Pada pandangan saya, mereka yang baru bermula ini akan tiba satu ketika mereka akan 'blank' atau 'stuck' kerana ketandusan idea macamana nak buat duit. Samada mereka tak tahu bagaimana nak mula ataupun, mereka mula dengan hanya meniru bulat2 cara orang lain. Tak salah cara tu, tapi ia takkan bertahan lama.
Pada saya mereka kena perah otak pada awal lagi, fikirkan industri mana yang masih kurang diteroka melalui idea2 yang mereka ada. Sayangnya, tak siapa yang idea pada saat mula menceburi bidang ni. Jika anda ingin mengikut jejak apa yang sebahagian besar lakukan, anda harus gunakan 'common sense' sebelum bertindak. KENAPA?
Jika anda gunakan cara lama, anda sebenarnya 'meniru' strategi. Saya cadangkan anda jangan hanya 'tiru' tapi buatlah tokok tambah/pembaikan untuk hakmilik anda sendiri. Bila anda bermula nanti, anda akan dapati yang sesetengah kaedah cuba atau testing pada masa lalu dah tak praktikal lagi pada masa ini. Cuba cari pendekatan dan kaedah2 yang baru atau modifikasi kaedah yang sediaada mengikut daya kreativiti anda sendiri.
Jom kita lihat apakah kesalahan besar yang patut anda elak...
1. Tidak Memperuntukkan Masa Yang Cukup Untuk Berfikir.
Malas adalah suatu sikap yang kurang bijak dan selalu menjurus kepada kegagalan. Tak pernah lagi saya jumpa orang malas tetapi masih berjaya dalam pemasaran internet ini.
2. Menganggap Pemasaran Internet Salah Satu Skim Cepat Kaya.
Haha..tolong lah! Ini bukannya bisnes silap mata. Semua perniagaan ada strategi masing2. Tak dinafikan, ramai yang menjaja di internet, menjanjikan 'bulan' dan 'bintang' termasuk planet-planet yang ada! Jika anda mengharapkan seperti ini, lupakan saja niat anda. Buatlah apa yang anda buat sekarang-berniagalah semula cara lama, cara 'offline'.
Ingat! BERNIAGA SECARA ONLINE PADA DASARNYA SAMA SEPERTI BERNIAGA OFFLINE! Tetapi, kelebihannya kos yang lebih rendah, berpuluh malah beratus jenis produk boleh diniagakan dan peluang pasaran global-tanpa sempadan. 2 perkara yang perlu diambil perhatian. Pertama, Masa dan kedua-kebarangkalian. Risiko kegagalan tetap ada, jadi anda mesti bersedia untuk gagal.
3. Tidak Belajar Dari Pelbagai Sumber Yang Berbeza.
Adalah malang jika anda membeli apa saja yang anda mahu di internet dan kemudian baru buat kajian tentang apa yang anda beli. Terdapat banyak sumber2 berbeza untuk anda dapatkan informasi terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan. Contohnya e-zine, newsletter dan lain-lain yang memberi khidmat nasihat percuma. Penulis2 ini adalah professional dalam bidang masing2 dan lebih arif dalam arena pemasaran internet.
4. Kebimbangan Melulu.
"Selamat ke beli cara online ni?", "Tak kena tipu ke aku ni?"... Ini biasa sangat saya dengar. Pendapat saya, buatlah kajian. Gunakan google atau apa2 pun sumber informasi di internet..
5. Awal2 Dah Malas.
Dalam pemasaran internet, anda tak mampu nak bermalas! Memang betul ada orang kerja 16jam saja seminggu tapi menjana pendapatan yang cukup selesa di internet. Yang pasti, ianya bukan datang semudah itu. Yang melihat tak nampak kesusahan yang dilihat.
"Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul". Ia memerlukan pelaburan masa dan kerja keras untuk sampai ke tahap itu. Ada Top Marketers bekerja 16 jam sehari sebelum mengecapi kesenangan kemudiannya.
2 jenis 'malas'. Pertama, malas nak ikut cara yang rumit, maka dia sentiasa cari jalan paling mudah dan pantas. Kedua, malas nak buat apa-apa walaupun untuk berfikir. Beza antara kedua-duanya- malas jenis pertama akhirnya akan berjaya juga tapi malas jenis kedua akhirnya akan dapat 'TELUR'...KOSONG! Kesimpulannya?
KENALAH RAJIN, KALAU MALAS SANGAT PILIHLAH JENIS PERTAMA!
6. Tidak Merancang Masa Dengan Betul.
Pengalaman saya mengatakan, faktor ini sangat2 penting! Anda boleh jadi hebat dalam skil pemasaran, tapi jika anda gagal merancang aktiviti pemasaran dengan baik, anda juga akan gagal. Anda perlu bijak mengatur tugas2 pemasaran anda langkah-demi-langkah secara tertib dan teratur. Mungkin masa anda banyak terbuang di sini, tetapi percayalah ianya berbaloi! Kerja anda akan jadi mudah dan teratur, hidup takkan serabut...Buatlah jadual harian. Yang mana perlu dahulu didahulukan..ikut keutamaan.
7. Lebih Cenderung Menciplak Dari Mencipta
Saya tak menggalakkan anda menciplak 100% strategi orang lain. Ia tak relevan lagi buat masa ini. Anda boleh mencontohi dan kaji kelebihan dan kekurangan sesuatu strategi dan kemudiannya, rumuskan strategi baru mengikut kretiviti anda. Ambil kertas kosong dan senaraikan semua idea2 yang terlintas di fikiran anda sekarang!
No comments:
Post a Comment