Showing posts with label autoresponder. Show all posts
Showing posts with label autoresponder. Show all posts

May 6, 2010

[E.Mail Marketing] 3 Sebab Kenapa Anda Perlu Bina SENARAI PROSPEK

Hai! Salam sejahtera semua dan selamat bertemu kembali..

Bila bercakap tentang 'buat duit' di internet, anda PERLU BINA SENARAI jika anda merancang untuk berada lama dalam bidang ini. Saya pasti, anda pernah dengar orang kata yang 'duit' tu ada dalam 'SENARAI' yang terbina. Pada saya, pendapat ni tidaklah begitu tepat walau ada kebenarannya.

Anda boleh bina senarai yang paling besar sekalipun, tapi kalau anda tak uruskan 'subscribers' dalam senarai itu dengan betul, anda takkan berhasil membuat apa-apa keuntungan pun dari situ...Dengan kata lain, takkan mendatangkan duit pada anda. Anda mungkin tertanya-tanya juga, apa lah pentingnya membina senarai ni dalam menentukan kejayaan sesuatu perniagaan kan?

Teruskan bacaan anda..

UNTUK MEMBINA KEPERCAYAAN
Sebab #1 kenapa orang tidak membeli dari anda ialah kerana mereka TAK PERCAYA pada anda! Tanpa kepercayaan takkan ada sebarang urusniaga..setuju? Apabila anda dalam proses membina senarai, anda boleh membina keyakinan prospek pada masa sama dengan menghantar email-email informatif secara berkala dan berterusan.

Lama-kelamaan perasaan percaya dan yakin kepada anda akan timbul pada prospek tersebut. Apabila kepercayaan sudah terbina, anda dah tiada masalah untuk menukarkan prospek tadi kepada PELANGGAN anda. Maka, tugas pemasaran anda akan menjadi semakin mudah dan kebarangkalian menghasilkan jualan juga semakin besar..
[Formula: Kepercayaan=Duit]


UNTUK MENDIDIK PROSPEK
Sebab #2 orang tak membeli dari anda ialah kerana mereka tak tahu lebih jelas tentang produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan. "Tak kenal maka tak cinta". Kita sendiri, kalau fikiran keliru, kecenderungan kita akan kata 'TIDAK' betul tak? Prospek yang keliru atau 'blur' atau 'confused' juga akan kata TIDAK kepada apa yang anda tawarkan!

Makanya, undanglah mereka ke dalam senarai anda supaya anda boleh berikan maklumat-maklumat yang lebih jelas bagaimana produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan boleh membantu, memberi kebaikan dan bermanafaat bagi mereka dan mungkin ahli keluarga mereka juga.

Ingat sentiasa bahawa orang tidak membeli produk, mereka membeli 'kebaikan' [benefits]. Dalam email anda nanti, anda kena tekankan bagaimana produk anda boleh membantu menyelesaikan masalah mereka.

[Contoh] Jika anda menjual produk kesihatan, terangkan bagaimana indahnya hidup tanpa penyakit kronik seperti kencing manis dan darah tinggi. Terangkan juga bagaimana produk anda boleh membantu menyelesaikan masalah kencing manis, darah tinggi dan sebagainya dengan menyertakan testimonial yang berkaitan, artikel-artikel serta pandangan dari pakar-pakar kesihatan.

UNTUK MENJANA LEBIH DUIT
Sebab #3 ni dah semestinya lah kita membina senarai ni untuk membina dan menjana lebih duit untuk diri kita. Apakala orang masuk ke dalam senarai anda, mereka adalah 'prospek' atau 'leads' anda dan sebenarnya mereka ini dah melangkah masuk ke dalam 'terowong jualan' anda.

Terowong jualan ini boleh ujud selama mana yang anda mahu, inilah aset perniagaan anda..Ia bergantung bagaimana anda 'setting' autoresponder anda. Anda boleh setting untuk menghantar email promosi bagi pelbagai produk yang anda tahu boleh memberi manafaat kepada mereka-mereka yang di dalam senarai anda. Sebahagian dari mereka pasti berminat dengan tawaran anda. Jika anda tiada SENARAI, anda mungkin kena set-up kempen berasingan bagi setiap produk yang anda cuba promosikan.

Oleh itu....
Amat-amat mustahak bagi peniaga-peniaga 'ONLINE' untuk memiliki 'SENARAI' prospek masing-masing.

ANDA PERLU MULA MEMBINANYA HARI INI JUGA..




TrafficWave.net AutoResponders

Apr 26, 2010

MINGGU SETIAUSAHA

Hai! Selamat bertemu kembali..

Kebelakangan ni, heboh saya dengar orang bercerita tentang minggu setiausaha. Asal bukak radio jer (bukan radio ERA, sebab saya dah boikot..x habis2 dengan lagu seberang) DJ2 cerita pasal minggu setiausaha. Untung betul ye siapa yang jadi setiausaha ni, tiap2 tahun diraikan. Makan2 kat hotel sambil tonton artis2 buat persembahan. Fikir2 balik kadang2 tak adil jugak bagi pekerja2 lain. Ye lah, kalau kata mereka kerja teruk, apa kurangnya pekerja lain? Mereka pun patut diraikan juga ye tak?

Jealous? Eh, tak..Buat apa nak jealous cuma bagi pandangan saja. Lagipun, saya bisnes sendiri dan setiausaha saya pun tak pernah merungut.

Saya cuma kasihankan boss2 mereka tu. Dah jadi trend pulak sekarang ni, tiap-tiap tahun mesti kena raikan minggu setiausaha. Belum kira yang bagi hadiah lagi. Betul, ada boss2 yang tak kisah, ada pula bangga bila dapat bawa setiausaha yang cun2 ke majlis.

Tapi, saya percaya dalam ramai2 boss, ada jugak yang tension..sebab tiap2 tahun kena bersedia bila tiba minggu setiausaha ni. Lebih2 lagi boss2 syarikat di Kuala Lumpur. Tak diikutkan nanti, malu pulak sebab tak ikut trend. Apa pulak kata setiausaha mereka. Apa pulak kata rakan2 mereka. Apa pulak kata pesaing2 mereka. Antara rela dan 'paksa rela' terpaksa lah buang beberapa ribu ringgit semata-mata nak ikut TREND.

Saya?

Walaupun saya boss, saya rasa sangat beruntung kerana saya tak ada setiausaha yang bernama manusia. Setiausaha saya ni cuma 'software' yang dipanggil AUTORESPONDER TRAFFICWAVE. Nama manja dia, hanturaya! hehe..


TrafficWave.net AutoResponders

Hanturaya saya menjalankan kerja2 setiausaha dengan tekun dan sangat setia. Kerjanya membantu saya membuat kempen2 promosi, memberi peringatan [reminder] kepada saya dan menggalakkan saya pergi bercuti tanpa kebimbangan.

Ia bekerja 24jam sehari, 7hari seminggu dan 366hari setahun. Tak kenal penat, tak perlu makan, tak perlu tidur, tak pernah mengeluh, tak pernah marah dan tak pernah merajuk. Apa yang dia tahu, kerja, kerja, kerja...Ada juga pelanggan saya terima surat kempen saya pukul 3pagi, dia balas surat saya: Encik tak tidur ke? Dalam hati saya ketawa saja sebab sambil layan mimpi2 indah, hanturaya saya tetap jalankan tugas dia.

Jika setiausaha biasa kita perlu bayar gaji kurang-kurang 2 ribu sebulan, EPF, bonus, kerja 9 hingga 5 (kadang2 overtime), kena bagi cuti setahun 14 hari, kena bagi cuti bersalin 45-60 hari. kadang2 merajuk dan macam2 hal lagi selagi namanya manusia, hanturaya saya pulak upahnya cuma RM65.00 sebulan! Itu saja...tak payah EPF, kerja 366 hari setahun, 24jam tanpa henti dan segalanya dilakukan secara automatik.

Itulah dia. Apa yang saya nak sampaikan ialah, untuk boss2 di sana,  saya cuma nak beritahu ada 1 alternatif nak jimatkan kos perniagaan, iatu dengan meng'AUTO-PILOT'kan, kerja2 promosi syarikat. Dengan autoresponder, bukan saja menjimatkan kos pengiklanan ia juga dapat menjimatkan banyak masa dan mudah menguruskan 'software' dari menguruskan manusia! Apabila kos dah jimat, bukan saja boleh bawa setiausaha ke majlis2 bahkan satu ofis pun boleh ikut...

Kalau nak berkenalan dengan hanturaya saya, boleh langgan newsletter percuma
KLIK DI SINI

Lihat presentation saya berkenaan autoresponder TrafficWave:

Lihat perbandingan harga autoresponder di pasaran:

Lihat bukti bagaimana saya menggunakan autoresponder dengan PERCUMA

Sekian, kita jumpa lagi!














Apr 21, 2010

5 PERKARA WAJIB BAGI AFFILIATE MARKETER BARU

Saya nak pesan kepada semua Affiliate Marketer yang baru pertama kali menyertai perniagaan ini. Diharap anda semua ambil perhatian kepada semua perkara2 berikut;

  1. Rancang Bajet Anda- Jangan main 'agak-agak' saja. Anda mesti rekod setiap perbelanjaan yang anda telah keluarkan supaya anda tahu berapa sebenarnya keuntungan anda.
  2. Teruskan Belajar- Jika anda ada semangat belajar yang kuat, teruskan belajar dan belajar. Tak mustahil anda boleh lebih berjaya dari Affiliate Marketer senior yang malas mengambil inisiatif untuk memajukan diri dan perniagaan mereka.
  3. Anggapkan Ini Sebagai PERNIAGAAN- Jangan anggap sebagai hobi. Kalau boleh dapatkan mereka2 yang lebih arif sebagai mentor anda. Sentiasa fikirkan idea-idea baru untuk meningkatkan jualan dan keuntungan. Walaupun anda lakukan secara part-time, uruskan ia dengan baik supaya ia boleh menjadi sumber 'part-time income' yang hebat dan berterusan.
  4. Idea Adalah Rakan Baik Anda- Sentiasa berfikiran kreatif atau dapatkan idea dari sumber2 lain di internet atau bahan-bahan bacaan lain.
  5. Bina Senarai 'mailing' Anda- Kumpulkan seramai mungkin prospek atau dipanggil 'leads' di internet. Menguruskan 'leads' yang ramai boleh menjadi sangat mudah dan cekap dengan sistem autoresponder. Anda boleh dapatkan mana-mana sistem autoresponder yang terdapat di pasaran. Jika tanya saya, saya cadangkan TRAFFICWAVE. Selain kerana kecekapan dan fungsi2 yang hebat, ia juga antara yang berpatutan dari segi harga. KLIK DI SINI UNTUK LIHAT PERBANDINGAN HARGA. Saya akan ceritakan di post akan datang, bagaimana Trafficwave boleh menghasilkan pendapatan bagi anda dan secara tak langsung anda boleh menggunakan sistem ini secara PERCUMA selama-lamanya.
Patuhilah semua perkara2 di atas DAN INGAT...Pemasaran Internet BUKAN SKIM CEPAT KAYA. Ia satu bentuk perniagaan era millenium. Tidak ada bulan dan bintang, yang penting usaha, usaha dan usaha..promosi, promosi dan promosi...