Apr 30, 2010

[TIPS] 10 Teknik Membina Senarai Prospek Dengan Autoresponder

Hai! Selamat bertemu kembali dan selamat datang bagi anda yang tiba dari Group Facebook saya do.it.online..

Pada artikel lalu, saya ada mengatakan Senarai Prospek sangat PENTING. Ia adalah aset yang sangat berharga bagi setiap perniagaan. Di dalam senarai inilah letaknya keuntungan sesuatu perniagaan tersebut. Maka, sangat-sangat penting untuk kita membina, membangunkan, mengembangkan sebesar-besarnya dan menguruskan senarai prospek/pelanggan ini dengan sistematik...

BOHONG! jika anda kata anda tak mahu pelanggan berulang-ulang....
BOHONG! jika anda kata anda tak nak 'repeat sales'...
BOHONG! jika anda kata anda tak nak untung lebih...
BOHONG! jika anda kata anda tak minat nak kurangkan kos operasi..

Oleh itu..anda kena lakukan satu saja perkara...

BINA SENARAI...
BINA SENARAI...BINA SENARAI...
BINA SENARAI...BINA SENARAI...BINA SENARAI...

Apa lagi yang saya nak bantu? Tak tahu macamana nak buat?

Okay lah..

Saya BOCORKAN jugaklah...
[ramai IM suka simpan rahsia ni..]

TEKNIK #1
Masukkan  satu borang langganan (subscription form/web form) ke dalam laman web perniagaan anda. Anda boleh mendapatkan atau merekabentuk borang langganan ini di dalam member's area sistem autoresponder trafficwave anda. [Borang langganan pada tahap ini bermaksud, ruangan untuk melanggan email kempen/promosi/maklumat dari Autoresponder anda, bukannya melanggan produk anda].

Jujur saya katakan, memiliki laman web sendiri adalah satu KEWAJIPAN untuk menjamin kejayaan perniagaan ONLINE anda. Jika anda masih tak tahu atau anda malu nak bertanya, anda boleh belajar cara-cara membina sendiri laman web anda di rumah. Saya juga berikan pelajaran ini secara PERCUMA 100%.

Gunakanlah, ambil peluang ini kerana anda takkan dapat pelajaran ni dengan PERCUMA di mana-mana melainkan anda kena keluarkan bayaran.
Jika anda nak upah pereka laman web sekalipun untuk buatkan untuk anda, saya tak menghalang kerana yang penting, anda ada laman web sendiri.

Memasukkan borang langganan ke dalam laman web sendiri, membolehkan anda mengawal sepenuhnya semua kandungan dan promosi-promosi perniagaan anda. Apabila seorang pelawat laman web anda mengisi borang langganan tersebut, anda sebenarnya baru saja berjaya mengumpulkan seorang lagi 'targeted subsriber' yang mempunyai minat yang tinggi terhadap perniagaan anda ke dalam senarai autoresponder milik anda!

TEKNIK #2
Membina dan menggunakan 'Capture Pages' atau 'Landing Pages'. Capture Pages/Landing Pages ini adalah satu laman web yang berasingan yang digunakan oleh hampir kesemua IM untuk mempromosikan laman web UTAMA perniagaan mereka. [Jika anda telah mendapatkan laman web latihan membuat website saya, di sana ada ditunjukkan cara-cara membina Capture Page/Landing Page ini].

Capture Pages/Landing Pages ini membolehkan anda menguji keberkesanan pelbagai tajuk-tajuk utama (headline) atau skrip promosi untuk mengetahui yang mana satu lebih baik dan berkesan memikat pelawat terhadap kempen promosi iklan anda. Masukkan borang langganan anda di Capture Pages/Landing Pages ini juga.


TEKNIK #3
Masukkan LINK untuk membawa ke Capture Page/Landing Page/Laman Web anda yang telah disertakan dengan borang langganan tadi, ke ruangan TANDATANGAN e.mail. Biasanya e.mail anda disudahi dengan nama anda> nama syarikat> LINK KE CAPTURE PAGE LAMAN WEB. Pastikan link itu membawa penerima email ke capture page/landing page atau laman web yang anda tetapkan.

Contoh seperti berikut;

-Aazaff Zaffaruddin
Mytipsbox [dot] ws Sdn.Bhd.
http://www.mytipsbox.ws/twa.html
...Cuba anda klik ke LINK biru di atas, lihat ke mana anda akan dibawa dan perhatikan kedudukan borang langganan (subscription form/web form).

TEKNIK #4
Masukkan LINK Capture Pages atau laman web anda di mana-mana laman perbincangan atau forum yang anda sertai jika perbincangan itu bersesuaian dengan perniagaan yang ingin anda promosikan.


TEKNIK #5
Tawarkan maklumat percuma kepada pelawat. Manusia sukakan maklumat, apatah lagi yang percuma.  Buatlah artikel atau surat yang berkaitan dengan apa yang ingin anda tawarkan kepada mereka. Apabila seseorang meminta maklumat berkenaan apa yang anda tawarkan, anda dapat seorang lagi prospek (dipanggil juga 'leads') yang berminat telah dimasukkan ke dalam senarai autoresponder anda untuk di 'follow-up' nanti!

 
TEKNIK #6
Mintalah prospek anda memperkenalkan perniagaan anda kepada rakan-rakannya yang lain (referals). Bila anda merangka email2 kempen, selitkan juga nota kecil meminta atau menggalakkan pembaca email anda memberitahu kepada rakan-rakan mereka yang lain. Sertakan LINK ke Capture/Landing Pages atau Laman Web anda. Secara saikologinya, orang lain akan lebih berminat untuk melanggan, sekiranya mereka diperkenalkan oleh orang yang dikenali atau dipercayai oleh mereka.


TEKNIK #7
Gunakan kaedah pemasaran 'Balang Ikan' [Fish Bowl Marketing]. Pernah lihat di restoran mewah atau hotel, pemilik meletakkan satu balang kaca yang diletakkan nota "Sila tinggalkan business card anda untuk memenangi cabutan bertuah......". Pastikan mereka bersetuju untuk melanggan email-email kempen dari anda!


TEKNIK #8
Anjurkan suatu peraduan di laman web anda. Pastikan anda masukkan borang langganan ke dalam laman web tersebut. Nyatakan bahawa, setiap langganan akan melayakkan mereka mendapat hadiah percuma umpamanya e.book percuma, potongan diskaun dan lain-lain.


TEKNIK #9
Memasukkan link ke Capture/Landing Page atau Laman Web anda di dalam apa-apa saja surat, poskad, invois, kupon dan juga kad perniagaan anda.

TEKNIK #10
Mengoptimakan Capture/Landing Pages/Laman web anda untuk 'enjin pencari'. Dengan menumpukan beberapa kata-kunci (keywords) tertentu, anda boleh meningkatkan pencarian di enjin pencari dan seterusnya membolehkan lebih ramai orang menjumpai Capture/LandingPages atau Laman web anda di internet.

Itulah dia 10 teknik yang boleh anda lakukan. Apabila bilangan pelanggan autoresponder (subscribers) anda semakin ramai, amat mudah sekali anda membuat email 'broadcast' untuk membuat jualan atau tawaran-tawaran istimewa.

Ingat...

Semakin ramai prospek di dalam senarai autoresponder anda...
Semakin besar jugalah kebarangkalian untuk anda melakukan JUALAN.

Jumpa lagi!

FOLLOW BLOG INI?
KLIK BUTANG 'FOLLOW' DI 'SIDEBAR' SEBELAH KANAN ANDA>>>>




























[REBUT PELUANG INI!!] 
AUTORESPONDER TRAFFICWAVE menawarkan
'TEST-DRIVE' PERCUMA selama 30 hari.
Anda boleh gunakannya serta-merta..'Alami Kehebatannya'...

Apr 28, 2010

AUTORESPONDER SAYA & TEKNIK 'UPSELL'

Hai! Selamat bertemu kembali..

Hari ni nak citer panjang sket..jangan boring pulak..tapi tak baca CONFIRM rugi..

Hari ni, genap 5 bulan saya gunakan sistem autoreponder TrafficWave secara PERCUMA. Meriah suasana...

Sistem Autoresponder TrafficWave ini dah digunakan oleh ahli-ahli pemasaran online professional dari serata dunia untuk membina dan menguruskan senarai prospek, subscriber dan pelanggan masing-masing, sama seperti apa yang saya lakukan serta banyak lagi fungsi-fungsi lain.

Pengusaha restoran gunakan autoresponder...
Network marketers gunakan autoresponder....
Affiliate marketers gunakan autoresponder....
Golongan artis gunakan autoresponder......
Pasaraya besar gunakan autoresponder.....
SAYA sendiri pun gunakan autoresponder...

Mengapa agaknya, pelbagai jenis perniagaan menggunakan autoresponder untuk membina senarai dan menguruskan senarai pelanggan dalaman mereka? Apa pentingnya senarai tu pada mereka?

[Kerana mereka tahu]: Keuntungan mereka ada dalam senarai itu.

Inilah sebabnya mereka-mereka ini memberikan sepenuh FOKUS pemasaran mereka kepada membina seramai-ramainya prospek atau 'leads' ke dalam senarai. Setiap hari mereka memikirkan untuk
menambah seberapa ramai prospek2 baru yang boleh. Semakin besar senarai prospek mereka, maka semakin besar jugalah kebarangkalian untuk mereka menghasilkan jualan dan semakin besar jugalah peluang mereka untuk memaksimakan keuntungan.

Fikir sejenak, pernahkah anda lihat iklan-iklan oleh 'nama-nama besar' dalam perniagaan di internet? Mereka semua meletakkan 'borang' [web form] dalam laman-laman web mereka.

Apa tujuannya?

Tak lain tak bukan untuk menarik pelawat2, menyertai senarai prospek mereka!! Borang ini, umpama menahan lukah atau bubu di sungai...

Mereka membina senarai 'targeted prospects' kerana mereka tahu yang mereka boleh membuat jualan kepada prospek-prospek ini berulang-ulang kali. Autoresponder membuat follow-up setiap hari...Secara tak langsung, melakukan aktiviti yang dipanggil 'upsell' kepada pelanggan sedia ada.

Apa pulak 'upsell'?

Ini adalah teknik pemasaran untuk memaksimakan keuntungan.
[Contoh]: Anda tentu pernah ke KFC, A&W atau McDonalds. Pernah tak anda lihat, semasa mengambil pesanan anda, pelayan tanya anda begini..

"encik, nak tambah french fries?" atau
"anak2 encik x nak cuba banana split?"
"encik nak tambah 1 mc chicken? dapat permainan
percuma...?"

Sebenarnya, pelayan tersebut sedang melakukan aktiviti pemasaran 'upsell'. Selain keuntungan belian asal, dia cuba menambahkan jualan dengan menawarkan produk tambahan.. nampak?

Jika kita mempunyai senarai prospek yang terlalu ramai, kita tak mampu nak melakukan 'follow-up' satu persatu..maka autoresponder mengambil-alih tugas ini secara automatik!

Jika anda fikirkan baik-baik, 'senarai' atau 'mailing-list' ini adalah aset yang paling berharga bagi sesuatu perniagaan. Aset ni perlu diuruskan secara sistematik untuk kepentingan perniagaan jangka panjang.

TrafficWave.net memberi anda peluang untuk mencuba sistem ini PERCUMA selama 30 hari. Nasihat saya, anda rebut peluang ni sementara masih ada..Belajar dan alami sendiri, baca semua 'Training Articles' yang diberi..

KLIK DI LINK BERIKUT
http://tinyurl.com/2du9aam

Sementara anda dalam status 'Free-Trial', saya nak anda tahu yang anda bukanlah bersendirian di sini. Anda boleh hubungi saya bila-bila masa saja jika perlukan bantuan.

Pasukan teknikal TrafficWave.net bersedia menjawab persoalan anda semasa proses belajar menggunakan sistem ini.

Mereka juga ada forum diskusi ahli di mana anda boleh dapatkan maklumat daripada ahli-ahli berpengalaman lain yang sedang menggunakan sistem ini.

Percayalah..sistem ini amat berbaloi. Sekali lagi, ambil peluang untuk membaca semua 'training articles' yang terdapat dalam back-office di http://www.trafficwave.net/login.html

Pemasaran e-mail adalah konsep pemasaran yang paling 'cost-effective' dan cekap untuk mendapat kelebihan dalam perniagaan. Belajar menggunakan setiap 'tools' yang ada kerana ia akan membantu anda melakukan jualan yang berterusan bagi masa-masa yang mendatang.

Bila anda dah bersedia untuk UPGRADE akaun anda, cuma log-in dalam 'back office' di http://www.trafficwave.net/login.html, masuk ke profail anda dan masukkan maklumat pembayaran. Pastikan jangan melewati tempoh percubaan 30 hari tersebut ya..

[DAN] jika anda berminat untuk mendapatkan pendapatan tambahan seperti apa yang saya lakukan dan nikmati sekarang, pastikan anda lihat pelan affiliate trafficwave.

http://tinyurl.com/yjfbbaa

Syarikat ini memberi anda dan saya komisyen 100% sebagai 'fast track bonus' dan juga komisyen bulanan . Ini sangat menarik! Lihat bukti cek saya di blog

http://doiton9.blogspot.com

Dengan 'fast-track' bonus, kini saya menggunakan sistem ini secara PERCUMA. Jangan lupa 'tick' ayat ini "anda ingin menggunakan sistem ini dan MENYERTAI PROGRAM AFFILIATE TRAFFICWAVE.NET, "
semasa upgrade nanti.
Nasihat saya, jangan lepaskan peluang keemasan ini..

Hakikatnya, beberapa top Affiliates sedang menikmati pendapatan tahunan 5 angka dengan HANYA memperkenalkan klien2 baru kepada TrafficWave.net.

Sekian saja, harap dapat makluman dan tindakan positif dari anda.

Layan lagu pun best jugak ni..jom?



Apr 27, 2010

STOP!...BACA PESANAN ASAS NI DULU!!!

Dalam melayari internet ni terlalu banyak yang mengajak join program itu dan ini. Tak dinafikan, mereka adalah para peniaga internet seperti saya dan anda juga. Tak salah juga mereka memukul canang mempromosikan perniagaan masing2 bertujuan menarik perhatian pelawat2 internet..

Apa yang sedikit mencacatkan bagi saya, ada sebahagian yang terlalu 'over do-it'..menjanjikan perkara yang kadangkala tak masuk akal..Contohnya pendapatan 6 angka dalam seminggu, duduk rumah hari-hari masyukkk dan bulan ...dan bintang..dan planet..etc..etc..

Saya tak salahkan mereka. Itu cara masing-masing.

Apa yang saya nak katakan kepada mereka2 yang baru nak bermula dengan perniagaan internet supaya berhati-hati dan sentiasalah berfikir secara rasional..

[AWASI 3 SINDROM BERIKUT]

1. Sindrom Nak Kaya Semalaman

Elakkan apa-apa program yang menjanjikan pendapatan yang banyak dengan 'hampir' tak buat apa-apa kerja. Orang yang mengajak anda menyertai program itupun tak dapat buat duit sebanyak itu semalaman, macamana pulak anda, si pengikut ni, yang tak tau hujung pangkal ni, boleh buat duit sebegitu banyak dalam tempoh semalaman? Logik? Kalaupun mudah sangat buat duit macam tu...tentu, gerenti SEMUA ORANG dah kaya raya sekarang..

Saya tak kata anda tak boleh buat duit yang banyak di internet . Anda MEMANG BOLEH. Hatta berbelas ribu sebulan pun anda boleh buat. Tapi bukan bermula hari ini atau esok!

KENAPA?

Sebab anda MESTI BELAJAR banyak perkara2 yang asas dulu hingga benar2 menguasai. Antaranya mempelajari dan mencari sumber-sumber informasi seperti ini. Dan ia bukan boleh dikuasai sehari-semalam, mungkin berbulan, mungkin jugak bertahun. Belajar akan menambahkan pengalaman dan kematangan dalam dunia perniagaan internet ini. Bila dah betul2 mahir, barulah dengan sistematiknya pendapatan anda akan mula berkembang.

Jika anda seorang pegawai besar sekarang, gaji berbelas ribu sebulan, adakah anda sejak lahir2 dah jadi pegawai besar? Sudah tentu dengan belajar berbelas tahun perah otak, berpuluh ribu duit ibu ayah hangus, dapat ijazah barulah dapat rasa hasilnya..[Itupun tak jamin..ada kawan sampai sekarang tak dapat kerja yang sesuai lagi].

Saya cuma bagi fakta ya, jangan ada pulak yang lemah semangat..hehe

2. Sindrom Bulan & Bintang

Program Affiliate yang menjanjikan syurga, bulan dan bintang. Awasi program yang menjanjikan perkara2 yang tak munasabah. Terlalu perfect sangat ke perniagaan dia? Program yang macam inilah akhirnya anda akan sedari ianya SCAM...PENIPU. Tipah pun tertipu lagi..

Jika anda pernah terjebak dan terkena dulu, belajarlah untuk berwaspada kali ini, jangan jadi macam Tipah..

3. Sindrom Nafsu Tak Terkawal [Tamak]

Kalau anda sentiasa bersabar, tak putus asa dan dapat kawal nafsu nak cepat kaya, tak mustahil anda akan dapat hasil yang lebih dari anda sangkakan pada masa depan. Walaupun secara perlahan-lahan, anda pasti dapat mengatasi berjuta-juta manusia yang memilih untuk jadi kaya-raya semalaman..pasti.

Maka itu, saya nasihatkan...biar lambat, asal senang..

Belajar buat website dulu...
Belajar buat landing page dulu..
Belajar ilmu promosi dulu..
Belajar buat video dulu...
Belajar guna autoresponder dulu...
Belajar buat email kempen dulu...
Belajar...belajar...dan belajar....

Semua pelajaran ada di sini, percuma saja...


BERBALOI KE JADI PENULIS?

Hai! Selamat bertemu kembali..

 [PETIKAN HARIAN METRO 27/4/10]

LONDON: Kuasa magis Harry Potter membolehkan pengarang buku dan pelakon filemnya meraih lebih 600 juta paun (RM3 bilion) secara keseluruhannya.

Novelis, JK Rowling dilaporkan meraih kekayaan peribadi mencecah 519 juta paun (RM2.5 bilion) menerusi siri buku itu, menjadikannya pengarang paling kaya di dunia ketika ini, menurut Senarai Orang Paling Kaya Britain yang dikeluarkan akhbar Sunday Times.
-----------------------------------------------------------------------------------------

Menarik sungguh..bakat menulis menghasilkan RM2.5billion! Itulah keunikan kreativiti masing2 diiringi dengan bakat yang hebat.

Apa kata kita cuba2 belajar jadi penulis kecil-kecilan secara part-time. Sambil2 tak de kerja, sambil2 surfing internet kita cuba buat 1 buku. Maksud saya, kita boleh mulakan dengan e.book.

Banyak e.book yang kita boleh jadikan contoh di internet. Apa? Tak boleh jual? Siapa kata...? Tahukah anda penulis yang buat e.book pasal cara2 bela 'iguana' [www.iguanasecrets.com] pun mampu menghasilkan pendapatan 6 angka hanya dari panduan sempoi macam ni..

Jika anda berminat nak menulis e.book pasal bela kucing ke, hamster ke, ikan ke, kambing ke [hehe] atau apa2 saja perkara yang anda mahir anda boleh lakukan sekarang...

Jika tak tahu nak mula dari mana, cuba lihat panduan buat ebook
http://tinyurl.com/ykkx2xa

Jika nak tau bagaimana nak jual dan promosikan di internet, ambil panduan percuma dari saya. Di sini saya akan tunjukkan bagaimana mencipta satu landing page untuk mempromosikannya di internet.
http://www.mytipsbox.ws

Saya tau, ramai yang berbakat...

Sekian, jumpa lagi.
[creator]

Apr 26, 2010

MINGGU SETIAUSAHA

Hai! Selamat bertemu kembali..

Kebelakangan ni, heboh saya dengar orang bercerita tentang minggu setiausaha. Asal bukak radio jer (bukan radio ERA, sebab saya dah boikot..x habis2 dengan lagu seberang) DJ2 cerita pasal minggu setiausaha. Untung betul ye siapa yang jadi setiausaha ni, tiap2 tahun diraikan. Makan2 kat hotel sambil tonton artis2 buat persembahan. Fikir2 balik kadang2 tak adil jugak bagi pekerja2 lain. Ye lah, kalau kata mereka kerja teruk, apa kurangnya pekerja lain? Mereka pun patut diraikan juga ye tak?

Jealous? Eh, tak..Buat apa nak jealous cuma bagi pandangan saja. Lagipun, saya bisnes sendiri dan setiausaha saya pun tak pernah merungut.

Saya cuma kasihankan boss2 mereka tu. Dah jadi trend pulak sekarang ni, tiap-tiap tahun mesti kena raikan minggu setiausaha. Belum kira yang bagi hadiah lagi. Betul, ada boss2 yang tak kisah, ada pula bangga bila dapat bawa setiausaha yang cun2 ke majlis.

Tapi, saya percaya dalam ramai2 boss, ada jugak yang tension..sebab tiap2 tahun kena bersedia bila tiba minggu setiausaha ni. Lebih2 lagi boss2 syarikat di Kuala Lumpur. Tak diikutkan nanti, malu pulak sebab tak ikut trend. Apa pulak kata setiausaha mereka. Apa pulak kata rakan2 mereka. Apa pulak kata pesaing2 mereka. Antara rela dan 'paksa rela' terpaksa lah buang beberapa ribu ringgit semata-mata nak ikut TREND.

Saya?

Walaupun saya boss, saya rasa sangat beruntung kerana saya tak ada setiausaha yang bernama manusia. Setiausaha saya ni cuma 'software' yang dipanggil AUTORESPONDER TRAFFICWAVE. Nama manja dia, hanturaya! hehe..


TrafficWave.net AutoResponders

Hanturaya saya menjalankan kerja2 setiausaha dengan tekun dan sangat setia. Kerjanya membantu saya membuat kempen2 promosi, memberi peringatan [reminder] kepada saya dan menggalakkan saya pergi bercuti tanpa kebimbangan.

Ia bekerja 24jam sehari, 7hari seminggu dan 366hari setahun. Tak kenal penat, tak perlu makan, tak perlu tidur, tak pernah mengeluh, tak pernah marah dan tak pernah merajuk. Apa yang dia tahu, kerja, kerja, kerja...Ada juga pelanggan saya terima surat kempen saya pukul 3pagi, dia balas surat saya: Encik tak tidur ke? Dalam hati saya ketawa saja sebab sambil layan mimpi2 indah, hanturaya saya tetap jalankan tugas dia.

Jika setiausaha biasa kita perlu bayar gaji kurang-kurang 2 ribu sebulan, EPF, bonus, kerja 9 hingga 5 (kadang2 overtime), kena bagi cuti setahun 14 hari, kena bagi cuti bersalin 45-60 hari. kadang2 merajuk dan macam2 hal lagi selagi namanya manusia, hanturaya saya pulak upahnya cuma RM65.00 sebulan! Itu saja...tak payah EPF, kerja 366 hari setahun, 24jam tanpa henti dan segalanya dilakukan secara automatik.

Itulah dia. Apa yang saya nak sampaikan ialah, untuk boss2 di sana,  saya cuma nak beritahu ada 1 alternatif nak jimatkan kos perniagaan, iatu dengan meng'AUTO-PILOT'kan, kerja2 promosi syarikat. Dengan autoresponder, bukan saja menjimatkan kos pengiklanan ia juga dapat menjimatkan banyak masa dan mudah menguruskan 'software' dari menguruskan manusia! Apabila kos dah jimat, bukan saja boleh bawa setiausaha ke majlis2 bahkan satu ofis pun boleh ikut...

Kalau nak berkenalan dengan hanturaya saya, boleh langgan newsletter percuma
KLIK DI SINI

Lihat presentation saya berkenaan autoresponder TrafficWave:

Lihat perbandingan harga autoresponder di pasaran:

Lihat bukti bagaimana saya menggunakan autoresponder dengan PERCUMA

Sekian, kita jumpa lagi!














Apr 23, 2010

BAGAIMANA NAK GUNAKAN AUTORESPONDER SECARA PERCUMA?

Hai! Selamat bertemu kembali..

Tentu ramai yang 'skeptikal' bila saya gunakan tajuk di atas. Mungkin ada yang kata macam ni..
"Alaa..gimik je tu..toksah cayalah.."kata si polan...
"Mana ada free..kencing pun kena bayarlah.."kata si polan...
Saya senyum je.... Nak marah buat apa? Saya dulupun macam tu lah jugak. Bagi saya itu pendapat orang yang belum faham tentang bagaimana kita boleh menjana pendapatan dengan program affiliate. Selagi kita tak faham selagi itulah kita takkan bermula. Selagi kita belum dapat hasilnya, selagi itulah kita akan bersikap 'skeptikal' terus-terusan.

Ramai yang minta saya buktikan. Jadi, bagi memuaskan hati mereka, saya paparkan juga contoh SEBAHAGIAN cek yang saya terima setiap bulan dari PROGRAM AFFILIATE TRAFFICWAVE.

Sistem autoresponder trafficwave saya ternyata hebat. Ia bukan saja memudahkan urusan pemasaran saya, bahkan boleh menjadi sumber kewangan yang cukup baik secara separuh atau sepenuh masa. Yang paling menarik, sebagai pengguna saya berpeluang menyertai program affiliatenya secara PERCUMA. 

Dalam program affiliate ini, saya berpeluang meraih pendapatan dengan 4 cara iatu;
  1. Bonus 'Fast-Track'
  2. Komisyen Bulanan
  3. Bonus Kepimpinan
  4. Komisyen 'Guaranteed Traffic'
Dan cek yang saya tunjukkan hanyalah pendapatan dari bonus 'fast-track' saja yang walaupun kecil, tapi cukup untuk menampung sewa bulanan sistem autoresponder ini. (Jumlah ini adalah dalam matawang USD).

Prinsip saya senang saja:
"untuk berjaya dalam perniagaan online, saya perlukan prospek yang ramai. Semakin ramai bilangan prospek, semakin tinggi kebarangkalian untuk saya melakukan jualan. Autoresponder sangat penting untuk saya mendapatkan prospek yang ramai, membina senarai prospek, mengurus dan melakukan follow-up secara konsisten dan automatik sekaligus memudahkan serta menjimatkan banyak masa dan tenaga saya untuk membuat perkara lain seperti bersukan dan makan angin bersama keluarga! Autoresponder memberi saya semua nilai di atas ditambah lagi dengan keberkesanan program affiliate yang terbukti memberi saya pendapatan sampingan dan juga menggunakan sistem ini secara PERCUMA selama mana yang saya mahu..."
Ok lah, pesanan saya jika mahu melibatkan diri dengan perniagaan internet, 2 perkara yang WAJIB anda miliki ialah WEBSITE/BLOG dan juga AUTORESPONDER. Jika tiada kedua-dua perkara ini, janganlah mengharapkan kejayaan dalam bidang Internet Marketing.

Sekian, jumpa lagi di post2 akan datang.

p.s Jika anda ingin belajar membuat website secara PERCUMA, sila dapatkan panduan saya dengan KLIK DI SINI!

Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan Autoresponder TrafficWave, sila lihat PRESENTATION SAYA.


Apr 21, 2010

5 PERKARA WAJIB BAGI AFFILIATE MARKETER BARU

Saya nak pesan kepada semua Affiliate Marketer yang baru pertama kali menyertai perniagaan ini. Diharap anda semua ambil perhatian kepada semua perkara2 berikut;

  1. Rancang Bajet Anda- Jangan main 'agak-agak' saja. Anda mesti rekod setiap perbelanjaan yang anda telah keluarkan supaya anda tahu berapa sebenarnya keuntungan anda.
  2. Teruskan Belajar- Jika anda ada semangat belajar yang kuat, teruskan belajar dan belajar. Tak mustahil anda boleh lebih berjaya dari Affiliate Marketer senior yang malas mengambil inisiatif untuk memajukan diri dan perniagaan mereka.
  3. Anggapkan Ini Sebagai PERNIAGAAN- Jangan anggap sebagai hobi. Kalau boleh dapatkan mereka2 yang lebih arif sebagai mentor anda. Sentiasa fikirkan idea-idea baru untuk meningkatkan jualan dan keuntungan. Walaupun anda lakukan secara part-time, uruskan ia dengan baik supaya ia boleh menjadi sumber 'part-time income' yang hebat dan berterusan.
  4. Idea Adalah Rakan Baik Anda- Sentiasa berfikiran kreatif atau dapatkan idea dari sumber2 lain di internet atau bahan-bahan bacaan lain.
  5. Bina Senarai 'mailing' Anda- Kumpulkan seramai mungkin prospek atau dipanggil 'leads' di internet. Menguruskan 'leads' yang ramai boleh menjadi sangat mudah dan cekap dengan sistem autoresponder. Anda boleh dapatkan mana-mana sistem autoresponder yang terdapat di pasaran. Jika tanya saya, saya cadangkan TRAFFICWAVE. Selain kerana kecekapan dan fungsi2 yang hebat, ia juga antara yang berpatutan dari segi harga. KLIK DI SINI UNTUK LIHAT PERBANDINGAN HARGA. Saya akan ceritakan di post akan datang, bagaimana Trafficwave boleh menghasilkan pendapatan bagi anda dan secara tak langsung anda boleh menggunakan sistem ini secara PERCUMA selama-lamanya.
Patuhilah semua perkara2 di atas DAN INGAT...Pemasaran Internet BUKAN SKIM CEPAT KAYA. Ia satu bentuk perniagaan era millenium. Tidak ada bulan dan bintang, yang penting usaha, usaha dan usaha..promosi, promosi dan promosi...


STEP-BY-STEP MEMULAKAN PERNIAGAAN AFFILIATE

Hai! Selamat bertemu kembali..

Kalau pada posting lepas, saya cadangkan supaya kita mula dengan perniagaan affiliate (jual produk orang lain), kali ni saya nak bagi panduan bagaimana nak mula secara step-by-step... Anda dah sedia?

STEP #1: Daftar Di Mana2 Program Affiliate Yang Sesuai
Sebagai contoh, jika anda berminat untuk menjual produk tempatan untuk pasaran tempatan, anda boleh daftar di klikjer.com


















STEP #2: Sediakan Laman Web Atau Blog
Laman web atau blog ini akan membolehkan kita menceritakan perihal produk yang anda promosikan ini supaya pelawat boleh memahami isi kandungan produk tersebut.  Anda boleh pilih untuk mendirikan laman web sendiri ataupun mengeluarkan wang untuk mengupah pereka laman web. Terpulang pada anda.

Jika anda ingin menjimatkan wang dan masa, anda boleh lakukannya sendiri. Anda boleh dapatkan cara2 membina laman web dengan PERCUMA dari saya. Cuma daftarkan nama dan email anda di ruangan yang disediakan di LAMAN WEB SAYA INI.Setelah membuat pengesahan email, anda akan dibawa ke laman web AutoMLMAnda. Bookmark laman web ini supaya anda boleh pelajarinya berulang-kali.












 
Anda juga boleh mendirikan blog secara percuma di blogger atau wordpress. Saya cadangkan anda bina blog anda di blogger.com kerana ia lebih mudah.

STEP #3: Masukkan Link Affiliates Ke Dalam Laman Web/Blog
Setiap produk yang anda pilih mempunyai affiliate link atau referal link tersendiri. Sesiapa yang klik pada link tersebut akan dibawa ke laman web produk yang anda promosikan. Sekiranya mereka membeli produk tersebut bermakna anda akan menerima komisyen atas jualan itu.

Anda juga boleh memasukkan link tersebut di mana-mana perkataan yang anda mahu. Cuma, 'highlight'kan perkataan tersebut, klik butang 'link' atau 'hyperlink' pada menu editor. Satu kotak akan 'pop-up' dan anda boleh masukkan referal link anda di situ, kemudian klik OK. Sesiapa yang klik pada perkataan tersebut, proses seperti di atas tadi akan berlaku.

Walaubagaimanapun, perkara terpenting yang anda kena tahu ialah anda kena lakukan berbagai cara untuk menarik seberapa ramai pelawat atau trafik ke laman web atau blog anda. Semakin ramai pelawat bermakna semakin besar peluang anda untuk menjual produk tersebut.

Selamat mencuba!

Apr 17, 2010

Bagaimana Melakukan Online Marketing Dengan Lebih Bijak Dan Beretika

PERHATIAN: ARTIKEL INI MUNGKIN PANJANG BERJELA TAPI PERCAYALAH, IANYA SANGAT BERBALOI UNTUK MASA SINGKAT YANG ANDA LABURKAN UNTUK MEMBACANYA..

Assalamualaikum dan selamat sejahtera!

Bila bercakap pasal Online/Internet Marketing, ada satu perkara yang membezakan antara Online/Internet Marketer (saya sebut IM saja) yang 'Pro' dan yang 'Amatur'.

Perkara yang satu ni, sangat mustahak dan hebat yang mana, kalau kita buat sedikit perubahan kepada perkara ini, akan membolehkan anda berpindah dari status amatur kepada IM professional yang berjaya.

Secara mudahnya;
IM Professional- sifatnya lebih gemar mengasing (sorting)
IM Amatur- sifatnya suka memujuk, merayu..

Saya selalu terbaca atau terdengar soalan/keluhan macam ni..(saya rasa anda pun selalu jumpa ayat ni)

"Macamana saya nak pujuk orang untuk jadi downline saya?"
"Macamana saya nak pujuk orang beli barang saya?"

Kalau tanya saya, saya akan jawab
"Mana boleh pujuk..tak payahlah nak cuba-cuba.."
Tak perlulah susah-susah buang masa nak fikir macamana nak pujuk rayu orang join itu-ini, beli barang itu-ini..

Sebaliknya, gunakan masa tu setkan dalam otak kita dengan fakta mudah ni;

Kat luar tu, terlalu ramai manusia yang sedang mencari aku, mencari apa yang aku tawarkan.
Semalam, hari ni, pada saat ini, esok, lusa... mereka sentiasa mencari dan mencari..Saya masih ingat lagi apa saya belajar dulu pasal sifat manusia dalam memenuhi keperluan...Hierarchy of Needs: Maslow. Manusia sentiasa meningkatkan keperluan, dari satu tahap ke tahap yang lain..

{Bukak minda, dunia ni amat luas-siapa yg duduk kat atas muka bumi ni? Manusia. Yang sentiasa cari maklumat? Manusia. Yang kreatif? Manusia. Yang boleh fikir? Manusia? Yang pandai menilai? manusia? Yang ada kuasa beli? Manusia, orang, human being....etc etc etc..Mereka ini sebenarnya mencari dan nak tau apa yang aku ada dan nak tawarkan pada mereka..}

Manusia ini gunakan search engines, semak iklan2, baca perbincangan di laman forum, cari dan baca artikel dan banyak lagi semata-mata untuk apa? Mendapatkan apa yang mereka mahu!
Itulah sebabnya saya fokuskan usaha pemasaran saya dalam apa juga saluran yang boleh. DAN saya arahkan maklumat pemasaran saya kepada 'hanturaya' saya yang dikenali sebagai AUTORESPONDER.

MENGAPA?

Mudah saja! Manusia yang berusaha mencari maklumat adalah prospek yang paling baik. Mereka mencari apa yang saya tawarkan dan AUTORESPONDER saya menyediakan cara atau kaedah yang paling mudah untuk meminta dan mendapatkan maklumat lebih lanjut. Apabila mereka isikan maklumat mereka seperti nama, alamat e.mail dan no.telefon di dalam borang langganan maklumat AUTORESPONDER saya, mereka sebenarnya MEMINTA maklumat dari saya kerana mereka ingin tahu lebih mendalam.

Jadi, AUTORESPONDER saya pun hantarlah maklumat. Orang meminta kita memberi!
Tak kisahlah orang tu minta maklumat pukul 2 pagi atau 12 tengahari...
Tak de hal kalau saya tengah meeting kat pejabat atau tengah bersantai tepi pantai..
Tak ganggu langsung kalau saya tengah solat..
Tak payah tunggu saya bukak komputer pun.. AUTORESPONDER saya dengan mudah menghantar maklumat yang mereka minta setiap masa! Automatik..

Mereka boleh baca maklumat saya dan buat keputusan samada nak terima tawaran saya atau tidak. Kadang2 mereka tertarik dan berminat tapi tak boleh nak decide masa tu, jadi mereka KIV dulu..Jadi, AUTORESPONDER saya akan 'follow-up' mereka ini, menghantar lebih banyak maklumat. Para Top Marketers ada berkata, untuk close 1 sales, kita kena buat 'follow-up' sekurang2nya 7 kali!!
Wow!..relevan sungguh kenyataan ni. Dalam pada tu, semakin ramai orang yang meminta maklumat dari saya disebabkan promosi saya yang berterusan dan konsisten.

Saya tak kisah kalau ada yang tak nak maklumat saya..
Saya tak kisah kalau mereka yang meminta maklumat tetapi kemudiannya buat keputusan tawaran saya tak sesuai untuk mereka. Samada tawaran saya yang tak sesuai ataupun mereka sendiri yang tak sesuai untuk tawaran saya..
Mereka boleh teruskan dengan hal mereka, saya terus dengan promosi saya..

Apa nak risau, AUTORESPONDER saya tak reti nak merajuk kalau orang kata 'tak mau'. Ia akan keluarkan orang itu dari senarai jika mereka minta untuk dikeluarkan dari menerima maklumat saya dan ia pun teruskan tugasnya macam biasa, menghantar maklumat kepada mereka yang meminta..

Kunci untuk kita faham ialah, GUNA dan YAKIN dengan AUTORESPONDER kita.

Saya sedar yang NADI perniagaan saya ialah sentiasa mendapat prospek2 baru. Saya lakukan ini dengan dengan mengiklankan di mana2 saja. Saya guna ruang iklan percuma, google, yahoogroup, facebook, twitter, tagged etc etc..yang mana KESEMUANYA saya arahkan ke link AUTORESPONDER saya>>landing page atau capture page!

Dengan cara ni, jika sesiapa berminat dengan iklan promosi saya, mereka dengan mudah boleh meminta maklumat lanjut dengan mengisi butiran mereka dalam borang yang saya sediakan. Bermakna, mereka telah dimasukkan ke dalam AUTORESPONDER saya. Dari sana, saya serahkan kepada AUTORESPONDER saya untuk buat tindakan susulan secara AUTOMATIK, bermula dari surat yang pertama. Jika prospek2 ini dah habis membaca siri2 surat saya, saya boleh log-in ke member's area dan 'recycle' surat2 ini bermula dari surat pertama semula..Itu saja!

Saya tak bimbang orang kata "TAK NAK"..
Saya tak risau bagaimana nak pujuk rayu orang..
Saya cuma terus-terusan promote, iklankan dan 'follow-up'
Saya mencari orang yang mencari saya saja..

KUNCI MENINGKATKAN JUALAN IALAH MULA MELIHAT DIRI KITA SENDIRI SEBAGAI 'SORTER' -mengasingkan perkara berkualiti dan dah tersedia untuk apa yang kita tawarkan dari timbunan segala macam perkara2 sampah di internet. Fikirkan bersama..kita akan berjaya.

ANDA SUKA ARTIKEL INI DAN NAK LEBIH MAKLUMAT TENTANG BISNES AUTORESPONDER?
IKUT SAYA DI


http://www.mytipsbox.ws/twa.html

Apr 15, 2010

MACAMANA NAK DAPAT DUIT PERTAMA?

Hai! Hari ni hari cuti untuk mereka yang kat Melaka, termasuk lah saya. Bagi internet marketer macam saya ni, sama jer..hari-hari cuti, hehe. Yang tak cuti, komputer saya ni! Hari2 kena kacau..nasib baik tak mogok.

Saya nak cerita sikit pasal bagaimana nak buat duit pertama kat internet ni. Ye lah, walaupun tak banyak, untuk permulaan ok lah..sapa nak bagi? Duit pertama saya bukan dalam RM tapi USD!

Terdapat pelbagai cara untuk kita menjana pendapatan di internet; antaranya melalui-
1) Program affiliate/reseller atau associates.
2) Jualan produk sendiri, termasuklah produk dari 'resale rights' di mana kita mendapat hak jualan terhadap sesuatu produk dari pemilik asalnya.
3) Perkhidmatan yang boleh ditawarkan melalui online, seperti khidmat nasihat, kaunseling dan program latihan.
4) Program keahlian berbayar seperti program networking friendster dsbg mengikut kretiviti masing-masing.
5) Penganjuran 'event' seperti seminar, tele-seminar, konvensyen, forum, peraduan, program komuniti dsbgnya.

Ok, di mana kita nak bermula? Perniagaan yang mana satu kita nak buat? Produk apa kita nak jual? Program apa kita nak anjurkan?

Tak perlu susah, jangan pening! Orang kata sebagai 'pemanas badan', kita buat dulu bisnes 'affiliate'. Dalam post2 yang lepas, saya dah sentuh pasal affiliate kan? Duit pertama saya datangnya dari bisnes ini. Sebagai Affiliate Marketer atau 'reseller' (salesman atau wakil jualan pun boleh), kita berperanan menjadi orang tengah, menemukan pembeli-pembeli dengan produk2 penjual. Apabila kita berjaya menjual produk 'sipenjual' kita akan diberi komisyen sehingga 70% dari harga jualan! Antara kelebihan2 perniagaan affiliate;
  1. Pendaftaran PERCUMA: Tiada modal permulaan. Untuk menjadi ahli affiliate, kebanyakan syarikat yang menawarkan program affiliate ini tidak mengenakan sebarang yuran penyertaan atau keahlian. Bukan seperti kebanyakan syarikat MLM, kita perlu bayar yuran ahli 'seumur hidup' (macam confirm je syarikat tu hidup lama!).
  2. Tak perlu menyimpan stok produk. Jadi, tak perlu kita keluar duit beli stok untuk dijual maka tiada risiko produk tidak terjual.
  3. Segala urusan penerimaan bayaran, penghantaran produk dan lain-lain urusan dilakukan oleh syarikat penjual. Tak perlu bimbang kesuntukan masa nak lakukan banyak perkara, tugas kita jual sahaja yang lain mereka yang bereskan. Cukup masa tunggu bayaran komisyen.
  4. Mudah nak promosi. Setiap produk disertakan dengan laman web, tugas promosi amat mudah cuma war-warkan link promosi di internet.
  5. Kita dibekalkan dengan pelbagai 'promotional tools' untuk memudahkan kerja promosi.
  6. Terlalu banyak produk yang boleh kita pilih untuk dijual. Jangan tak tau, di internet juga ada 'pasar borong'. Tak perlu bangun seawal 4 pagi nak ke pasar borong ni, bila2 masa saja, 24jam sehari 366 hari setahun tak pernah tutup. Tugas kita, pilih>join affiliate,>>promosi dan jual!
Ok, dah faham? Sekarang kita lihat pulak di mana kita nak dapatkan produk2 ni.

Produk Tempatan:
KlikJer.com - Sila klik DI SINI UNTUK MENDAFTAR sebagai affiliate. Pelbagai ebook bahasa melayu boleh dipilih.


Produk Antarabangsa:
  1. Clickbank - Sila sign-up sebagai affiliate di www.clickbank.com
  2. ComissionJunction- Sila sign-up sebagai affiliate di www.cj.com
  3. PayDotCom - Sila sign-up sebagai affiliate di www.paydotcom.com
TIPS: Sebelum memilih produk untuk dipromosikan, sebaik-baiknya kita tentukan dulu target market kita dan pilih produk yang dirasa paling sesuai dan paling mudah untuk kita promosikan. Pelajari dan fahami latarbelakang produk.

Pilih 2 atau 3 produk untuk dijual. Kita akan diberi 'referral link' untuk setiap produk yang kita pilih. Selepas itu, tugas kita hanya promosi, promosi, promosi dan promosikan referral links tersebut di internet.

Selamat mencuba!

Apr 13, 2010

PROSES MENJADI SEORANG INTERNET MARKETER

Hai, hari ini saya nak cerita sikit tentang langkah-langkah yang perlu diatur oleh seseorang 'BAKAL' Internet Marketer dalam menuju kejayaan . Proses ini meliputi beberapa fasa secara step-by-step dan saya rasa untuk sesiapa saja yang nak bermula dengan perniagaan internet, PERLU AMBIL TAHU dan praktikkan mengikut keupayaan masing-masing.

FASA 1 : Fasa Pembelajaran Awal (early learning phase)
Samada suka atau tidak, anda kena mula dengan belajar mengenai internet marketing. Anda boleh belajar dari orang yang arif, pakar, sifu, mentor ataupun belajar sendiri melalui sumber2 di internet atau bahan-bahan bacaan lain. Proses ini sangat penting pada tahap ini. Ada jugak orang yang cuba berniaga di internet tapi tak tahu apa-apa waima nak tanya soalan apa pun tak tahu. Akhirnya, dia akan berasa kecewa lalu minat dan semangat pun makin luntur lalu terus meninggalkan usahanya. Walhal, dia sebenarnya terlepas peluang untuk menjana pendapatan yang cukup baik sekiranya dia mengambil berat proses pembelajaran di tahap awal ini.

FASA 2: Fasa Kekeliruan (confusion phase)
Dalam perjalanan proses pembelajaran ini, anda akan menempuh satu tahap di mana anda akan berasa keliru. Bila anda alami perasaan begini, ada dua perkara yang boleh anda buat.
Pertama, anda boleh berhenti (quit) atau anda boleh belajar bagaimana untuk menguruskan kekeliruan tersebut. Kekeliruan ni timbul apakala anda baru belajar sedikit perkara, tetapi banyak persoalan yang timbul, yang anda tak pasti.

Mungkin pengkajian anda belum cukup mendalam atau mungkin jugak anda tak dapat gambaran yang jelas tentang apa yang perlu anda buat. Atau..mungkin juga, anda membuat sesuatu tindakan, tetapi hasilnya tidak seperti yang anda jangkakan.

Proses ini sangat penting dan juga boleh jadi merbahaya. Ramai orang kecundang pada tahap ini. Berilah peluang kepada diri anda, cabar diri sendiri- cari jalan bagaimana untuk menguruskan kekeliruan itu supaya anda kekal dan boleh bergerak ke fasa seterusnya.



FASA 3: Fasa Kajiselidik dan Produk (research and product phase)
Anda perlu belajar bagaimana untuk melakukan kajiselidik dengan betul dan secukupnya. Tanpa kajiselidik yang berkesan, anda akan masuk ke pasaran umpama menembak sasaran dengan keadaan mata tertutup- anda akan menembak membuta-tuli, tanpa arah yang tepat! Memang bukan sesuatu yang mudah, tetapi bukan pula mustahil..anda perlu belajar  disiplinkan diri dalam usaha untuk menembak tepat ke sasaran.

Saya setuju! Bukan setiap cubaan akan membuahkan hasil. Mencari pasaran yang tepat umpama membedek sasaran yang sedang bergerak- bukan mudah. Apa yang perlu diketahui jika ingin mencari pasaran yang tepat ialah anda perlu tahu DIMANA mereka berada, APA kegemaran mereka dan APA yang mungkin mereka cari di internet. Ini memerlukan anda memahami SIAPA, MENCARI APA DI PASARAN!

Apabila anda telah nampak 'target market' anda, anda dah boleh mencipta produk untuk 'target market' tersebut. Persoalannya, bagaimana? Banyak strategi yang boleh digunapakai. Salah satunya dengan bertanya kepada 'target market' tersebut. Untuk bertanya, anda perlu 'sampai' kepada mereka melalui beberapa perantara atau saluran. Anda mungkin boleh cipta satu kempen untuk menarik minat mereka.

Banyak produk boleh anda cipta, kadangkala ada baiknya jika anda gunakan kaedah pemasaran 'affiliate' atau 'master resell rights', tak perlu pening nak fikir- jual saja produk orang lain dan anda akan dapat pulangan dalam bentuk komisyen!

FASA 4:  Fasa Membina Senarai (list building phase)
Apabila telah mempunyai produk dan target market, anda perlu sediakan senarai. Proses ini juga menganggap yang anda perlu tahu bagaimana ingin membawa traffik atau pengunjung ke lawan web anda. 'Membina' di sini bermaksud anda 'memelihara'/'menjaga' dan 'membangunkan' senarai anda bukan hanya semata-mata terus menjual produk anda- jangan gelojoh atau terburu-buru. Berikan perhatian dan penjagaan agar senarai anda kekal berada di situ dan berasa dihargai. Saya akan terangkan bagaimana menjana traffik yang ramai dengan pelbagai cara, dalam post2 yang akan datang.



FASA 5: Fasa Serabut Dan Penggabungan (overload and consolidation phase)
Sampai tahap ini, anda dah rasa sangat serabut dan buntu, langkah terakhir ialah angkat bendera putih! Fasa ini sepatutnya digunakan sebagai masa untuk anda mendapatkan  gambaran yang lebih jelas mengenai perjalanan proses perniagaan anda. Para jutawan internet menggunakan suatu kaedah dalam fasa ini, untuk melipat gandakan pendapatan mereka. Kenapa? Kerana, adalah mustahil untuk meningkatkan pendatan dalam masa yang amat terhad. Mereka menggabungkan usaha mereka dengan...Nanti saya sentuh kemudian.

Jika anda berada dalam fasa ini, anda perlu belajar mengasah 'strategic thinking', Jadikan ia satu kemahiran. Belajar bagaimana memproses idea2 anda satu persatu.

FASA 6: Fasa Pertukaran (conversion phase)
Dalam fasa ini, anda akan mula 'upgrade' laman web anda. Ubah mana-mana yang patut supaya lebih menangkap dan mengancam. Dalam fasa ini, anda dah nampak bagaimana rupabentuk laman web anda yang sepatutnya. Jika anda rasa tak cukup masa untuk melakukan tugas ni, anda boleh tugaskan seseorang khusus untuk mengurus, menjaga, menyelenggara serta memantau laman web ini bagi pihak anda. Sebagai usahawan, anda sebenarnya sedang beralih peranan dari 'task-oriented' kepada sesuatu yang lebih bersifat menyelia dan merancang.

FASA 7: Pertumbuhan (growth phase)
Dalam fasa ini, anda perlu fokus serta menumpukan perhatian kepada mencari peluang-peluang baru. Macamanapun, suatu yang dianggap membazir jika setelah anda bersusah-payah hingga sampai ketahap ini anda hanya mempunyai satu atau dua produk saja. Pasti ada sesuatu yang lebih besar dan hebat di depan! Takkan anda hanya berpuas-hati menunggu di sini sedangkan rakan2 lain saling berkejaran ke arah sana? Teruskan usaha anda dengan mencari peluang-peluang baru melalui 1001 macam sumber yang ada.

FASA 8: Strategi Perniagaan (business strategy)
Strategi perniagaan dan sistem adalah sebahagian dari plan jangka panjang pertumbuhan perniagaan anda. Ada orang yang menyarankan ianya harus bermula pada peringkat awal lagi. Pada saya, ia bukanlah suatu langkah bijak kerana kita harus melalui segala pengalaman pahit maung sebelum sampai ke tahap ini. Jika mengambil pandangan tersebut, samalah seperti perlumbaan kereta. Apa akan jadi jika kita meletakkan gear 5 di garisan mula sedangkan pesaing lain bermula dengan gear 1?..Ketinggalan? Betul, betul dan betul...
"..lu pikir la sendiri.."

Apr 12, 2010

7 KESILAPAN BESAR BILA MEMULAKAN PERNIAGAAN INTERNET

Pada pandangan saya, mereka yang baru bermula ini akan tiba satu ketika mereka akan 'blank' atau 'stuck' kerana ketandusan idea macamana nak buat duit. Samada mereka tak tahu bagaimana nak mula ataupun, mereka mula dengan hanya meniru bulat2 cara orang lain. Tak salah cara tu, tapi ia takkan bertahan lama.

Pada saya mereka kena perah otak pada awal lagi, fikirkan industri mana yang masih kurang diteroka melalui idea2 yang mereka ada. Sayangnya, tak siapa yang idea pada saat mula menceburi bidang ni. Jika anda ingin mengikut jejak apa yang sebahagian besar lakukan, anda harus gunakan 'common sense' sebelum bertindak. KENAPA?

Jika anda gunakan cara lama, anda sebenarnya 'meniru' strategi. Saya cadangkan anda jangan hanya 'tiru' tapi buatlah tokok tambah/pembaikan untuk hakmilik anda sendiri. Bila anda bermula nanti, anda akan dapati yang sesetengah kaedah cuba atau testing pada masa lalu dah tak praktikal lagi pada masa ini. Cuba cari pendekatan dan kaedah2 yang baru atau modifikasi kaedah yang sediaada mengikut daya kreativiti anda sendiri.

Jom kita lihat apakah kesalahan besar yang patut anda elak...

1. Tidak Memperuntukkan Masa Yang Cukup Untuk Berfikir.
Malas adalah suatu sikap yang kurang bijak dan selalu menjurus kepada kegagalan. Tak pernah lagi saya jumpa orang malas tetapi masih berjaya dalam pemasaran internet ini.

2. Menganggap Pemasaran Internet Salah Satu Skim Cepat Kaya.
Haha..tolong lah! Ini bukannya bisnes silap mata. Semua perniagaan ada strategi masing2. Tak dinafikan, ramai yang menjaja di internet, menjanjikan 'bulan' dan 'bintang' termasuk planet-planet yang ada! Jika anda mengharapkan seperti ini, lupakan saja niat anda. Buatlah apa yang anda buat sekarang-berniagalah semula cara lama, cara 'offline'.

Ingat! BERNIAGA SECARA ONLINE PADA DASARNYA SAMA SEPERTI BERNIAGA OFFLINE! Tetapi, kelebihannya kos yang lebih rendah, berpuluh malah beratus jenis produk boleh diniagakan dan peluang pasaran global-tanpa sempadan. 2 perkara yang perlu diambil perhatian. Pertama, Masa dan kedua-kebarangkalian. Risiko kegagalan tetap ada, jadi anda mesti bersedia untuk gagal.

3. Tidak Belajar Dari Pelbagai Sumber Yang Berbeza.
Adalah malang jika anda membeli apa saja yang anda mahu di internet dan kemudian baru buat kajian tentang apa yang anda beli. Terdapat banyak sumber2 berbeza untuk anda dapatkan informasi terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan. Contohnya e-zine, newsletter dan lain-lain yang memberi khidmat nasihat percuma. Penulis2 ini adalah professional dalam bidang masing2 dan lebih arif dalam arena pemasaran internet.

4. Kebimbangan Melulu.
"Selamat ke beli cara online ni?", "Tak kena tipu ke aku ni?"... Ini biasa sangat saya dengar. Pendapat saya, buatlah kajian. Gunakan google atau apa2 pun sumber informasi di internet..

5. Awal2 Dah Malas.
Dalam pemasaran internet, anda tak mampu nak bermalas! Memang betul ada orang kerja 16jam saja seminggu tapi menjana pendapatan yang cukup selesa di internet. Yang pasti, ianya bukan datang semudah itu. Yang melihat tak nampak kesusahan yang dilihat.
"Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul". Ia memerlukan pelaburan masa dan kerja keras untuk sampai ke tahap itu. Ada Top Marketers bekerja 16 jam sehari sebelum mengecapi kesenangan kemudiannya.

2 jenis 'malas'. Pertama, malas nak ikut cara yang rumit, maka dia sentiasa cari jalan paling mudah dan pantas. Kedua, malas nak buat apa-apa walaupun untuk berfikir. Beza antara kedua-duanya- malas jenis pertama akhirnya akan berjaya juga tapi malas jenis kedua akhirnya akan dapat 'TELUR'...KOSONG! Kesimpulannya?
KENALAH RAJIN, KALAU MALAS SANGAT PILIHLAH JENIS PERTAMA!

6. Tidak Merancang Masa Dengan Betul.
Pengalaman saya mengatakan, faktor ini sangat2 penting! Anda boleh jadi hebat dalam skil pemasaran, tapi jika anda gagal merancang aktiviti pemasaran dengan baik, anda juga akan gagal. Anda perlu bijak mengatur tugas2 pemasaran anda langkah-demi-langkah secara tertib dan teratur. Mungkin masa anda banyak terbuang di sini, tetapi percayalah ianya berbaloi! Kerja anda akan jadi mudah dan teratur, hidup takkan serabut...Buatlah jadual harian. Yang mana perlu dahulu didahulukan..ikut keutamaan.

7. Lebih Cenderung Menciplak Dari Mencipta
Saya tak menggalakkan anda menciplak 100% strategi orang lain. Ia tak relevan lagi buat masa ini. Anda boleh mencontohi dan kaji kelebihan dan kekurangan sesuatu strategi dan kemudiannya, rumuskan strategi baru mengikut kretiviti anda. Ambil kertas kosong dan senaraikan semua idea2 yang terlintas di fikiran anda sekarang!

Apr 9, 2010

5 LANGKAH MENGUASAI PELAJARAN DI INTERNET

LANGKAH#1: BELAJAR BAGAIMANA MENGGUNAKAN GOOGLE


Jika anda tak belajar bagaimana nak gunakan google, anda akan ketinggalan banyak peluang2 di internet. Google umpama peti harta karun yang mengandungi banyak perkara yang pelbagai. Bagaimanapun, untuk menukarkan perkara itu menjadi 'peluang' bukanlah hanya sekadar melayari google semata2. Ini, tepat bagi mereka yang hanya anggap google sebagai tempat untuk mencari sesuatu perkara saja di internet, sedangkan ianya lebih dari itu. Anda kena buat kajian dan cipta peluang dari sana.


LANGKAH#2: BELAJAR 'WHATS' (APA) DULU


Kesilapan paling besar yang dilakukan oleh Internet Marketer (IM) baru ialah mereka lebih teruja, tertarik dan berminat untuk mengetahui BAGAIMANA IM lain mencapai kejayaan. Mereka lupa bahawa sifat leka dan terikut-ikut dengan cara orang lain itu mungkin tidak sesuai dengan cara hidup, gaya atau kemahuan anda sendiri. Pendek kata..'BE YOURSELF!'

Untuk mengelak perkara ini, saya sarankan anda belajarlah segala 'APA' atau 'WHATS' terlebih dulu. Anda perlu mahir setiap terma2 yang berkaitan dengan pemasaran internet supaya anda boleh membina kefahaman yang lebih mantap untuk bersaing di internet. Jika anda tidak tahu perkara 'WHATS' sukar pulak anda nak memahami perkara 'HOW' kelak.


TIPS: taip perkataan glossary dalam google search!

LANGKAH#3: PELAJARI UNSUR 'WHY' (MENGAPA)

Setelah anda pelajari perkara2 'whats' sekarang masanya untuk anda pelajari mengapa (why) atau rasional keujudan perkara2 'whats' tadi. Contoh: mengapa perlu ada 'google'? Jika anda tak tahu apa itu google, nak mengetahui rasional keujudannya akan menjadi lebih susah untuk difahami.


 LANGKAH#4: PELAJARI UNSUR 'HOW' (BAGAIMANA)


Sekiranya objektif adalah jelas, anda boleh gunakan pelbagai cara untuk sampai ke objektif tersebut. Saya hampir pasti yang ianya bukanlah susah sangat untuk mencipta sesuatu kaedah untuk sampai ke objektif.


LANGKAH#5: PELAJARI BAGAIMANA MENYATUKAN KAEDAH2 YG BERBEZA


Jika anda fikir proses ini berakhir hingga di situ, anda silap! Setiap seorang marketer mempunyai strategi atau kaedah yang berbeza. Sebahagiannya memberi strategi yang sangat rumit hingga boleh memeningkan kepala mereka yang baru nak bermula. Jika anda tahu bagaimana nak menyatukan pelbagai strategi/kaedah ini- anda boleh menjadi 'master' dalam pemasaran internet!

Apr 8, 2010

GERENTI DAPAT HASIL KE?

Ini adalah antara soalan yang selalu saya terima. Biar saya katakan begini..

"Adakah diploma, ijazah,MBA atau Ph.D menjamin keputusan anda yang terbaik?-TIDAK..
Adakah Harvard menjamin yang ijazah mereka boleh menghasilkan duit yang banyak atau menjamin pekerjaan untuk anda?-TIDAK
Ada tak graduan dari universiti ternama memperolehi gaji yang tinggi?-TENTULAH ADA..
Tapi, ada tak graduan Harvard, UKM, UM, UIA yang masih bertungkus-lumus mencari pekerjaan?- ADA JUGAK..."
 Ada ke unsur jaminan dalam kes seperti di atas? Jom lihat satu kes lagi...

PROGRAM PELANSINGAN BADAN..menarik bunyinya kan?
Katakan anda menyertai program ini. Adakah program ini menjamin badan anda akan 'slim' selepas tamat program?  Tidak bukan? Biasanya, dalam iklan mereka cuma dinyatakan yang hasilnya bergantung kepada faktor a,b,c etc, etc...Terlalu banyak faktor perlu diambil-kira.

Sebenarnya, sebagai manusia memang kita ada sikap 'sangsi' atau 'skeptical' kepada sesuatu perkara seperti berniaga di internet ini. Katalah saya memberi secara percuma 1 tiket loteri dan saya kata, tiket ni confirm menang dan anda ambillah tiket ini. Apa yang berlaku?
Dalam ramai-ramai, adalah sorang dua yang akan ambil tiket dan tuntut hadiah. Selebihnya, mereka akan rasa sangsi, ragu atau skeptikal dan tertanya-tanya niat saya,
"gila apa dia ni? Takkan nak bagi macam tu saja.."
mereka mahu tengok bukti dulu.. Tapi, saya cuma mahu mereka melakukan tindakan saja. Tiada apa-apa risiko pun jika mereka ambil dan tuntut hadiah tu.

Itulah sebenarnya apa yang saya nak sampaikan. Walaupun tiada jaminan kejayaan, dengan apa yang saya beri secara percuma di sini, anda buatlah tindakan. Bak kata orang lama..
"Kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya".
Jalan dah ditunjukkan, kapak dah diberi, tali dah tersedia...jadi, buatlah..insyaallah, hasilnya akan datang kemudian.

Apr 7, 2010

SUMBER PENDAPATAN #4: GUNAKAN BLOG!

Apa, dengan blog pun boleh buat duit ke? Ya, ya dan ya...

Blog biasanya dikenali juga sebagai 'online journal'. Secara realitinya, ia adalah program pengurusan maklumat yang boleh membantu individu menempatkan maklumat dalam bentuk yang lebih tersusun secara 'kronologi' atau berturutan. Contoh seperti blog saya ini, http://doiton9.blogspot.com dan http://idearomantik.blogspot.com. Jadi, secara teknikalnya pula, blog adalah umpama laman web automatik. Anda boleh post apa saja maklumat seperti berita semasa, video klip, fotografi, cerita dan pelbagai lagi mengikut citarasa anda.

2 jenis blog yang popular di internet iaitu Blogger dan Wordpress.  Mebina blog adalah lebih mudah dibandingkan dengan membina website. Cuma, jika anda ingin berniaga secara lebih professional, anda disarankan menggunakan website kerana dalam masa yang sama anda juga boleh membina blog secara percuma.

Para blogger professional mengatakan mudah untuk menjana pendapatan melalui blog dengan syarat kandungan blog anda berfaedah, percuma dan diminati ramai. Anda boleh menjalankan promosi produk dan juga produk affiliate melalui blog. Pokoknya kandungan atau isi cerita blog anda mestilah berkesan dan kandungan-kandungan yang asli adalah yang terbaik.

Selain 4 sumber yang saya nyatakan, terdapat sumber lain yang boleh menjana pendapatan di internet. Antaranya, anda boleh sediakan ruangan forum, majalah elektronik, sediakan laman panduan seperti tempat pelancongan, restoran ataupun kedai elektronik.

SUMBER PENDAPATAN #3: BINA WEBSITE DENGAN MAKLUMAT PENTING DAN BERGUNA

Anda digalakkan membina laman web atau portal sendiri. Website ini perlulah mengandungi maklumat-maklumat penting dan berguna kepada ramai orang. Website yang paling ramai pengunjung ialah website yang ada dua elemen ini iatu;
  1. berkonsep percuma
  2. berguna
Contoh website yang popular dan mempunyai ramai pengunjung ialah seperti www.google.com, www.yahoo.com, www.amazon.com, www.ezine.com dan lain-lain lagi. Semua website ini  menekankan konsep percuma dan berguna.

Kalau dah percuma, mana datang untungnya?

Soalan biasa. Seperti yang saya katakan awal tadi, anda perlu mengumpul seberapa ramai traffic atau leads ke dalam data base untuk memudahkan anda membuat promosi dan jualan kelak. Ini adalah satu cara untuk menarik ramai traffic ke laman web kita dan bila ramai traffic, akan memudahkan kita menukarkan traffic/leads tersebut kepada pelanggan.

Jika dulu, anda perlu mengupah pereka laman web untuk membinanya. Maka, banyak pula duit kena keluar untuk upah dan maintenance. Kini, anda boleh membuat laman web anda sendiri hanya dengan belajar secara online di rumah. Pelajaran ini pula boleh diperolehi secara percuma. Apa yang perlu anda lakukan ialah;
  1. Klik ke www.mytipsbox.ws
  2. Daftarkan nama dan e.mail anda ke dalam kotak yang disediakan
  3. Klik butang submit atau "ya,saya mahu info buat .....
  4. Anda akan di bawa ke 'pop-up'window yang meminta anda mengesahkan email anda
  5. Buka inbox email anda dan buka email yang anda terima dari laman web tersebut
  6. Klik link yang diberi untuk mengesahkan email anda
  7. Anda akan dibawa secara automatik ke laman web mytipsbox@AutoMLMAnda
  8. Ini ialah modul percuma cara2 membina website dan teknik pemasaran online
  9. 'BOOKMARK' website ini supaya anda boleh mempelajarinya berulang-kali

Memang, pada permulaannya anda akan rasa sukar dan keliru. Nasihat saya, anda pelajari dari sini secara langkah-demi-langkah dan jangan terburu-buru. Internet Marketer yang hebat juga mengambil masa berbulan-bulan belajar dan mengkaji sebelum bermula. Jika anda sudah menguasainya, anda akan dapati banyak kos dan masa dapat dijimatkan. Anda juga boleh mengawal sendiri website anda tanpa perlu menunggu pakar2 website membuat maintenance. Anda boleh lakukan sendiri sekerap mana dan pada bila-bila masa saja yang anda mahu. Apa yang penting, pelajaran ini diberi secara PERCUMA!

SUMBER PENDAPATAN #2: JUAL PRODUK ORANG LAIN.

Apa?..jadi 'salesman' ke?

Kalau anda lihatnya begitu..ya! Mengikut sejarah silam, kegiatan 'orang tengah' atau 'middleman' berupaya mendatangkan pendapatan yang baik dari upah, komisyen atau yuran perkhidmatan. Orang tengah ini tahu di mana nak mencari penjual dan pembeli. Ini sangat-sangat penting! Dengan beratus juta pelayar internet yang pada asasnya adalah pencari maklumat sebenarnya tak jumpa apa sebenarnya yang mereka cari.

Maka, sebagai ejen atau 'salesman' di internet, gunakan kemahiran pemasaran anda untuk menawarkan kepada mereka suatu produk atau perkhidmatan yang berguna walaupun produk itu milik orang lain. Pada akhirnya anda akan dapati usaha anda menyalurkan informasi berguna akan dibayar oleh pemilik produk atau perkhidmatan berkenaan.



Dalam dunia internet, aktiviti ini dipanggil affiliate atau reseller.Individu yang menjalankan perniagaan affiliate ini dipanggil 'Affiliate Marketer'. Sebagai individu, anda dan saya bebas untuk mendaftar sebagai ahli affiliate dan ianya adalah percuma. Apa yang perlu dilakukan, pergi ke laman-laman web yang ada menawarkan program affiliate. Timbang2kan adakah produk ini sesuai untuk anda jual. Jika sesuai, cari perkataan affiliate pada laman web tersebut dan mulakan pendaftaran.

Selepas pendaftaran, anda dibenarkan memasuki laman ahli (members area). Di sana terdapat beberapa menu. Luangkan masa untuk memahami produk tersebut. Kemudian, pergi ke menu 'promotion tool'. Dalam menu ini terdapat pelbagai tools yang mustahak untuk membantu anda membuat promosi seperti;
  1. affiliate url
  2. banners
  3. text advertisement
  4. articles
  5. signature
Kadar komisyen bergantung kepada syarikat dan juga produk itu sendiri. Biasanya komisyen diberi pada kadar 20% hingga ke 70% dari harga jualan. Saya beri anda contoh-contoh website yang ada menawarkan program affiliate untuk anda cuba;
  1. www.Buy.com
  2. www.AllPosters.com
  3. www.Amazon.com
  4. www.ClickBank.com
  5. www.CJ.com
 Tak mustahil bagi mereka yang telah lama berkecimpung dalam affiliate ini menjana pendapatan 5 angka. Bagi yang baru bermula, sampai masanya nanti anda juga boleh mengikut jejak langkah mereka jika rajin, tekun, sabar dan dengan teknik-teknik pemasaran yang betul.

Seperkara yang perlu diingat, perniagaan di internet seperti ini sama juga seperti berniaga offline. Cuma yang nyata, kos dan risikonya amat rendah. Ia bukan skim cepat kaya. Banyak  masa yang perlu dikorbankan. Oleh itu, jika ada yang menganggap akan jadi jutawan segera dengan berniaga online, jawab saya~lupakan saja! Semuanya bergantung kepada hasil usaha dan kreativiti masing-masing. Tapi, untuk menjana pendapatan sampingan yang munasabah..insyaallah, kerana beratus ribu orang menjalankan perniagaan online ini di serata dunia.

SUMBER PENDAPATAN #1: JUAL PRODUK SENDIRI.

Pada masa ini pembayaran untuk pembelian di internet boleh dilakukan melalui kad kredit. Satu fenomena biasa yang sangat memudahkan bagi pihak penjual mahupun pembeli. Sebagai Internet Marketer, peluang macam ni memang sangat baik dan tak harus dilepaskan. Trend sekarang, ramai pembeli-pembeli di luar sana melayari internet untuk membeli apa saja produk samada fizikal ataupun produk digital. Mudah, tak perlu meredah panas dan hujan, kesesakan lalulintas, membayar tol dan sebagainya.

Lagi pun, zaman penipuan kad kredit sudah berlalu. Kebanyakan syarikat pengendali pembayaran online melalui kad kredit sudah memiliki kaedah mencegah penipuan yang lebih cekap dan berkesan berbanding masa lalu. Oleh itu, anda boleh mula mencipta produk anda sendiri dan jual secara online di internet.


Sebagai permulaan, anda boleh cipta produk informasi. Mungkin anda nak buat satu produk informasi yang memberi nilai yang tinggi bagi setiap ringgit yang dilaburkan oleh bakal pembeli anda.

Mungkin anda boleh buat e.book berkenaan;
  • Tips melatih burung kakak tua bercakap
  • Bagaimana cara memelihara iguana
  • Teknik bermain gitar
  • Teknik ukiran
  • Bagaimana ingin membeli kereta terpakai dengan bijak
....dan sebagainya, mengikut kepakaran anda. Sebenarnya, produk informasi seperti ini ada pasaran permintaannya masing-masing tetapi sangat kurang sumber 'supply' di internet. Jadi, jika anda pakar atau mempunyai pengalaman luas atas sesuatu perkara, terjemahkan dalam bentuk e.book dan jual secara online di internet.

"Tahukah anda, enjin carian google menerima 250 juta pelawat yang mencari sesuatu setiap hari? Jika ada 1,000 orang yang mencari 'teknik ukiran' dalam masa sebulan, dan tak jumpa sumber lain selain dari anda di internet, anda sebenarnya boleh buat pendapatan sekurang-kurangnya RM20,000 dari situ..jika anda tahu caranya!"

BAGAIMANA PEMASARAN INTERNET DILAKUKAN?

Asas yang paling mudah ialah dengan konsep matematik- PEMBAHAGIAN dan KEBARANGKALIAN. Dengan mempunyai pelawat (trafik) yang lebih ramai ke website anda bermakna semakin tinggi kebarangkalian atau kemungkinan untuk anda menjual sesuatu dan meraih keuntungan jualan.

Sebaliknya, jika anda cuma ada 10 orang pelawat saja bermakna anda cuma berkemungkinan boleh menjual hanya sedikit sahaja atau tiada jualan langsung terutamanya jika kadar keupayaan mengubah pelawat kepada pelanggan (conversion rate) anda cuma 1% sahaja. Betul..berapa nilainya 1% dari 10 orang pelawat?..tiada bukan?  Oleh itu, anda mesti, mesti dan mesti cari jalan untuk meningkatkan bilangan pelawat atau trafik atau 'leads' supaya meningkatkan kebarangkalian dan juga secara tak langsung memperbaiki 'conversion rate' perniagaan anda.

Inilah kunci pemasaran internet..bina rangkaian pelawat seramai yang boleh. Namun kebolehan setiap individu untuk mencapai rangkaian yang besar ini adalah berbeza antara satu sama lain. Ini perlukan pembelajaran, kerajinan, kreativiti dan kesungguhan masing-masing.

Pada post yang seterusnya saya akan terangkan sumber2 yang boleh mendatangkan income di internet...Terus ikuti blog ini.

p/s: Jika anda belum lagi jadi follower blog saya, sila lakukan sekarang kerana banyak lagi info-info serta tips yang akan saya update di sini dan jangan lupa 'BOOKMARK' page ini sebagai tanda sokongan.

APA ITU PEMASARAN INTERNET?

Pemasaran internet ialah satu cara mendapatkan pelanggan melalui internet. Terdapat berbagai bentuk, model dan strategi yang digunakan untuk melakukan pemasaran internet ni untuk mencapai tahap pendapatan yang diimpikan secara online. Tak mustahil ada ahli pemasaran internet (Internet Marketer-IM) yang kreatif, rajin belajar dan menggunakan teknik-teknik dan tips yang pelbagai, mampu menjana pendapatan 6 angka hanya dalam beberapa hari saja!

Apr 6, 2010

Selamat Datang..

SUDAH BERSEDIA KE DUNIA INTERNET?

Bayangkan begini..

Anda seorang pelumba superbike. Anda sedang berada di petak mula. Perlumbaan akan bermula bila-bila masa saja. Berpuluh-puluh pelumba lain sedang rancak memerah 'throttle' motosikal masing-masing vrooommm......vrooommm...menjerit2 bunyi enjin memecah suasana. Lalu..hon dibunyikan serta bendera pun dikibar tanda bermulanya saingan. Sambil pop-corn bertukar tangan, penonton bersorak, melambai serta menjerit2 kepada pelumba-pelumba idola mereka. Pelumba-pelumba elit ini penuh dengan konsentrasi, silap perhitungan malapetaka jawabnya...

Sudahkah anda bersedia untuk men'derum'kan enjin pemasaran internet anda?
Anggap saja begini- blog 'doiton9.blogspot' ini sebagai Superbike anda. Ia mengandungi segala macam keperluan untuk berjaya di dalam perniagaan internet. Akan tetapi, anda sebagai pelumba, perlu mengendalikannya sendiri. Nak pecut, nak lambat, nak 'quit'...semuanya terletak kepada kebijaksanaan dan semangat pelumba iaitu ANDA! Untuk berjaya ke podium, anda perlu tanamkan di fikiran yang anda BERLUMBA HANYA UNTUK MENANG,MENANG DAN MENANG!!