Jul 27, 2010

SEO: Bagaimana mendapatkan ranking Top 10 di enjin carian?

Hai! Selamat bertemu kembali..

Setuju tak jika saya kata, pengguna-pengguna internet tak akan pergi ke mukasurat kedua dan seterusnya bila mencari sesuatu perkara dalam enjin carian? Anda sendiri bagaimana? Kalau saya, saya akan cari dalam muka pertama saja lepas tu klik 'pangkah'..KELUAR!

Kebanyakan pengendali enjin carian memaparkan 10 keputusan carian pada muka pertama dan jarang-jarang sangat pengguna beralih ke muka kedua,ketiga dan seterusnya. Anda perlu amalkan langkah yang betul untuk mendapat ranking yang terbaik (1 hingga 10) di enjin carian.

Fakta:

"Lebih satu billion pengguna internet dan mereka, menghabiskan lebih banyak masa di internet berbanding menonton TV. 80% dari keseluruhan pengguna menjumpai website2 baru melalui enjin carian seperti Google, Yahoo, MSN, Bing dan lain-lain. Ini bermakna, berjuta-juta orang menggunakan perkhidmatan enjin carian setiap hari untuk mencari sesuatu website. Mereka inilah sebenarnya prospek yang baik kerana mereka telah mengambil inisiatif sendiri dan berusaha mencari maklumat website yang mereka mahukan melalui sumber2 online terhadap sesuatu topik dan 'klik' di link anda untuk mendapatkan maklumat lanjut!"

Ada 4 langkah penting yang perlu anda buat...

1. CARI KEYWORD TERBAIK.

Keyword atau 'kata-kunci' adalah perkataan atau frasa yang ditaip oleh pengguna internet di dalam kotak carian apabila ingin membuat sesuatu carian di internet. Tak guna anda masukkan keyword yang tak pernah langsung orang taip di enjin carian-bermakna atau senang cakap, tak ada orang yang mencari apa yang anda tawarkan! Jangan buang masa..

Untuk menjayakan sesuatu kempen pemasaran online di internet, anda perlu sasarkan keyword yang betul. Ambil masa untuk fikir, buat kajian, brainstorming dan apa-apa saja yang patut semata-mata untuk dapatkan keyword ini. Tugas ini tak harus dipandang ringan.

Keyword yang bakal digunakan mestilah sesuai/kena-mengena dengan tema dan kandungan website anda. Jika anda mensasarkan keyword yang salah, usaha-usaha promosi website anda akan gagal dan anda yang akan rugi kerana membazirkan banyak masa, tenaga dan wang.

Kebanyakan pengguna internet menggunakan dua ke empat perkata dalam satu frasa untuk satu-satu carian, maka penggunaan frasa adalah sangat berkesan. Perkataan tunggal tak boleh dipromosikan dengan berkesan kerana ia tidak terlalu disasarkan oleh pengguna-terlalu umum! Pengguna internet yang gunakan 4 perkataan adalah mereka yang berkemungkinan besar akan MEMBELI produk atau perkhidmataan berbanding mereka yang gunakan 1 atau 2 perkataan (kebiasaannya digunakan oleh pelajar atau pengkaji untuk dapatkan maklumat percuma saja).

Contoh: Rambut (1 perkataan) atau Teknik mendapatkan rambut cantik (4 perkataan). Cuba beritahu saya sekarang, yang mana umum dan yang mana lebih tertumpu? Ya, sepatutnya anda menggunakan 'Teknik mendapatkan rambut cantik' sebagai keyword.

2. MENGOPTIMAKAN HALAMAN WEBSITE (WEBPAGE).
Dengan mengoptimakan webpage, anda memberitahu enjin pencari, keyword apa yang anda mahu website anda ditemui pengguna internet. Ranking atau kedudukan yang tinggi di enjin carian seperti google, adalah disebabkan kandungan webpage yang telah dioptimakan.

Enjin carian hanya boleh meng'iktiraf' ranking yang tinggi kepada website anda untuk keyword yang tertentu JIKA kandungan halaman website anda BERKAITAN dengan keyword yang anda gunakan.

Pastikan setiap halaman website tidak mengandungi kesilapan2 HTML yang ketara yang boleh menghalang enjin  carian mengindeks website tersebut. Anda perlu mengoptimakan sekurang-kurangnya 6 halaman berlainan website anda dengan keyword yang berbeza tetapi berkaitan antara satu sama lain. JANGAN optimakan halaman yang sama lebih dari satu atau dua frasa keyword.


3. OPTIMAKAN LINK.

Link atau 'pautan' ke website anda adalah salah satu faktor terpenting untuk mendapatkan ranking tertinggi di enjin carian. Dalam pemasaran online, ini dikenali sebagai 'backlink'. Rasionalnya, enjin carian beranggapan yang website anda sangat penting jika website milik orang lain memasang pautan ke website anda  untuk sesuatu keyword! Semakin banyak website lain yang berbuat begini, semakin 'popular'website anda dan bila dah makin 'popular' semakin tinggi jugalah ranking website anda di enjin carian.

Ranking yang tinggi di enjin carian adalah disebabkan kandungan halaman website yang telah dioptimakan dan menerima 'backlink' yang banyak. Anda perlu kedua-duanya untuk memastikan ranking seperti ini.

TIPS: Untuk mendapatkan 'backlink' anda boleh berkomunikasi dengan pemilik website yang berkaitan dengan kandungan website anda dan buat cadangan untuk bertukar-tukar link (link exchange).

Contoh: Website anda mengandungi informasi berkenaan perkhidmatan DJ dan sistem P.A. Anda boleh berhubung dengan pemilik website berkaitan perkhidmatan perunding majlis, perkahwinan dan acara untuk bertukar link dan memasukkan 'backlink' pada kandungan website masing-masing. 'Win-win situation' bukan?


4. DAFTARKAN WEBSITE ANDA.

Dengan memasukkan website anda ke enjin carian anda sebenarnya men'jemput' enjin carian melawat website anda dan membuat indeks. Anda mahu enjin carian melihat-lihat website anda. Jika mendaftar di DIREKTORI INTERNET, pastikan anda mendaftar dalam kategori yang bertepatan dengan kandungan website anda.

Jangan mendaftar sekiranya anda TIDAK mempunyai NAMA DOMAIN SENDIRI atau nama domain anda hanyalah sebagai 'redirection' ke domain yang lain.

Jul 26, 2010

Yang Perlu Anda Tahu Pasal Internet..

Hai! Selamat sejahtera rakan2 semua!

Oh ya, saya rasa sungguh bangga hari ni. Nak tau kenapa? Kelas saya hari ni dihadiri oleh seorang 'warga emas' dan seorang usahawan yang memandu jauh dari Johor Bahru, semata-mata untuk menimba ilmu website ini. Saya amat terharu dengan kesungguhan mereka. Lihatlah, bagaimana kemahuan dan keazaman mengatasi kepayahan kan?

Belajar cara buat website sendiri di sini.

Oklah, so...anda dah confirm nak sertai bisnes online dengan laman web sendiri? Jika anda kata 'YA' saya ucapkan "Selamat Datang!" Berikut adalah beberapa fakta tentang World Wide Web untuk makluman anda:

======================================
20 FAKTA {{NGERI}} INTERNET SETAKAT 2009
======================================

#1) Terdapat lebih dari 234 JUTA WEBSITE ketika ini di internet!

#2) Tahun lalu sahaja lebih dari 47 JUTA HOSTNAME yang telah ditambah!

#3) Lebih dari 7 JUTA WEBSITE AKTIF yang ditambah dalam masa yang sama!

#4) 1.73 BILLION PENGGUNA Internet dan ia berganda setiap 100 hari!

#5) 90 TRILLION EMAILl dihantar setakat 2009!

#6) 247 JUTA PURATA EMAIL setiap hari!

#7) 200 BILLION EMAIL SPAM setiap hari!

#8) 1.4 BILLION PENGGUNA EMAIL setakat 2009!

#9) 81% EMAIL adalah SPAM!

#10) 126 JUTA BLOG!

#11) 84% AHLI laman sosial adalah WANITA!

#12) 27.3 JUTA tweets setiap hari di TWEETER setakat 11/2009!

#13) 4.13 JUTA orang 'follow' ASHTON KUTCHER di tweeter-pengikut paling ramai!

#14) 260 BILLION LAMAN dilawati setiap bulan di FACEBOOK @ 6 JUTA LAMAN SEMINIT @ 37.4 TRILLION LAMAN SETAHUN!

#15) FACEBOOK perlukan 30,000 SERVERS dan mereka masih terus berkembang

#16) 400 JUTA PENGGUNA FACEBOOK!

#17) 2.5 BILLION FOTO dimuat-naik sebulan di FACEBOOK @ 30 BILLION setahun!

#18) 1 BILLION VIDEO diuruskan oleh YOUTUBE setiap hari!

#19) 12.2 BILLION VIDEO YOUTUBE ditonton setiap bulan oleh warga U.S.!

#20) 924 JUTA VIDEO HULU ditonton setiap bulan oleh warga U.S.!

Itulah dia fakta2 yang dikeluarkan oleh syarikat JESS3, U.S.-Pengasas Sumber Media Social Times.

Ada orang mengatakan takut nak buat bisnes di internet bila lihat fakta ini. Pada saya, ambil sikap positif.
Inilah PELUANG yang sebenarnya!

Baiklah rakan2, nanti saya sambung lagi ya..

Sekian, jumpa nanti!

Jul 23, 2010

Youtube Downloader

Hai! Selamat bertemu kembali..

Tahukah rakan2, youtube adalah satu medium promosi yang sangat berkesan. Ia dikunjungi oleh 5juta pengguna internet setiap hari di seluruh dunia. Tak heranlah kalau website youtube antara yang paling tinggi cariannya di internet, sebaris dengan google,facebook dan amazon.

Kita boleh menggunakan youtube sebagai fungsi promosi bisnes kita di internet. Caranya ialah dengan membuka satu akaun dengan youtube terlebih dahulu. Sangat mudah, cuma masuk ke website youtube.com dan create account.

Seterusnya, kita boleh upload video kita sendiri ke dalam youtube dan edit maklumat2 akaun kita di dalamnya. Untuk panduan pemasaran melalui youtube yang lebih terperinci, rakan2 semua boleh rujuk di website ini:

http://www.mytipsbox.ws/ilmupercuma.html

Di sana terdapat panduan secara penerangan bertulis dan juga video yang boleh rakan2 tonton dan ikut langkah-demi-langkah. Saya nasihatkan rakan2 'bookmark' atau 'add to favourite' website ini supaya rakan2 boleh mengikuti panduan ini berulang-ulang kali.

Sekian dulu dan selamat mencuba.

Aazaff
WEBKILAT

Jul 22, 2010

7 Alasan Utama Mempromosikan Suatu Bisnes Melalui Internet

Hai! Selamat bertemu kembali..

Dah lama jugak saya tak update blog ini ya. Maafkan saya..
Sebenarnya, saya terlalu sibuk dengan bengkel latihan website yang baru beroperasi. Macamanapun, hari ni saya dapat 'curi' sedikit masa untuk memberikan info kepada rakan2 semua.

Walaupun rakan2 sudah memiliki bisnes 'Offline' sendiri, mempromosikan bisnes rakan2 melalui internet tetap PENTING.

Ini sebenarnya akan membuat rakan2 selangkah lebih maju daripada pesaing. Bahkan, ini juga boleh melipatgandakan keuntungan rakan2. Kenapa pulak begitu ya?

Sebabnya, internet memiliki kelebihan-kelebihan seperti berikut ini:

1. 'Stand-by' 24 Jam:
Tidak seperti praktis bisnes offline lain, yang layanannya bergantung kepada waktu kerja, web site rakan2 selalu 'stand-by' 24 jam serta boleh diakses oleh bakal pelanggan dari ceruk mana dan pada bila-bila masa saja.

2. Menjangkau Pasaran Yang Disasarkan:
Melalui promosi online, rakan2 boleh secara efektif memasarkan bisnes berdasarkan pasaran yang disasarkan, baik dari segi kawasan, minat, keperluan pelanggan, bahasa, dan lain-lain.

3. Menaikkan Imej Bisnes Rakan2:
Dengan memiliki sebuah website, imej bisnes rakan2 boleh dipamirkan. Walaupun bisnes rakan2 tidak besar atau 'biasa-biasa' saja, tetapi melalui kehadiran secara online, imej bisnes rakan2 akan lebih terserlah dibandingkan pesaing lain dan boleh pula bersaing dengan 'big guns' yang sediada.

4. Kos Pemasaran Yang Lebih Efektif Dan Efisyen:
Ini disebabkan pemasaran melalui internet sangat tertumpu dan kos secara relatifnya lebih rendah jika dibandingkan dengan pemasaran offline, sehingga kos yang dikeluarkan untuk aktiviti pemasarannya juga menjadi lebih efektif dan efisyen.

5. 'Memposisikan' Bisnes Rakan2 Di Masa Depan!
Semakin hari, semakin banyak bisnes yang ujud secara online. Begitu jugak pesaing rakan2. Saya yakin, kalau tidak sekarang, lambat-laun pun mereka akan menghadirkan bisnes mereka melalui internet. Sebab itu, kehadiran website bisnes rakan2 di internet, setidak2nya telah membantu memposisikan bisnes rakan2 di masa depan. Pendek kata, rakan2 dah 'book' dulu siang2 kedudukan bisnes rakan2 dalam satu2 pasaran. Hebat bukan?

6. Mempermudahkan Rakan2 Dalam Membina Hubungan Baik Dengan Pelanggan:
Disebabkan internet adalah media yang interaktif, rakan2 dengan mudah menjalin komunikasi dan memelihara hubungan baik dengan pelanggan. Baik melalui newsletter, borang cadangan,    survey/polling, forum dan lain2. Dengan kelebihan2 ini, rakan2 boleh melayani ramai pelanggan dalam satu-satu masa.  Maka, lebih menjimatkan tenaga, masa dan wang bukan?

7. Sistem Automasi Yang Responsif:
Melalui sistem automasi, seperti penggunaan autoresponder website rakan2 boleh memberikan respon dengan cepat jika ada pesanan produk atau permintaan dari pelanggan untuk informasi lanjut tentang bisnes atau produk rakan2. Dalam zaman yang serba PANTAS ini, kepantasan layanan adalah  satu KELEBIHAN, betul tak?


Demikianlah antara alasan atau sebab2 utama kenapa kita perlu mempromosikan bisnes kita di internet dalam zaman yang serba pantas ini.


NOTA JIKA RAKAN2 SUKAKAN INFORMASI SEPERTI INI, BOLEH TAK MASUKKAN SEDIKIT KOMEN DI RUANGAN YANG DISEDIAKAN DI BAWAH. SEKURANG2NYA BOLEH SUNTIK SEMANGAT SAYA UNTUK MENULIS LAGI..HEHE..


JANGAN LUPA, 'SHARE' DENGAN RAKAN2 LAIN DI FACEBOOK ATAU EMAIL, SHARE BUTTON JUGA ADA DI BAWAH YA.