentuh pasal affiliate kan? Duit pertama saya datangnya dari bisnes ini. Sebagai Affiliate Marketer atau 'reseller' (salesman atau wakil jualan pun boleh), kita berperanan menjadi orang tengah, menemukan pembeli-pembeli dengan produk2 penjual. Apabila kita berjaya menjual produk 'sipenjual' kita akan diberi komisyen sehingga 70% dari harga jualan! Antara kelebihan2 perniagaan affiliate;
Produk Tempatan:
KlikJer.com - Sila klik DI SINI UNTUK MENDAFTAR sebagai affiliate. Pelbagai ebook bahasa melayu boleh dipilih.
Produk Antarabangsa:
Pilih 2 atau 3 produk untuk dijual. Kita akan diberi 'referral link' untuk setiap produk yang kita pilih. Selepas itu, tugas kita hanya promosi, promosi, promosi dan promosikan referral links tersebut di internet.

- Pendaftaran PERCUMA: Tiada modal permulaan. Untuk menjadi ahli affiliate, kebanyakan syarikat yang menawarkan program affiliate ini tidak mengenakan sebarang yuran penyertaan atau keahlian. Bukan seperti kebanyakan syarikat MLM, kita perlu bayar yuran ahli 'seumur hidup' (macam confirm je syarikat tu hidup lama!).
- Tak perlu menyimpan stok produk. Jadi, tak perlu kita keluar duit beli stok untuk dijual maka tiada risiko produk tidak terjual.
- Segala urusan penerimaan bayaran, penghantaran produk dan lain-lain urusan dilakukan oleh syarikat penjual. Tak perlu bimbang kesuntukan masa nak lakukan banyak perkara, tugas kita jual sahaja yang lain mereka yang bereskan. Cukup masa tunggu bayaran komisyen.
- Mudah nak promosi. Setiap produk disertakan dengan laman web, tugas promosi amat mudah cuma war-warkan link promosi di internet.
- Kita dibekalkan dengan pelbagai 'promotional tools' untuk memudahkan kerja promosi.
- Terlalu banyak produk yang boleh kita pilih untuk dijual. Jangan tak tau, di internet juga ada 'pasar borong'. Tak perlu bangun seawal 4 pagi nak ke pasar borong ni, bila2 masa saja, 24jam sehari 366 hari setahun tak pernah tutup. Tugas kita, pilih>join affiliate,>>promosi dan jual!
Produk Tempatan:
KlikJer.com - Sila klik DI SINI UNTUK MENDAFTAR sebagai affiliate. Pelbagai ebook bahasa melayu boleh dipilih.
Produk Antarabangsa:
- Clickbank - Sila sign-up sebagai affiliate di www.clickbank.com
- ComissionJunction- Sila sign-up sebagai affiliate di www.cj.com
- PayDotCom - Sila sign-up sebagai affiliate di www.paydotcom.com
TIPS: Sebelum memilih produk untuk dipromosikan, sebaik-baiknya kita tentukan dulu target market kita dan pilih produk yang dirasa paling sesuai dan paling mudah untuk kita promosikan. Pelajari dan fahami latarbelakang produk.
Pilih 2 atau 3 produk untuk dijual. Kita akan diberi 'referral link' untuk setiap produk yang kita pilih. Selepas itu, tugas kita hanya promosi, promosi, promosi dan promosikan referral links tersebut di internet.
Selamat mencuba!
Apr 13, 2010
PROSES MENJADI SEORANG INTERNET MARKETER
Hai, hari ini saya nak cerita sikit tentang langkah-langkah yang perlu diatur oleh seseorang 'BAKAL' Internet Marketer dalam menuju kejayaan . Proses ini meliputi beberapa fasa secara step-by-step dan saya rasa untuk sesiapa saja yang nak bermula dengan perniagaan internet, PERLU AMBIL TAHU dan praktikkan mengikut keupayaan masing-masing.
FASA 1 : Fasa Pembelajaran Awal (early learning phase)
Samada suka atau tidak, anda kena mula dengan belajar mengenai internet marketing. Anda boleh belajar dari orang yang arif, pakar, sifu, mentor ataupun belajar sendiri melalui sumber2 di internet atau bahan-bahan bacaan lain. Proses ini sangat penting pada tahap ini. Ada jugak orang yang cuba berniaga di internet tapi tak tahu apa-apa waima nak tanya soalan apa pun tak tahu. Akhirnya, dia akan berasa kecewa lalu minat dan semangat pun makin luntur lalu terus meninggalkan usahanya. Walhal, dia sebenarnya terlepas peluang untuk menjana pendapatan yang cukup baik sekiranya dia mengambil berat proses pembelajaran di tahap awal ini.
FASA 2: Fasa Kekeliruan (confusion phase)
Dalam perjalanan proses pembelajaran ini, anda akan menempuh satu tahap di mana anda akan berasa keliru. Bila anda alami perasaan begini, ada dua perkara yang boleh anda buat.
Pertama, anda boleh berhenti (quit) atau anda boleh belajar bagaimana untuk menguruskan kekeliruan tersebut. Kekeliruan ni timbul apakala anda baru belajar sedikit perkara, tetapi banyak persoalan yang timbul, yang anda tak pasti.
Mungkin pengkajian anda belum cukup mendalam atau mungkin jugak anda tak dapat gambaran yang jelas tentang apa yang perlu anda buat. Atau..mungkin juga, anda membuat sesuatu tindakan, tetapi hasilnya tidak seperti yang anda jangkakan.
Proses ini sangat penting dan juga boleh jadi merbahaya. Ramai orang kecundang pada tahap ini. Berilah peluang kepada diri anda, cabar diri sendiri- cari jalan bagaimana untuk menguruskan kekeliruan itu supaya anda kekal dan boleh bergerak ke fasa seterusnya.

FASA 3: Fasa Kajiselidik dan Produk (research and product phase)
Anda perlu belajar bagaimana untuk melakukan kajiselidik dengan betul dan secukupnya. Tanpa kajiselidik yang berkesan, anda akan masuk ke pasaran umpama menembak sasaran dengan keadaan mata tertutup- anda akan menembak membuta-tuli, tanpa arah yang tepat! Memang bukan sesuatu yang mudah, tetapi bukan pula mustahil..anda perlu belajar disiplinkan diri dalam usaha untuk menembak tepat ke sasaran.
Saya setuju! Bukan setiap cubaan akan membuahkan hasil. Mencari pasaran yang tepat umpama membedek sasaran yang sedang bergerak- bukan mudah. Apa yang perlu diketahui jika ingin mencari pasaran yang tepat ialah anda perlu tahu DIMANA mereka berada, APA kegemaran mereka dan APA yang mungkin mereka cari di internet. Ini memerlukan anda memahami SIAPA, MENCARI APA DI PASARAN!
Apabila anda telah nampak 'target market' anda, anda dah boleh mencipta produk untuk 'target market' tersebut. Persoalannya, bagaimana? Banyak strategi yang boleh digunapakai. Salah satunya dengan bertanya kepada 'target market' tersebut. Untuk bertanya, anda perlu 'sampai' kepada mereka melalui beberapa perantara atau saluran. Anda mungkin boleh cipta satu kempen untuk menarik minat mereka.
Banyak produk boleh anda cipta, kadangkala ada baiknya jika anda gunakan kaedah pemasaran 'affiliate' atau 'master resell rights', tak perlu pening nak fikir- jual saja produk orang lain dan anda akan dapat pulangan dalam bentuk komisyen!
FASA 4: Fasa Membina Senarai (list building phase)
Apabila telah mempunyai produk dan target market, anda perlu sediakan senarai. Proses ini juga menganggap yang anda perlu tahu bagaimana ingin membawa traffik atau pengunjung ke lawan web anda. 'Membina' di sini bermaksud anda 'memelihara'/'menjaga' dan 'membangunkan' senarai anda bukan hanya semata-mata terus menjual produk anda- jangan gelojoh atau terburu-buru. Berikan perhatian dan penjagaan agar senarai anda kekal berada di situ dan berasa dihargai. Saya akan terangkan bagaimana menjana traffik yang ramai dengan pelbagai cara, dalam post2 yang akan datang.

FASA 5: Fasa Serabut Dan Penggabungan (overload and consolidation phase)
Sampai tahap ini, anda dah rasa sangat serabut dan buntu, langkah terakhir ialah angkat bendera putih! Fasa ini sepatutnya digunakan sebagai masa untuk anda mendapatkan gambaran yang lebih jelas mengenai perjalanan proses perniagaan anda. Para jutawan internet menggunakan suatu kaedah dalam fasa ini, untuk melipat gandakan pendapatan mereka. Kenapa? Kerana, adalah mustahil untuk meningkatkan pendatan dalam masa yang amat terhad. Mereka menggabungkan usaha mereka dengan...Nanti saya sentuh kemudian.
Jika anda berada dalam fasa ini, anda perlu belajar mengasah 'strategic thinking', Jadikan ia satu kemahiran. Belajar bagaimana memproses idea2 anda satu persatu.
FASA 6: Fasa Pertukaran (conversion phase)
Dalam fasa ini, anda akan mula 'upgrade' laman web anda. Ubah mana-mana yang patut supaya lebih menangkap dan mengancam. Dalam fasa ini, anda dah nampak bagaimana rupabentuk laman web anda yang sepatutnya. Jika anda rasa tak cukup masa untuk melakukan tugas ni, anda boleh tugaskan seseorang khusus untuk mengurus, menjaga, menyelenggara serta memantau laman web ini bagi pihak anda. Sebagai usahawan, anda sebenarnya sedang beralih peranan dari 'task-oriented' kepada sesuatu yang lebih bersifat menyelia dan merancang.
FASA 7: Pertumbuhan (growth phase)
Dalam fasa ini, anda perlu fokus serta menumpukan perhatian kepada mencari peluang-peluang baru. Macamanapun, suatu yang dianggap membazir jika setelah anda bersusah-payah hingga sampai ketahap ini anda hanya mempunyai satu atau dua produk saja. Pasti ada sesuatu yang lebih besar dan hebat di depan! Takkan anda hanya berpuas-hati menunggu di sini sedangkan rakan2 lain saling berkejaran ke arah sana? Teruskan usaha anda dengan mencari peluang-peluang baru melalui 1001 macam sumber yang ada.
FASA 8: Strategi Perniagaan (business strategy)
Strategi perniagaan dan sistem adalah sebahagian dari plan jangka panjang pertumbuhan perniagaan anda. Ada orang yang menyarankan ianya harus bermula pada peringkat awal lagi. Pada saya, ia bukanlah suatu langkah bijak kerana kita harus melalui segala pengalaman pahit maung sebelum sampai ke tahap ini. Jika mengambil pandangan tersebut, samalah seperti perlumbaan kereta. Apa akan jadi jika kita meletakkan gear 5 di garisan mula sedangkan pesaing lain bermula dengan gear 1?..Ketinggalan? Betul, betul dan betul...

"..lu pikir la sendiri.."
Apr 12, 2010
7 KESILAPAN BESAR BILA MEMULAKAN PERNIAGAAN INTERNET
Pada pandangan saya, mereka yang baru bermula ini akan tiba satu ketika mereka akan 'blank' atau 'stuck' kerana ketandusan idea macamana nak buat duit. Samada mereka tak tahu bagaimana nak mula ataupun, mereka mula dengan hanya meniru bulat2 cara orang lain. Tak salah cara tu, tapi ia takkan bertahan lama.
Pada saya mereka kena perah otak pada awal lagi, fikirkan industri mana yang masih kurang diteroka melalui idea2 yang mereka ada. Sayangnya, tak siapa yang idea pada saat mula menceburi bidang ni. Jika anda ingin mengikut jejak apa yang sebahagian besar lakukan, anda harus gunakan 'common sense' sebelum bertindak. KENAPA?
Jika anda gunakan cara lama, anda sebenarnya 'meniru' strategi. Saya cadangkan anda jangan hanya 'tiru' tapi buatlah tokok tambah/pembaikan untuk hakmilik anda sendiri. Bila anda bermula nanti, anda akan dapati yang sesetengah kaedah cuba atau testing pada masa lalu dah tak praktikal lagi pada masa ini. Cuba cari pendekatan dan kaedah2 yang baru atau modifikasi kaedah yang sediaada mengikut daya kreativiti anda sendiri.
Jom kita lihat apakah kesalahan besar yang patut anda elak...
1. Tidak Memperuntukkan Masa Yang Cukup Untuk Berfikir.
Malas adalah suatu sikap yang kurang bijak dan selalu menjurus kepada kegagalan. Tak pernah lagi saya jumpa orang malas tetapi masih berjaya dalam pemasaran internet ini.
2. Menganggap Pemasaran Internet Salah Satu Skim Cepat Kaya.
Haha..tolong lah! Ini bukannya bisnes silap mata. Semua perniagaan ada strategi masing2. Tak dinafikan, ramai yang menjaja di internet, menjanjikan 'bulan' dan 'bintang' termasuk planet-planet yang ada! Jika anda mengharapkan seperti ini, lupakan saja niat anda. Buatlah apa yang anda buat sekarang-berniagalah semula cara lama, cara 'offline'.
Ingat! BERNIAGA SECARA ONLINE PADA DASARNYA SAMA SEPERTI BERNIAGA OFFLINE! Tetapi, kelebihannya kos yang lebih rendah, berpuluh malah beratus jenis produk boleh diniagakan dan peluang pasaran global-tanpa sempadan. 2 perkara yang perlu diambil perhatian. Pertama, Masa dan kedua-kebarangkalian. Risiko kegagalan tetap ada, jadi anda mesti bersedia untuk gagal.
3. Tidak Belajar Dari Pelbagai Sumber Yang Berbeza.
Adalah malang jika anda membeli apa saja yang anda mahu di internet dan kemudian baru buat kajian tentang apa yang anda beli. Terdapat banyak sumber2 berbeza untuk anda dapatkan informasi terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan. Contohnya e-zine, newsletter dan lain-lain yang memberi khidmat nasihat percuma. Penulis2 ini adalah professional dalam bidang masing2 dan lebih arif dalam arena pemasaran internet.
4. Kebimbangan Melulu.
"Selamat ke beli cara online ni?", "Tak kena tipu ke aku ni?"... Ini biasa sangat saya dengar. Pendapat saya, buatlah kajian. Gunakan google atau apa2 pun sumber informasi di internet..
5. Awal2 Dah Malas.
Dalam pemasaran internet, anda tak mampu nak bermalas! Memang betul ada orang kerja 16jam saja seminggu tapi menjana pendapatan yang cukup selesa di internet. Yang pasti, ianya bukan datang semudah itu. Yang melihat tak nampak kesusahan yang dilihat.
"Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul". Ia memerlukan pelaburan masa dan kerja keras untuk sampai ke tahap itu. Ada Top Marketers bekerja 16 jam sehari sebelum mengecapi kesenangan kemudiannya.
2 jenis 'malas'. Pertama, malas nak ikut cara yang rumit, maka dia sentiasa cari jalan paling mudah dan pantas. Kedua, malas nak buat apa-apa walaupun untuk berfikir. Beza antara kedua-duanya- malas jenis pertama akhirnya akan berjaya juga tapi malas jenis kedua akhirnya akan dapat 'TELUR'...KOSONG! Kesimpulannya?
KENALAH RAJIN, KALAU MALAS SANGAT PILIHLAH JENIS PERTAMA!
6. Tidak Merancang Masa Dengan Betul.
Pengalaman saya mengatakan, faktor ini sangat2 penting! Anda boleh jadi hebat dalam skil pemasaran, tapi jika anda gagal merancang aktiviti pemasaran dengan baik, anda juga akan gagal. Anda perlu bijak mengatur tugas2 pemasaran anda langkah-demi-langkah secara tertib dan teratur. Mungkin masa anda banyak terbuang di sini, tetapi percayalah ianya berbaloi! Kerja anda akan jadi mudah dan teratur, hidup takkan serabut...Buatlah jadual harian. Yang mana perlu dahulu didahulukan..ikut keutamaan.
7. Lebih Cenderung Menciplak Dari Mencipta
Saya tak menggalakkan anda menciplak 100% strategi orang lain. Ia tak relevan lagi buat masa ini. Anda boleh mencontohi dan kaji kelebihan dan kekurangan sesuatu strategi dan kemudiannya, rumuskan strategi baru mengikut kretiviti anda. Ambil kertas kosong dan senaraikan semua idea2 yang terlintas di fikiran anda sekarang!

Apr 9, 2010
5 LANGKAH MENGUASAI PELAJARAN DI INTERNET
LANGKAH#1: BELAJAR BAGAIMANA MENGGUNAKAN GOOGLE
Jika anda tak belajar bagaimana nak gunakan google, anda akan ketinggalan banyak peluang2 di internet. Google umpama peti harta karun yang mengandungi banyak perkara yang pelbagai. Bagaimanapun, untuk menukarkan perkara itu menjadi 'peluang' bukanlah hanya sekadar melayari google semata2. Ini, tepat bagi mereka yang hanya anggap google sebagai tempat untuk mencari sesuatu perkara saja di internet, sedangkan ianya lebih dari itu. Anda kena buat kajian dan cipta peluang dari sana.
LANGKAH#2: BELAJAR 'WHATS' (APA) DULU
Kesilapan paling besar yang dilakukan oleh Internet Marketer (IM) baru ialah mereka lebih teruja, tertarik dan berminat untuk mengetahui BAGAIMANA IM lain mencapai kejayaan. Mereka lupa bahawa sifat leka dan terikut-ikut dengan cara orang lain itu mungkin tidak sesuai dengan cara hidup, gaya atau kemahuan anda sendiri. Pendek kata..'BE YOURSELF!'
Untuk mengelak perkara ini, saya sarankan anda belajarlah segala 'APA' atau 'WHATS' terlebih dulu. Anda perlu mahir setiap terma2 yang berkaitan dengan pemasaran internet supaya anda boleh membina kefahaman yang lebih mantap untuk bersaing di internet. Jika anda tidak tahu perkara 'WHATS' sukar pulak anda nak memahami perkara 'HOW' kelak.
TIPS: taip perkataan glossary dalam google search!
LANGKAH#3: PELAJARI UNSUR 'WHY' (MENGAPA)
Setelah anda pelajari perkara2 'whats' sekarang masanya untuk anda pelajari mengapa (why) atau rasional keujudan perkara2 'whats' tadi. Contoh: mengapa perlu ada 'google'? Jika anda tak tahu apa itu google, nak mengetahui rasional keujudannya akan menjadi lebih susah untuk difahami.
LANGKAH#4: PELAJARI UNSUR 'HOW' (BAGAIMANA)
Sekiranya objektif adalah jelas, anda boleh gunakan pelbagai cara untuk sampai ke objektif tersebut. Saya hampir pasti yang ianya bukanlah susah sangat untuk mencipta sesuatu kaedah untuk sampai ke objektif.
LANGKAH#5: PELAJARI BAGAIMANA MENYATUKAN KAEDAH2 YG BERBEZA
Jika anda fikir proses ini berakhir hingga di situ, anda silap! Setiap seorang marketer mempunyai strategi atau kaedah yang berbeza. Sebahagiannya memberi strategi yang sangat rumit hingga boleh memeningkan kepala mereka yang baru nak bermula. Jika anda tahu bagaimana nak menyatukan pelbagai strategi/kaedah ini- anda boleh menjadi 'master' dalam pemasaran internet!
Subscribe to:
Posts (Atom)